Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

30 July 2012

Yeah Ephyra dah dapat!

Last weekend aku dah dapat 3 boxes of Ephyra..one for me, one for Kak Ju and one for Kak Pnut..
Sesi menerai pon dah bermula start masa sahur hari ahad. So kite tengokla dalam 2-3 minggu kot-kot nampak perubahan yang ketara kat mata panda aku ni.

Dari segi rasa tak dinafikan la, boleh kata sedap, rasa macam buah-buah masam2 manis gitu. Tak terlalu manis, just nice. Aku belum try lagi campur dengan susu atau juice, sahur esok pulak aku try. Nasib baik sodap, so mata separuh bukak pon aku boleh telan smpai habis. Hewhewhew. 

Pandai diorang create rasa bagi sedap eh. Ada setengah tu aku minum erkkk nak pensan. Tapi dah beli mahal rugi woo tak habiskan. So nasib baik Ephyra ni sedap la pada aku. Sile la try uolsss.

So dah dua hari aku try ni, aku tak berapa nampak lagi perubahan cuma aku rasa muka aku macam agak kemerah-merahan sikit. Macam blushing gitew. Ketara sangat tang pipi la. Adekah ini menandakan kulit aku bakal bertambah anjal dan gebu gebas dan berseri-seri? Cantikla I kan uols raye ni. Kahkah sile lempang aku, aku rela :P

 Nyum nyummm! Kalau la semua ni aku punyer. Kehkeh.

 Packaging lawa pulak tu. Ni kotak dia kotak keras tau, memang kotak pon sayang nak buang.

30 sachets, sehari satu sachet maka cukup untuk sebulan. Kalau tak sabar nak tantek tomey berseri-seri cepat sikit amikla 2 sachets sehari.

Gambar sehari minum Ephyra. Nampak tak lebam bawah mata.Kalau tak berapa nampak tu sebab faktor pencahayaan ler pulak. Yang dua lubang atas kening tu takleh buat ape la. Tu sejak azali gara-gara demam campak, tangan gatal pegi kopek skarang hambik. Haih.

So...jumpe lenkali tatatatatatatata.

~Wanie~

27 July 2012

The way to a woman's heart is through her stomach

Hiuhiuhiu. Selalu applicable untuk lelaki je kan tajuk di atas. But not for Incik Daus. Dia tak cerewet. Aku yang napsu makan dinosor.

Alkisahnye aku adalah sentap semalam. Citenye Incik Daus hari ahad lepas dah outstation ke JB, Incik Daus drive pergi dan balik, sampai la hari selase malam baru sampai S.Alam balik. Pastu esoknye hari rabu pagi2 buta kul 5.45 pagi dah amik flight outstation ke Kuching pulak. Sampaila hari khamis which is semalam la.

Sepatutnye flight touch down around 6 lebih, dia akan ambik limo la balik rumah kan. Around 7 lebih dah bole sampai rumah. Sekali kul 6 lebih Incik Daus whatsapp aku, dia kata dah touched down, Incik Daus kate kengkawan dia ambik dia dekat KLIA pastu terus nak pergi Seremban. Ehh ehhh.. aku beriye la setia menunggu kepulangan suami bole kawan2 dia sabotaj kerinduan aku.

Kan ke laki mak baru saje tibe dari Kuching. Sianla sikit, dahla kencing duk berdarah lagi, bagila dia rehat cukup2. Haih. Pening. Dah namanya lelaki, bukannye leh cakap apa dah dia nak pegi. Poielah.

Poielah poielah jugak. Sentap tetap sentap. Dahla sebulan tah bape hari je boleh jumpa sekarang ni, beriya aku tunggu tepi jendela sambil angin bertiup sepoi2 mencari2 kelibat sang suami, skali ceis. Tetibe angin sepoi jadi angin ribut taufan puting beliung.

Pape jela..dah lewat, aku pon dah lalok ngantuk sambil pakse2 Aqeel tido, Incik Daus pon sampai..sampai2 je dia hulur kat aku ceklat cadbury snack. Aiseh..lomah rajuk aku. Kihkihkih. Nasib baik pandai standby umpan. Kalo tak muncung aku ni macam idong Pinocchio. Makin dipujuk makin panjang. Elok hulur je ceklat, muncung tersumbat ke dalam balik macam orang takde gigi depan. Kihkihkih.

Kat bawah ni hasil tangkapan 2 hari 1 malam di Kuching, Sarawak...


Dapat t-shirt Sarawak gambar kuceng yeay! Pastu kat bawah tu 3 ketoi magnet Sarawak.



Yummm. Favourite nih. Kek lapis Cadbury. Kat sana besar ni RM20. Murah la kot kan. Sedappppp nih, ni jenis yang ada kelapa tu. Moist jeee. Sahur ni dah suku aku sorang bedal :P


Yang ni harge RM10...belum sompat dibedal lagi.


Yang ni pun RM10, juge belum sempat dibedal.


Yang ni bukak pose kang aku bedal sensorang. Takmo share2. Hikhik. Jangan korang nak buat ayat keji "mane tak gemok" eh. I mmg penggile ceklat. Sape fren2 dgn aku mesti tau aku dan coklat ibarat vontot kiri dan vontot kanan. Kenot pisah2 okeh.

Sekian entry buat orang terliur pagi2. Daaaaa...

~Wanie~
posted from Bloggeroid

25 July 2012

What's for buka puasa? = Semalam

Semalam buat baked macaroni..nyam nyam. Ikut selere sendiri harusla kate sedap kan. Tapi semalam kurang kick la sebab tak letak cili padi sebab nak bagi Aqeel makan sekali. Lagipon bukak puasa tak payah pedas-pedas la kot kan, sakit perut nanti. 

Resipi guna resipi sendiri je (untuk resipi click sini), resipi campak saje apa ada dalam peti ais nama dia. Senang giler la.

Dulu aku ada sorang arwah bibik kerja dengan mak aku. Bibik Nani nama dia. Arwah bibik Nani dulu kerja dekat Acheh, kerja dengan omputih2 kat sana. Duta-duta la gamaknye kot kan. 

Bibik Nani kata, kalau bibik nak pergi cuti raya katakan seminggu kan. Omputih2 ni suruh masak siap2 stok untuk seminggu. Macam-macamla macam baked macaroni, spaghetti bolognese, chicken casserole, lasagna, pizza. Bila dah siap masak semua-semua makanan ni, diorang simpan dalam freezer. Everyday omputih tu keluarkan satu meal untuk dipanaskan dan makan.

Ha camne? Boleh praktikkan jugak untuk kite tak? Erk...nehi nehi. Me loike it fresh. Tapi kalau segala baked macaroni, lasagna ni boleh kot simpan dalam freezer, same la konsep macam yang duk jual instant2 tu. Masuk microwave, dah panas, settle, sile ngap dengan jayanya. 

Meh kasi jejes air liur memasing termasuk air liur aku melihat hasil masakan semalam. Hahaha.

 Hello there lovelies...how y'all doing in there? :P

 500g of macaroni cukup untuk satu family ngap ngap ngap.

 Sebenarnye boleh nak bagi cheese garing lagi tapi aku suka macam ni. Cair and brownish sikit je aku dah bawak keluar.

Selamat menjamu selere tapi tunggu azan maghrib ok!

~Wanie~

24 July 2012

Lembabnye aku nih.

Orang lain dah bape juta tahun sejak zaman dinosour dulu duk tengok cite Korea, aku baru minggu lepas. Tapi aku bukan peminat K-Pop ye. Harap maklom. Geli ketiak orang dengar aku minat K-Pop. 

Akak dah tua adik-adik. Lagi 6 hari besday akak. Ye..akak dah tua. Tahun ni dah doplohlapantahun. Saje nak remind kat mereka2 yang berkenaan jangan lupe arrange ramadhan buffet kat hotel memane memandangkan besday aku bulan pose kan..Pastu jerit la kat aku "surprise, cantik tak cantik tak?" macam Eric Leong. Hahaha.


Sedih sangat cite yang aku tengok ni sob sob. Tak kire la korang dah tengok ke belom. Aku nak suke jugak hahaha. Cite tu cite A moment to remember. Sedih weh. Mengingatkan aku kat cite 50 first dates tapi ni kire lagi sedih. Uwaaa. Sedih satu hal, apsal hero dia ensem sangat. Hahaha. Aku sebenarnye tak suka sangat lelaki muka jambu-jambu ni, tapi lepas tengok cite ni, terjatuh hati kat Jung Woo-sung.

Dalam cite ni la dia hensem, cite lain aku taktau. Sebab muka dia macam matured sebab ada misai tipis, pastu kulit licin, pastu macho, pastu eh lomantik aaaaaa. Sronot je tengok cite ni rase mengimbau kenangan zaman bercinta dulu je. Tapi ending sedih pulak kan. Ceis. 

Pastu tambah best lak tetibe mimpi Maher Zain suke kat aku. Hahahaha. Mimpi merepek. Dalam mimpi tu kitorang (aku ngan maher zain) amik gambar guna Ipad tau..dia pegang Ipad dia amik gambar kitorang berdua. 

Ala macam orang becinta2 duk amik gambar pegang kamera sendiri tu. Jangan memain, artis amik gambar dengan aku ok. Pastu bila ade peminat perempuan lain nak bergambar dengan dia, dia sentap. Buat muka malas. Hahaha. Amik gambar dengan aku stok laga-laga kepala ok. Tah kepala sapa aku laga. Tak kepala Aqeel, kepala Incik Daus agaknye terhantuk dengan aku. Elok je aku rasa kepala Maher Zain tu dalam mimpi. Kahkah. Mau kena gelak dengan Incik Daus 8 tahun tak habis kalau dia tau ni. 

Camni la topi dia dalam mimpi aku tu...♥

Baju lak ala-ala camni. 

Sile la jeles :P

~Wanie~

23 July 2012

Nak kurus dengan cantik serentak gitew boleh?

Cak!!

Hari jumaat hari tu aku bersame-same dengan sifu carrot cake aku, Kak Nad dengan bahagia nye membakar carrot cake yang memang umphhh mantap beb! Tak dapat di tempat lain. Dah banyak carrot kek aku makan tapi Kak Nad punye carrot cake memang mantop! Serious tak tipu. Tak percaye silela order dengan beliau. Hehe.

 Gabak2 cupcake aku..haha. Makan sebijik kenyang 4 hari.

 Ha tu dia tangan sifu tengah buat topping. Topping apa? Cream cheese la. Cake ni cukup rasa manis masam rangup dan penuh kekacang. Ha teliur tak?  


Terjejes ayaq liuq.


Sifu segan nak posing, tangan pon jadiklerrr...

Sedap woi.

Ok enough pasal makan, aku yang migraine sebab perot dah bekeroncong.

Ni pasal kecantikan aku pulak. Boleh? Haha sila lempang aku 44 kali. Bukan pasal kecantikan aku tapi macam mana nak mencantikkan aku. Hahaha. Aku nak order Ephyra ni. Kalau aku dapat kumpul order boleh kite semua dapat special price. Amacam? Mehla order dengan aku... 

Aku nak try ni. Meronta2 jiwa raga aku nak try Ephyra ni. Boleh dapat special price tau. Kalau berminat email aku sitisalwani262[at]gmail.com. This weekend boleh dapat stock, next week aku dah boleh deliver.

Untuk kurus pulak aku sahur dengan Nutrastart4Life sebab Nutrastart ni meal replacement, minum secawan insyaAllah aku boleh kenyang la. Standard la kalo dah petang-petang makan nasi 8 pinggan pon kalau dah namanya puasa memang la kene bersabar ye. Produk ni mengandungi Transfer Factor jugak untuk meningkatan daya imun tubuh kite dari serangan dan wabak virus. 2 in 1 la kirenye. Ni pun aku baru mula. 

Nutrastart ni pon kalau berminat nak order email aku juge ye. RM160 retail price, kalau berminat aku boleh bagi special price.


Nutrastart ni aku minum sahur, sebelum tidur aku minum 4Life Apple Cinnamon Cleansing Tea pulak. Teh ni pada aku sedap la. Pagi-pagi lawassss. Biasa bulan puasa kan susah sikit nak membuang kan sebab badan kurang air. Aku minum teh ni syiok je dalam jamban. Effortless kate orang. Kahkah. Retail harga RM72. Seperti biase, kalau minat aku bagi special price.

Kalau semua-semua ni aku bedal pastu raye nanti aku cantik sikit, aku upload gambar 3 hari 3 malam tak tido pon takpe. Kihkih. 

~Wanie~

19 July 2012

Sana sini Ephyra

Serius skarang sana sini aku baca orang dok blog pasal Ephyra..Dengar kata amat bagus untuk kulit and memberi tenaga maksima, pastu rasa pulak sedap macam tutti fruitti. Macam fenomena lak Ephyra ni. 

Aku macam teringin-teringin je nak cuba untuk bulan puasa ni. Ye la aku kan kaki mengketedarah, pastu bila puasa kompom telepok kelaparan dan kelembikan haha. Matikla kalau tetibe ada keluar kat youtube "zombie gumuk mata panda kelihatan berlegar-legar di sekitar bazaar ramadhan satu malaysia". Aku la tu.

Banyak aku baca orang bagi feedback positive la lepas makan Ephyra ni. Hmm..teringin jugak nak mencuba tapi tunggu la bila beruwang sikit. Sekarang tiada beruwang. Kalau nanti-nanti aku dah try nanti aku review. Terutame bile raya dah makin dekat nak jugak kulit ala-ala flawless gitew, biar gumuk di vuntot, jangan abaikan penjagaan kulit katenye.

Selamat berpuasa semua! Semoga dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan segala amalan kite di bulan yang mulia ni mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah..aminnn..

*Updated*
Aku nak order Ephyra ni, ada sesape berminat nak order sekali? Kalau dapat kumpul banyak order kite semua boleh dapat special price. Email aku at sitisalwani262[at]gmail.com. This weekend dapat stok, next week aku boleh deliver.


~Wanie~

13 July 2012

Almond biscotti rangup kruk krak kruk krak

Dalam banyak-banyak manusia, aku la paling senang terpengaruh dengan iklan-iklan di internet. Ko jualla ape bende pon, sume aku boleh terpengaruh nak beli. Yang terbaru sekali adalah bila aku terbaca entry Peej Burhan ni. Of course la yang buat aku terpengaruh sangat-sangat sebab ianya adalah sebuah handbag makanan. Macam biase, aku kan dasar mok-mok.

Sebab first aku nak try adalah sebab ianya ada almond. Aku adalah penggila almond paling tegar. Eh takde sebab kedua. Aku memang suka makan pon kakakaka. Lantas tanpa membuang masa, malam tadi terus aku email kan pada feacookies[at]gmail.com. Segera dapat balasan, wah ini sudah bagus. Email siti situ sana sini maka aku pon mengorder 3 balang terus. Tak agak-agak aku ni kalau bab makan.

Dalam e-mail tu aku tanyela berapa lama boleh tahan Almond Biscotti ni kan, kate Marlena@feacookies, insyaAllah sampai lepas raya boleh tahan. Tanye lagi boleh buat delivery ke. Boleh kata dia..esok pon dah boleh hantar. Maksudye hari ni la boleh dapat.

Hurey hurey la. Terus bertepuk pengakap aku. Ni aku baru dapat cookies, baru beberapa minit je dah bape banyak aku bedal pon aku pon taktau. Resakse btol selere aku ni. Tapi Maimok lebih resakse. Jangan marah aaa Maimok. :P

Suker...sebab tak manis sangat, pastu crispy, pastu ada almond, pastu leh buat sebagai snack sebab tak muak.

 Mestilah ambik gambar balang penuh. Balang yang aku dah bedal sorok diam-diam.


 Sayangku biskoti.

Eh satu lagi...lupa nak bagitau Snogurt dekat Oasis Seksyen 9, Shah Alam ada buat promotion. Buy 1 free 1 untuk 12, 13 and 14 July ni. Apa lagi, pergi la serbu, tinggal hari ni dengan esok je ni. Bukan senang nak dapat promotion macam ni. Rugi dek non kalau tak beli, sedap nye Snogurt perisa Lychee dengan Just Snogurt. Slurppp.

~Wanie~

12 July 2012

Entri khas untuk meminta tolong... T__T

Ke hadapan sahabat-sahabat di luar sana yang mengaplikasikan artificial neural networks dalam kerja sehari-hari.

 Apa kata terangkan padaku tentang cross validation for model selection?

Masa bilekah ianya harus diapply kan?

Adekah semasa dalam process "training"?

Atau cross validation ni perlu diasingkan daripada "training" dan "testing" dan menggunakan data set yang tersendiri?

Aku tak memahaminye.

Tolong...tolong...tolongi aku...
 

~Wanie~

09 July 2012

Nak beli wallpaper?

Mase aku dengan tak sengajenye merosakkan dinding aku hari tu kan...kan kelam kabut aku cari wallpaper sebab nak cover balik dinding aku yang "cantik" ya amat tu. Ada jugak aku emailkan pada owner blog ASPEN DECO mintak quotation, dia reply terlambat sehari je sebelum aku serbu plaza perabot seksyen 7 tu, maybe sebab busy kot kan. 

Ala bukan lambat mana pon, aku email 1hb, 3hb dia dah reply dah. Aku yang kalut. Price so far affordable and design wallpaper pun cantik-cantik jugak. Boleh tengok kat sini. Aku suka la design wallpaper Encik Nat (nama owner) ni cantik-cantik. 

Maybe boleh consider untuk buat wallpaper feature hall tingkat atas rumah pule, atau bilik2 lain. Bilik aku takyah sebab aku baru je cat. Memang nak kene sekeh ngan Incik Daus kalo tetibe nak berwallpaper lak kat master bedroom. Haha. 

Kalau tengok bloglist aku kat belah kanan blog aku ni, ada satu blog ~Happy Me~ tu kan, ha tu blog kakak Nat, Kak Emi. Daripada blog Kak Emi ni la aku jumpa blog Encik Nat. Antare hasil kerja Encik Nat ni adelah.....

 Sejibik cam hall akunye..cume hall aku warne putih..takde la tone2 lain. Cantik jugak kan yang warne gold ni?

 Cun2...nampak exclusive gitewww

 Feature wall nye takpe bercorak2 sikit.

 Smart eh?

Oh yang grey ini pon tantek. Aku ade consider gak yang macam warne grey ni hari tu untuk rumah aku tapi pikir2 balik tak seswaila pulak kan dengan sofa aku. Next time la puler ye.

Untuk lebih design leh la visit:


Encik Nat bagitau, ada banyak lagi design tapi dalam catalog. Bolehla contact2 ngan Encik Nat ni untuk maklumat lanjut. E-mail Encik Nat boleh didapati dalam blog dia.

 Oh...perut aku sudah berlagu zapin. Jumpa lain kali la yerrrrrrrrr....tatatatatatatatatata.

~Wanie~

06 July 2012

Kolam ikan koi

Aku seronot la kalau dapat ada pond kecik and bela ikan koi dalam tu. Tapi kalau anak masih kecik tu risau jugak la nak ada pond bagai kan. Mungkin aku leh berangan jela stakat ni. 

Aku selalu rasa kawasan berair seperti tasik, sungai, laut adalah menenangkan tapi dalam masa yang sama menyeramkan. Sebab aku selalu mimpi aku lemas. Dalam mimpi tu aku selalu terkangkang terlentang dalam air sambil nampak kapal aku yang karam. 

Macam yang selalu tengok gambaran dalam tv tu. Bila terjaga sure aku nye jantung dup dap dup dap laju2. Macam gambar kat bawah ni, ha ko tambahkan satu kapal pirate yang tengah sinking kat atas tu. Dengan keadaan laut yang sejuk dan gelap dan aku keseorangan. Bayangkan sorang-sorang tengah laut tengah lemas. Helpless je rasa. Ha camni la mimpi aku tu. Terasa macam bebetul. Seram weh. Otomatik aku adalah troma bila berada di lautan dek kerana mimpi2 nih.

Bukannye aku tak gheti berenang. Eksen lak ayat aku. Haha yela, kecik2 dlu aku ikut kelas swimming, jadi basic tu aku adala. Tak la terer tapi insyaAllah walopon gumuk, aku still leh berenang2 ke hulu dan ke tepian asalkan air tenang la.



So cantik...

Beautiful but too mysterious for me.

Aku selalu rasa laut tu terlalu luas, dalam and misteri, jadi dia macam mengerikan. Uwaaa..matikla ikan koi tetibe cakap pasal mimpi lemas la laut la bagai.

Berbalik pada hal ikan koi. Aku rasa ikan koi sangat cantik. Warna warni pastu walaupon size dah besar, ia tidak bertukar menjadi ganas seperti ikan toman. At one time dulu orang gile bela ikan flower horn kan, sekarang ni sonyap joo..

Tantek...

Aku tak berapa suka sangat flower horn sebab ikan flower horn tak suke aku. Hahaha biol punye olang. Macamla ikan koi suke aku. Nak bela ikan kenala ada kolamnye ye dak?

So mari share gambar kolam ikan koi...

Source: Google Images


 Source: Google Images

 Source: Google Images

 Source: Google Images
Till then...tatatatatatatatatata....
~Wanie~

Honey prawn yang SEDAP! Nyum nyum. Oh tak luper juge Tuna Casserole! Ngap ngap.

Semalam aku berlidah mat saleh, lantas aku pon membaked kan tuna casserole. Dari kelmarin aku duk tanye asben aku, 

"Nak tak kalau kite buat tuna casserole? Awak makan tak? Dulu kite buat chicken casserole awak kata ok"

Jawapan beliau sangat menikam dada.

"Tuna casserole? Apa tu? Tak pernah ingat pun pernah makan chicken casserole. Tak ingat maka tak sedap la tu." 

Ceisss! Dah tekak aku meronta nak makan, aku masak jugak! :P Taknak makan sudah...sile makan nasik. Aku nak makan jugak2 tuna casserole. Dah siap tu, aku ngap, sedap jeee.. Mak aku pun suke je, dia kata sedap. Sebab ada broccoli, cauliflower, tuna, potatoes...kan sedap tu? Dan sihat juge..Kalau aku buat chicken casserole semalam mungkin Incik Daus makan kot. Incik Daus memang, kalau pelik2 sikit, suapan pertama tu memang penuh debaran. Kalau tak suke, siap muke2 skali. Hahaha kecik ati aku, rase nak lontar diri di Pulau Dayang Bunting. *Tetibe*.

Oh anyways...resipinye aku dapat daripada sini ye...Thanks kak for the recipe!

 Tuna, brokoli dan bunga kobis sebelum digaul dengan cream of mushroom.

 Ni dah gaul dengan cream of mushroom sebelum ditopkan dengan mash potatoes.

Top layer...mash potatoes...nyummeh.

 Apa khabar kau di sanaaa...

 Oh ni belum cukup brownish, sambung lagi bakar sampai potatoes adalah keperang-perangan. Gambar dah garing aku tak ambik sebab lupe, nampak je dah perang, trus aku ngap. Kihkihkih.

My personal opinion, kalau makan sekali, 2 kali sedap..Kalau banyak kali tambah muak sikitla...Tapi pape pon makan ni ganti nasik la sebab kentang tu dah mengenyangkan. Burp..Alhamdulillah...

Itu hal tuna casserole..ni masakan melayu pulak..ha yang ni mungkin asben aku suke kot, makan dengan nasik wallah, memang mantop. Ni lauk aku untuk hari ni, satu je sudah, makan pun sensorang, petang kang baru pikir nak tambah lauk ape.. Incik Daus balik keje kang aku nak sua lauk ni, tengok dia suke ke tak. Harap-harap sukela so that lenkali kalo bli udang boleh la aku masak lagi dan lagi dan lagi honey prawn nih. 

Resipinya aku ambik daripada sini...cuma aku cili api aku gune 6-7 bijik dan tambah lagi sos tiram 1/2 sudu besar...Thanks for the resipi ye kak!

 Goreng dan goreng dan gorengla makhluk bername udang itu sehingga garing...

 Eh tetibe dah masak, mana proses yang lain? Hikhikhik..saje bagi motivasi kat anda untuk cube la cube la resipi ni.

Selamat makan uolsssss!

So....tatatatatatatatatatatatata!


~Wanie~