Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

31 January 2013

Tinggal 8 hari lagi untuk join contest oit!

Hahaha amboi kasar nampak invitation join contest. Kakakaka..marilah bersopan santun.

Ke hadapan pembaca blog yang dikasihi, sedara sedari sekalian. Dijemputi memenuhi undangan memasuki pertandingan "suka, kongsi dan menang (like, share and win)" contest kami ye. Pertandingan ini akan berakhir pada 8 Februari. Tak lama dah tu. Jemputla join, free je.



CouleursHijab nak anjurkan our very first contest. Contest ni memang senang gilos nak join tau uols, semua boleh join, wanita, jejaka, anak dara mahupon mak dara hehehe..


Untuk join melalui FACEBOOK

Ikuti langkah-langkah di bawah.

1) Like Fanpage Couleurs di www.facebook.com/couleurshijabonline
2) Share post contest Like, Share & Win CouleursHijab di timeline Facebook anda
3) Menang Shawl Jameela Double Layer bernilai RM55


Untuk join melalui BLOG

Kepada yang takde facebook, boleh jugak menggunakan medium blog.

1) Jadi follower Couleurs di http://c-hijab.blogspot.com
2) Buat satu simple entry tentang contest ni 
3) Tinggalkan link entry contest blog anda di bahagian comment blog ini atau e-mailkan link blog 
    anda ke couleurshijab[at]gmail.com
4) Menang Shawl Jameela Double Layer bernilai RM55

Senang kan?

Contest akan berakhir pada 8 February 2013


Pemenang akan dipilih secara rawak. Semua orang boleh jadi pemenang! ^__^ 
________________________________________________________________

*Selingan* Mari dengar lagu ni. Best la pulak kan. 



Kau ada di kala ku suka..di kala ku duka.. Setiap tangisan dan juga ketawa...kau ada di kala ku perlu, setia menemaniku..pegang erat tanganku bila aku jatuh... (Sahabat by Najwa Latif)



~Wanie, on behalf of Couleurs Hijab~

24 January 2013

Penyakit

Lately ni terbaca banyak jugak blog2 yang cakap pasal masalah sosial dunia maya ni contoh hari ni ada reader kak Di green apple email bertanya kenapa manusia suka dengki mendengki katenya walaupon dkt blog.

Sifat, sikap ni semua terletak pada diri sendiri. Diri kite menentukan samada ko nak ikhlaskan hati redha dengan rezeki orang yang nampak macam lebih di mata ko, atau ko nak redha dan bersyukur dengan rezeki ko sendiri.

Puncanya masalah sosial ni, ramai terpengaruh dengan apa yang digembar gemburkan dalam blog, fb, instagram. Tengok life orang best2, terasa diri ni hina je. Maklumla tak dapat pakai beg riban2 macam org, tak dapat bercoti obersi macam orang, tak dapat makan tempat best2 mcm orang. Yang benarnye orang pon takmo menghebahkan yang tak best2 dalam life diorang.

Tambah2 hal rumah tangga, takkan la org nak canang satu dunia kot yg sebenarnye nak dapat beg riban2 terpaksa amok2 bertempik meraban kat laki sbb laki tak bagi beli sbb membazir. Haha. Ado ko pikir?

Takdenye life org ni perfect. Dalam gambar, dlm ig, dlm fb mmg la letak yg best2 je. Kang ada yg begadoh laki bini kat fb, dah org pung pang kata tak snonoh plk hal rumah tangga pon nak cite kat dunia sosial. Sbb kesedaran mcm tula org takmo dedah2 kan masalah negara kat fb, blog sume ni.

Jangan rasa rendah diri sebab apa yg orang lain tunjuk tu nmpak best je di mata ko. Ni pesanan utk aku jgk. Bersyukur je dengan rezeki masing2 sbb hidup mmg up and down begitu.

Contoh macam aku la, seronok dua ronok bercoti2 KK, balik KK dah takde ronok sebab cincin kahwin ilang. Jadi fair kan. Aku dah rasa sronok, aku dah rasa takde ronok.

Ini tak..orang beli kete besar, ko nak paksa2 laki ko beli kete besar jgk. Laki takmo beli, sanggup keluar savings sendiri. Orang dah bole beli rumah teres setingkat, kelam kabut ko nak beli rumah 3 tingkat, biar up lagi. Kalau bole nak yang lebihhh jela. Ini bukan masalah orang melayu, ini masalah manusia.

Lebih baik teruskan hidup seperti biasa. Sampai masa ko memerlukan kete besar, anak dah 18 orang, ada rezeki, belila ko. Sampai masa, ada rezeki lebih, belila rumah besor mana pon ko nak.

In the mean time, ucapkanla syukur, Alhamdulillah, ada rezeki, InsyaAllah.


posted from Bloggeroid

21 January 2013

Like, Share & Win Contest (Menang senang katenye...)

Cak!!!


CouleursHijab nak anjurkan our very first contest. Contest ni memang senang gilos nak join tau uols, semua boleh join, wanita, jejaka, anak dara mahupon mak dara hehehe..


Untuk join melalui FACEBOOK

Ikuti langkah-langkah di bawah.

1) Like Fanpage Couleurs di www.facebook.com/couleurshijabonline
2) Share post contest Like, Share & Win CouleursHijab di timeline Facebook anda
3) Menang Shawl Jameela Double Layer bernilai RM55


Untuk join melalui BLOG

Kepada yang takde facebook, boleh jugak menggunakan medium blog.

1) Jadi follower Couleurs di http://c-hijab.blogspot.com
2) Buat satu simple entry tentang contest ni 
3) Tinggalkan link entry contest blog anda di bahagian comment blog ini atau e-mailkan link blog 
    anda ke couleurshijab[at]gmail.com
4) Menang Shawl Jameela Double Layer bernilai RM55

Senang kan?

Contest akan berakhir pada 8 February 2013! 


Pemenang akan dipilih secara rawak. Semua orang boleh jadi pemenang! ^__^


~Wanie, on behalf of Couleurs Hijab~

18 January 2013

Holiday Kota Kinabalu : Part 2

Sambungan daripada entry lepas.

Keroje kitorang memang makan je kat sana. Sronok aku makan sampai balik sini naik 3 kg. Mangkok toi lemak ku ini. Tak bagi can langsung. Lemak kejam. Nyah kau!

Lepas balik makan kat Gayang Seafood Restaurant, kitorang terus gerak pergi Tanjung Aru Beach. Dah datang jauh2 kan, ambikla peluang mana yang bole pegi. Walopon asben aku tu orang pantai (Klebang), nak jugak tengok pantai orang, ye dak?

Tanjung Aru Beach 

Pada aku pantai Tanjung Aru ni biasa2 je, sama je macam pantai PD tu ha. Maybe sebab time sampai tu pon dah nak dekat maghrib, Sabah kan maghrib awal, dah senja2 ni tak nampakla biru laut. Janji dah pijak pasir Tanjung Aru, kira lulus la kan. Hehe..


Budak ni stress nih. Tak pernah jumpa pantai. Alahai anak oi. Kemain jakun ko ni. Ikut sape la agaknye *angkat2 kening nak tuduh Incik Daus*. Kahkahkah.

 Dekat sana dapatla Incik Daus jumpa kawan Incik Daus, Fuad, housemate and sama2 study dekat UiTM dulu. Fuad siap ambik kitorang dari airport lagi hantar terus ke hotel kitorang. Dahla flight malam kan. Time kaceh Fuad. 

Seri 3 Rasa Seafood

Actually aku taktau nama sebenar tempat2 makan ni. Seri 3 Rasa seafood ni nama gerai yang kitorang terjah kat sana. Dia ada deretan gerai2 yang hampir kesemuanya serve fresh seafood untuk dimasak. Ko pilih2 la nak ikan ke udang ke...mintak la nak masak apa. 

Harga contoh Kerapu RM3/100gm tu kira sekali dengan masak. Kalau Kerapu berat sekilo, maka RM30 siap masak. Murah oi! Kerapu laut lak tu. Mana tak debab, dah tentu2 aku santap sepuas2 hati. 

 Pilih2 jangan ko menung je jang.

 Bagi akak kerapu 80 ekor dik. Stok setahun. 

 Kalau call, buat delivery sampai S.Alam tak?

Abang chef. Tererla u masak.

 Fuad, Ver and anaknya Damia.


 Sotong goreng tepung rasa macam twisties kata Fuad. Sedapla apa lagi. Umpamanya boleh dibuat jadi keropok tengok tv.

Yang ni Kerapu masak 3 Rasa. Ni masa hari kedua kitorang makan sini. Tapi kali ni just aku, Incik Daus and Aqeel je sebab dah tau tempat kan, jalan kaki dari hotel je. Tak pilih kedai lain dah sebab dah tau sedap. Kang aku tukar kedai kang tak sedap kang, sentap mak noks. Kerapu laut size sederhana, RM12 siap masak. Kau mampu? 

 ABC in progress. Makcik ni buat air je and makcik ni pembersih. Aku suka cara dia buat kerja. Teliti. Walaupun slow sikit sebab teliti kan. InsyaAllah kebersihan terjamin.

Nasi goreng Butter Prawn. Ni santapan aku malam ketiga, jugak kat kedai yang sama. Hihi. Kan aku kate takmo tukar2 dah. Sayang satu...satuuuu tu jela aku sayang. Sedap oit. Dahla murah RM7. Udang banyak, siap ada telur2 halus tu. Mano nak dapat kat sini nak oiii...butter prawn lak tu.

 Nasi goreng seafood. Lupe harga. Rasa cam sama je. Ni Incik Daus order. Pon sedap. Muai la dengan udangnya, sotongnya, nasi pon sedap.

Pasar Ikan Masin, Kota Kinabalu




 Kat sini beli kuih cincin (yang macam rim tayar tu), keropok amplang (yang bulat2 tu), ikan masin, ikan bilis and udang kering. Aku rasa harga macam agak mahal la kat sini. Maybe aku yang tak pandai tawar2 harga. 

Hasil belian.

Kedai2 souvenir ni kat sebelah pasar ikan masin. Apa tempat ni? Ni ke pasar Filipina eh? Orang Sabah tolong jawabkan..saya taktau.

Gaya Street Sunday Market

Kitorang pergi sini masa second day sampai di KK. Pasar Gaya ni opposite hotel kitorang je. Dekat je.. Tak borong banyak pon kat sini. Poket den ni bukan tobal bona. Beli rantai and gelang mutiara untuk diri sendiri and mak2. Pastu beli kuih cincin sikit. 

Dekat sini punya kuih cincin sedap, rapuh je, manis sedang elok..Tapi tak beli banyak dekat sini, ingatkan nak try beli kat tempat lain jugak rupanya kat sini punya sedap! Ape ke brand tah kuih cincin tu, lupa nak ambik gambar. Sob sob.

Sabor je Incik Daus tahan nak tunggu aku tawar menawar sakan. Sambil aku menyoping, dia duk jaga Aqeel. Kesian lak tengok berkejar sana sini. Pastu aku suh dia balik hotel. Aku eksen berani jalan sensorang sebab dekat gile dengan hotel. Biar aku sorang je yang bersuka ria berjalan2 dalam pasar nih. Senang sikit nak soping tanpa ada jelingan menikam.

Hasil tangkapan untuk diri sendiri...ngeeee.

Horizon Hotel Cafe

Buffet breakfast hotel biasa la..ada pilihan kan. Jadi pilihla yang sedap di mulut anda. Hehe. Oh ye, cafe hotel ni adalah halal ye. Nama cafe ni Deco Cafe & Grill.




Hari2 aku breakfast bedal sosej, roast beef, omelette, dim sum...mana tak mok2.

 Kedai Kopi Kak Tini

Time Incik Daus pi keje, aku and Aqeel pi bungkus makanan dari kedai ni la. Sebab dekat opposite hotel je. Dekat Gaya street tu. Makanan pon tak mahal sangat. Siang2 pon dah ada goreng2. Boleh order ala carte nak nasi goreng ke mee goreng ke. 

Katanye dekat sini glemer pisang goreng nye. Aku beli jugak. Sedap jugak goreng pisangnye.

Nasi Kuning. Kat Sabah kan glemer dengan Nasi Kuning nya. Nasi kuning ni ala2 nasi lemak la kalau kat semenanjung ni. Dibungkus2 siap2, ada lauk ikan atau ayam. Yang dalam gambar ni ikan. Dari segi rasa ok la jugak. Boleh tahan...

Pisang goreng. I loike sebab manis dan rangup. Kruk krak kruk krak.


 Akhir sekali gambar camwhore. Eh sapelak nyelit tu. Tudung cantik kan? Dapatkannya di www.facebook.com/couleurshijabonline. Hehehe.

Oklah..dah panjang berjela entry ni. Tatatatatatatata...

~Wanie~


16 January 2013

Holiday Kota Kinabalu : Part 1

Cak! Mood berblogging ke laut lepas cincin kawen ilang... sob sob. Takpe..tabahkan ati. Kenangan ni kenangan.

Seploh hari yang lepas kitorang sefamily pergi Kota Kinabalu, Sabah.. Actually Incik Daus ade keje kat sana. So alang2 dia angkut skali aku and Aqeel, boleh gak holiday memandangkan cuti hujung tahun hr tu lebih banyak bedengkur drpd bejalan kan.  

At KLIA


Flight on 5th January 2013 malam..Kitorang naik MAS. Kitorang pilih MAS sebab lepas kira-kira balik harga lebih kurang je kalau naik AA pon, tambah tu tambah ni nak sama dah harga. Kate beli last minute kan. Pastu baru la beralun2 la wallet ditiup angin sebab dah ringan. Kahkah. Kitorang stay 4 malam kat KK.

Kat KK kitorang banyak habiskan masa makan seafood je. Hari kedua kat KK tu, Incik Daus dah sewa siap2 dah kereta, ingat nak pergi Kundasang. Katanya kat situ sejuk and cantik, boleh nampak gunung Kinabalu and also ada dairy farm yang lawa ala2 kat New Zealand gitu.

Tapi masa sewa kereta tu, orang yang hantar tu tanya, nak pergi Kundasang ke? Incik Daus kata aah la kan. Sekali penyewa tu kata, cuaca sekarang tak menentu kalau nak pergi Kundasang. Pikir2 balik, ye jugak kan. Dengan bawak budak tonet Aqeel ni lagi. Dah la sejuk kan. Kensel la. Jalan dahla taktau macam mana gaya kan. Kalau ikutkan kereta yang kitorang sewa ok je, Saga FLX yang baru tu, so kalau jalan liku2 ke kaki gurung tu insyaAllah ok je. Tapi takpela dah kensel. Mari menggemokkan badan sahaja la.

Tempat penginapan: Horizon Hotel, Kota Kinabalu

Selalunya kalau Incik Daus outstation ke KK, dia akan duduk di Hotel Le Meridien. Tapi kali ni, dia suruh aku cari sendiri hotel yang ok. Incik Daus kata Le Meridien ni ok dah tapi terpulang pada aku la. Kot aku rajin carik yang lebih best kan.

Search punya search, berpandukan trip advisor and baca review2 hotel Horizon ni, ramai yang bagi 4 stars kan. Ramai kata hotel cantik selesa, bersih semua la.

So aku kata confirm nak Horizon Hotel. Kitorang book 5 hari sebelum pergi. Incik Daus booked for Deluxe room. Sea view katanya. Kitorang dapat tingkat 11. Hotel ni 12 tingkat. Tingkat 12 to ade ballroom semua tu. 

So bilik cantik and view memang cantik la. Cuma sucks sikit, bebetul depan laut ada satu building yang menghalang sea view kitorang. Building tu under construction. Ceis! So laut tu kira belah kiri and kanan la. Kalau tengok straight nampak bangunan. Double ceis! Cumanya satu je slack sikit, polisi hotel ni kunci bilik boleh dapat satu je. Tak boleh mintak dua. Leceh gakla kalau sorang ke lain sorang ke lain kan. Maybe for safety reason la kan.

But anways..we enjoyed the stay there.

Bangunan kiri sekali tu la kaco sket..tapi lawa je pon viewnye.



Gambar suasana dalam bilik aku lupa nak ambik masa baru sampai. Tak gamak nak ambik gambar lepas dah duduk. Hahaha pempahamla sepah camne. Ni aku tepek dari Horizon Hotel nye official website. Bilik cantik although agak kecik la. Solat pun depan bath tub. Jamban dalam toilet la. Bath tub je kat luar ni. Lomentik la kan. Kuikuikui.




Gayang Seafood Restaurant

Restoran ni kakak ipar aku yang suggest masa sebelum kitorang pegi tu. Pastu aku google2, tunjuk gambar restoran ni kat Incik Daus. Dia pon kata pernah pegi restoran tu. Jadi alang2 kereta dah sewa. Mari lenjan. Guna GPS kat handphone je. Waze nama application tu. Bagus, tak sesat pon. Cuma dia biol hari tu tak keluar suara.

Restoran besar gila and view pon not bad. Price wise aku tak tau la mahal ke murah. Siput apa tah setengah kilo, sotong setengah kilo, udang setengah kilo, telur dadar, nasi dua. Air teh o ais, apple juice and teh o panas, total semua RM90. Aku rasa cam ok, tak mahal sangat kot. Udang banyak gilers sampai dah bawak balik buat makan esok pon still tak habis lagi.



 View daripada restoran.

 Sotong goreng tepung. Macam biasa, seafood restaurant mmg pakar goreng sotong kan. Sedap.

 Creamy butter prawn, saja pilih yang masakan style basah. Biasa kan makan butter prawn masak style dry2, yang ada telur2 halus kan. Sedap gak yang creamy ni.


 Haaa...ini apa ke nama aku taktau. Memula aku cam ngeri nak makan. Biasa la aku nak try benda2 baru ni memang peghak sket. Tengok Incik Daus sikit punya sedap je santap, lepas satu, satu, lepas satu satu..mana bole jadi. 

Aku pon bedal la sekali. Sedap weh. Tapi hujung isi siput ni ada cam cangkuk tajam. Takleh makan la yang tu. Macam biasa siput sedut kan ujung dia ada yang macam plastik tu kan. Ha siput ni dia ada macam cangkuk tajam. Lupa nak ambik gambar isi dia. 

Sambal tu pedas gilo aih. Habis 2 gelas air aku bedal. Calit kat sambalnye sikit je. Pedasnye meletop2. Tapi sedaplaaaaa..aku suke. Apsal menatang ni tak jual kat pasar seksyen 6 ni aaa?

Eh..nantila sambung. Nak mandikan Aqeel...tatatatatatata.

~Wanie~

10 January 2013

Sangat sedih bila cincin kahwin hilang...

Huhuhu cincin kahwin yang aku sarungkan kat Incik Daus masa hari pernikahan kami hilang ketika kami bercuti di Kota Kinabalu. Kitorang anak beranak pergi KK hari Sabtu malam yang lepas...baru semalam sampai di S.Alam. 


Tapi semalam jugakla cincin tu hilang. Kitorang sedar pon masa dalam limo masa dah nak sampai rumah dari KLIA. Malam sebelum tu masa di KK masih ada lagi sebab aku ada ambik gambar kan, dalam gambar tu Incik Daus still pakai cincin. Dalam gambar tu perasan still ada lagi. Sob sob...sedih giles. Dalam limo tu aku tanya Incik Daus, mana cincin papa? 

Terus Incik Daus muka panik cari sana sini...huhu pastu Incik Daus terus teringat pagi tadi dia tak pakai cincin..selalu dia sarung jam, mesti sarung cincin sekali. Tapi pagi tu maybe cincin tu terjatuh sebab takde sekali dengan jam. Jadi dia pun tak teringat nak sarung. Huhuhuhuhuhuhu...

Sungguh sedih. Malam tadi aku tido pon gelisah. Jap2 terjaga teringat cincin. Aku pasti Incik Daus pon mesti frust jugak tapi orang lelaki ni diorang simpan diam2 je. Tapi nampak jugakla termenung dia kalau cakap pasal cincin. Cincin mungkin boleh beli yang baru kalau ada rezeki. Tapi money can't buy sentimental values right?

Apakan daya. Mengharapkan miracle jadik tapi aku tau harapan semata. Tak usah lagi lah aku mengharap pada yang tak pasti kan. Maybe sebab dah bukan rezeki. Apa pun yang buruk tu datang daripada kami jugak. Ada kawan2 yang bagi nasihat, ada hikmahnya kata mereka..

Tapi yang pasti aku lebih rela mengambil iktibar benda yang jadik ni sebagai peringatan untuk kami hambaNya yang terkadang leka dengan duniawi. Dalam terleka mengulit dan mengejar keduniaan, Allah detikkan hambaNya yang lemah dan berdosa ni untuk kembali kepadaNya. Baru sikit Allah ambik, betapa gundah nya jiwa aku. Apatah lagi kalau aku tidak diterima dalam syurgaNya nanti? Masih bergunakah derita di dunia... Astaghfirullah.
 
Belas kasihanlah kepada kami Ya Allah. Kami lemah dan hina. Benar kami terleka dalam dunia yang sementara. Sedang yang pasti itu sedang menunggu kami.

Lebih rela begini...

Neklah a.k.a Maimok Allah bg pinjam jap je tu..rezeki kalian bersama cincin tu takat situ je. tp ikatan kalian sampai mati..sampai syurga...huhu
 
Jadi, Amin, InsyaAllah. Redha dan pasrah.

~Wanie~