Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

29 November 2012

Tak payah sombong dan bongkak wahai pekerja kedai kain ternama!

Aku gi kedai kain ternama kat seksyen 7 tadi teman kawan aku beli kain.

So pergila kat bahagian jual lycra2 sbb kawan aku nak buat tudung.

So taula kedai kain ni kan, mesti la ada yang follow nak entertain kita. Datangla sorang minah ni dekat kitorang. Memula lagi aku dah tak berkenan dengan dia ni. Aku tanye pon dia jawab nak tak nak.

Aku: "Harga kain yang ni boleh bagi berapa ye?"

Dia: "Tu boleh bagi 20 la" 

Dengan muka dan nada malas nak layan customer.

Pastu aku pon jenjalan lagi. Dia follow la kan. Kita duk tanya2 dia boleh buat muka kerek pastu malas nak layan dia. Dalam hati aku dia ni nak kerja ke apa ni? Kalau malas suruh jela colleague ko layan aku ni.

Sampaila kat satu kain ni aku berkenan, aku tanye dia,

"Saya pernah beli kain ni dapat harga sekian2, boleh dapat tak harga sekian2?".

Pastu dia kata, "Ambik je dulu mana nak, nanti kire kemudian".

Aku cakapla, "Saya taknak la ambik, dah potong pastu tetiba masa nak bayar tak dapat harga yang sana nak". Dengan nada yang masih control sabar lagi.
 
Dia diam je, aku mengandaikan dia agree la nak bagi harga yang aku nak.

Pastu kawan aku pulak beli kain ada yang 0.9 meter, ada yang 0.75m, biasalah kan buat pe nak membazir beli lebih2 pastu buang.

Sampaila time nak bayar, 80 kali pompuan jual kain ni duk ulang2 tanye, "Berapa meter kain yang ni akak amik tadi?", "Yang ni berapa?", "Yang ni?

Eh eh..selalunya penjual yang ingat berapa meter kita beli. Ok fine, kitorang dah bagitau. Boleh dia ulang tanya lagi soalan yang sama sampai dua tiga kali, yang dia sebok dok belahak keluar angin.  

Time aku jawab dia duk suka hati nak keluarkan angin. Mana nak dengar.

Aku: "0.9m

Dia: "Hurkk". Berapa tadi?

Aku: "0.9m"

Dia: "Hurkkk". Berapa?

Aku:" Yang ni 0.9m, yang ni 1.1m"

Dia: "Hurkkkkkkkkkkkkk". Berapa?

Pastu tanya kita pulak lagi kalau tambah2 semua jadi berapa meter sambil tunggu jawapan kite dengan nada nak marah. Eh sapa yang penjual sapa customer ni?

Wah ini sudah lebih. Terus jadi singa la aku. 

"Tulis la apa yang saya cakap ni. Apa takde kalkulator ke kat sini? Pastu nak buat2 muka pulak". 

Eh kalau bangang dan kurang ajar baik ko jangan kerja yang layan customer la. Aku tanya elok2, cakap elok2 cuba berbudi bahasa sikit. Kenapala ada manusia macam ni.

Aku bengang, dah sound tu, elok pulak dia keluarkan kalkulator dari poket dia. Eeeeeeeeeeeeeee. Kecik je aku tengok minah ni dengan mekap tebal dia dengan bulu mata palsu dia. 

Pastu sampai turn kain aku lak. Boleh dia cakap, "Kain akak ni sikit ni, tak dapat harga tadi". dengan muka tak pandang kita, cakap dengan nada nak taknak dia la.
Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah aku kesabaran maksima sebelum aku lempang2 pompuan nih. 

"Saya dah cakap tadi kan, kalau tak dapat harga saya nak, tak payah potong. Kalau tak dapat harga saya dapat hari tu, tak payahla saya beli".

Pastu dia duk termenung, tah hape dia duk tekan2 kalkulator, dia tulis gak harga yang aku nak. Apa punya manusia ni. Kalau customer beli sikit, komisyen ko sikit, itu tetap adalah rezeki ko tau tak AYU! Belajar bersyukur dan menghargai customer. Kalau ko layan aku elok2, insyaAllah kalau nak beli kain pape akan aku carik ko. Tapi alahai..

Aku tau nama AYU dia daripada cashier yang menyaksikan peristiwa itu. Macam ni punya manusia memang merosakkan business. Tawar hati aku nak shopping lagi kat situ. At least buat sementara ni.

P/S: Wahai AYU di bahagian kain lycra,cotton dan curtain, kalau ko terasa taknak layan customer, rasa takde mood, baru gaduh dengan laki atau kawan2, elokla ko pergi duduk bertafakur di tepi tangga. Itu lebih baik daripada kau menyakitkan hati customer dengan peel ko. 

Cuba ko senyum macam kawan aku kat bawah ni, manis berseri2, aku pon rasa disenangi.





~Wanie~

26 November 2012

Ummayras: Modest Clothing For Modern Muslimah

Yo! Yak aa awww!

Hahahaha bole tak intro macam tu? Ade sesape rasa nak sepak? *Lariks laju2!*

Assalamualaikum w.b.t...

Ha..baru seswai gitu. Kan semua sedia maklum kan yang negara Palestine sedang dilanda peperangan. Walaupun sekarang ada genjatan senjata and kita dah dengar takde kecoh2 lagi pasal rakyat Palestine yang cedera dan terkorban kena serang dengan yahudi laknatullah tu tapi I bet you la banyak lagi benda yang tak keluar berita. 

Kita tak berada di sana kan, jadi kita tak tau bagaimana peritnya kehidupan saudara kita di sana. Semoga Allah melindungi kita semua dan juga saudara seislam kita di mana sahaja mereka berada, Amin, In Sha Allah..

Nak cerita pasal tajuk di atas, Ummayras: Modest Clothing For Modern Muslimah gitew. Ummayras ni my good friend, Farah punya online shop. Ummayras ada banyak koleksi pakaian yang cantik2 especially jubah. Most important yang orang first nak tau of course harga la kan. Harga memang affordable I tell you. Dahla trendy, affordable plk tu kan, sesuai la harga dengan kualitinye.

Sekarang ramai jugak wanita tak kirala remaja muda mudi ke dewasa ke even pergi kerja pun ramai yang pilih untuk pakai jubah kan. Sebab satu, of course tutup aurat, yang kedua, design jubah sekarang pun dah modern yaw! Kalau tak percaya, click cepat2 link ni, UMMAYRAS. Ataupun click je badge dekat side bar blog aku ni. Lihat ke sebelah kanan anda yerk!

Ok, dah view kan? Nampak tak apa yang aku maksudkan? Jubah lawa2 kan. Marilah membeli sambil merderma jugak, Farah will donate RM10 to Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief for every purchase. Mudah2an niat kita membeli sambil menderma ni diredhai dan diberkati Allah. Amin.

Aku pun sedang berkira-kira nak beli asalkan ada size la opkos! Jubah Mawar Black ni cantik kan? I minat you!



 Biru ni lawa laaaaaaaaaaaaaa...lawa lawa lawa!

 Again, lawa lawa lawa!

Kalau aku pakai chiffon skirt ni harus terus terasa seperti hijabista hihihi. Pakai lak blouse satin ke. Wallah!

Oh Farah juga is a designer, blog header online shop aku, Couleurs pun Farah yang design. Sangat chomel! Tapi aku belum upload lagi, surpriseee. Nanti aku upload aku war2kan serata alam. Oh Farah juga is a photographer. Whatt! Apesal macam2 ko boleh buat ni Farah. Dahla cantik lak tu Farah ni, talented lak tu. Eh tapi dah kahwin. Hehehe not available anymore okeh.

So kalau berminat nak tanya apa2 yang berkaitan dengan online shop ke, blog header design ke, photography ke, feel free to contact her at this link ye. 

Wokey...sampai berjumpa lagi, tatatatatata.

~Wanie~

Tudung baruuu...



Haaa..hari ni kitorang akan update tudung baru tau..shawl half moon made of high quality chiffon.

Panjang shawl 1.8m tau. Senang nak lilit style apa pun. Ramai yang suka shawl rainbow paddle pop ni sebab senang nak match dengan banyak baju ;)

Nak tengok2 tudung lagi silakanla visit, dijemput like beramai-ramai la ye untuk dapatkan latest updates daripada kami. Tengkiu all!


posted from Bloggeroid

25 November 2012

Gojesnye aku lepas buat facial

Hwahwahwa. Ayat mintak penumbuk.

Smalam ada buat facial kat Tini's Spa kat seksyen 7. Selama ni aku buat facial bila aku rasa nak buat je, agaknye lepas ni kena la rajin2 buat facial. Kalo tak buat kat spa, buatla sendiri kat rumah kan.. hew hew hew. Dasar dah kertu tapi pemalash.

Dulu2 time sekolah pernah la muka jadi naik jerawat gilos2. Hormon gatai dah keluar ler tew. Pastu mak aku pon kesian tengok agaknye, mak aku bawakla aku pergi buat facial. Masa tu spa tu pakai product Dermalogica. Boleh tahan mahai jugakler tapi bagus.

Masa tu, dah buat facial, mak aku belikan pulak product Dermalogica ni sekali. Pastu sambung buat facial sendiri kat rumah plk. Aku rajin2kan diri la mase tu pakai segala product2 pembersihan wajah Dermalogica ni demi kulit tercinta. Elok 2-3 minggu aku pakai, kulit aku terus ok. Alhamdulillah.

Pastu baru ni lak member aku Nassya bagitau ada spa yang pakai product Dermalogica ni, aku pon gumbira la. Sebab muka pon dah berkerak, sampai mak aku pon tegur apsal kulit muka dah tak nampak bersih, nampak berlemoih.

Sampai mak aku pon dah ckp macam tu, kena take action nih. Nak beli ephyra budget lom ade hewhewhew. Lepas buat facial terasala kulit fresh sikit..

Ade pulak package untuk first time customer kat spa tu, Dermalogica trial kit(nilai sebenar RM190++) sekali dengan hydrating facial(RM98) package jadi RM200..aiyak ni bole beli ephyra ni. Hahaha.

Memandangkan aku nye cleanser, toner dan segala mak nenek dah habis, aku pon beli la package tu. Tapi aku suruh kira sekali dengan facial yang dah buat tu. Kalau tak, pakej tu kira akan bagi voucher untuk hydrating facial bernilai RM98 untuk next visit tapi dermalogica trial kit tu dah boleh bawak balik on the spotla. Kira burn la voucher tu, kira aku dah pakai voucher untuk facial yang aku baru buat tu.

So far semalam dah pakai product ni Alhamdulillah takde naik yang pelik2 pagi ni so I'll stick to Dermalogica for the next 3 months sebab katenye trial kit ni leh pakai untuk 3 bulan. Tapi aku rasa kalau aku pakai sebulan je ni tahan.

Ape pon ni la dia kit nya..aku punya dry kit sebab budak yg buat facial tu kate kulit aku dry..so selamat RM200...






Tu dia tangan Aqeel enterprem. Nanti belikan mama lagi ye, suruh apak kau belikan. Hahahaha.

posted from Bloggeroid

23 November 2012

DIY: Patch lace

Aku ada hantar kain linen aku untuk buat baju 2 in 1.. So bila dah siap, aku nak baju tu boleh pakai untuk kasual, boleh pakai untuk formal. Sebab kain linen kan selalunya banyak orang buat blouse ke kemeja lelaki kan. So ape kate kite pelbagaikan kegunaannyyyaa...

Bahan perlu ada cuma blouse yang plain dan jugak border lace. Jarum dan benang opkos ler kan. Aku beli border lace daripada Aida. RM30 semeter including postage. Ok sangatla kan. Sebab kalau beli semeter akan dapat 2 meter sebab kita boleh potong dua. Contoh gambar kat bawah ni. 

Gambar daripada blog Aida

 Inilah lace yang aku beli daripada Aida. Cantik kan? Ini yang aku maksudkan beli semeter dapat 2 meter sebab kita boleh potong dua border lace ni, potong kat tengah2 tu.

Kat atas ni la gambar baju 2 in 1 linen aku tu. Gambar ni aku pakai dengan kain. Mase ni baru ambik dari tailor. Belum patch kan lace lagi. Kain pon linen jugak cuma kain tu aku lining. Kalau tak lining tercabot kopiah pak aji.

Gambar kat atas ni perasan tak yang lace tu belum dijahit. Aku main testing2 je letak je atas baju plain aku tu. Bila dah adjust bagi straight, bolehla letakkan jarum supaya kita punya border lace tu horizontal straight dan jugak corak kita tu balance kiri dan kanan. Nampak tak puncak border yang tengah tu aku susun bagi selari dengan leher punya bucu. Jadi senang nak tengok balance ke tak corak di kiri dan kanan. Aku punya corak bila dah siap alignment terlari sikit tapi tak ketara sangat. 

Eh tetibe dah siap, celah mananya DIY. Eh betulla DIY, aku yang patch sendiri. Kihkihkih. Haha sebenarnye aku lupa ambik gambar step by step. Pepandai je letak tajuk DIY. *Panggg sekali*. 

Senang je, jahit je ikut border tu, sebab border putih jadi guna la benang putih maka ke"amatur"an tu tak nampak ketara. Jahit je asalkan kemas dan terletak. Kalau terlebih rajin macam I, jahit la manik. Ikut kreativiti sendiri. Aku bukannye kreatip pon, tapi aku jahit jela manik tu ikut cantik di mata aku. Bila jahit manik, lace tu lebih nampak terletak dan profesional gitew. *Petik suis ON kat mode perasan*

 Untuk pakai sendiri kire okla ni (pade akula...). Nak upah designer tak mampoo. Jadi mari bikin sendiri. Kalau nak meletop lagi, jahitla border lace kat tangan jugak. Aku adalah pemalash.

Close-up sikittt...

Kalau perasan, masa birthday Aqeel aku dah pakai. Dah rasmi dah pon. Aku pakai dengan jeans. Tak nampak pelik pon kan? Kire 2 in 1 aku menjadik la tew... ;)

Oklah...Toodles folksss...

~Wanie~

22 November 2012

Kena cekik antibiotik

Hahaha tajuk luar batasan.

Kan hari tu aku warded kan. Terlupa nak buat note kat diri sendiri dalam blog ni.

Aku adalah allergic pada two major antibiotics. Kena ingat nih! No 1 is Ciprobay, no 2 is Rocephine.

Kalau ade allergic ubat pape wajib ingat tau sebab effect dia bole jadi membahayakan.

Mase warded second night tu Kak Pnut ada bawakkan aku bihun tomyam. Sedang elok aku baru nak bukak bihun tomyam tu, nurse pon masuk. Dia kata nak bagi antibiotik (Ciprobay). So aku pon rilek jela kan, dia masuk ubat thru IV drip tu. Slowly ubat tu akan masuk thru vein kan.

Kurang seminit masuk je ubat terus aku rasa semacam. Memula rasa cam sejuk je kat lengan pastu tetibe aku rasa tekak aku gatal, pastu worse aku rasa choked. Tercekik.

Rasa tak tentu arah,gelisah lain mcm sangat, campur dengan rasa nak tercekik tu kan. Terus aku panggil nurse. Aku kata aku allergic, dia matikan drip and dia tanya aku ada rasa nak sesak nafas ke. Ya! Tepat sekali! Memang begitulah sy rasa.

Aku tanya kalau allergic ubat mmg camtu ke rasa. Dia kata memang begitula effectnye. So dia stopkan la antibiotik tu. Pastu terus tak lalu aku nak makan bihun tomyam. Betul2 lain mcm, terus potong stimla kire. Mood aku pon dah ke mana hala. Rasa nak marah semua ada.

Pastu malamnya doctor tukar antibiotik lain lak (Rocephine). Kali ni inject trus ke dlm vein. Masuk sikit2 tapi time tu takde lak rasa pelik2 tapi nervous gakla takut jadik macam first time tu. Nurse inject smpai abis la ubat tu. Dah habis nurse pon keluar.

Keluar2 je nurse dr bilik aku, terus aku tergaru sana, tergaru sini. Pastu kat muka pon gatal. Aku gi la toilet nak tengok muka apa dah jadi kan apsal gatal2, sekali kat muka dah tumbuh bintat2 cam kena gigit nyamuk daa. Pastu kejap lagi naik kat peha, kejap lagi naik kat perut.

Aiseh..allergic jugak daa. Antibiotik dah masuk dalam darah dah apa nak buat lagi, doc bagi ubat allergic jela. Tapi at least yang second antibiotic ni tak buat aku tercekik. Seriau aku. Kena tanam baik2 dalam kepala otak dua nama antibiotics ni.

Kena ingat tau. Bahaya kalau allergic. Kalau kat spital takpela banyak doctor, ensem lak tu hahaha. Kang kat umah kang ape jadi kalau tetibe kena macam yg aku tercekik tu. Nauzubillah. Aku tak penah sangka aku ada allergic ubat.

Dah, sile take note wanie!

posted from Bloggeroid

21 November 2012

Birthday party Aqeel with simple deco :D

Last Thursday aku organize birthday party kecik2 je untuk Aqeel. Birthday Aqeel patutnye 13 November, on Deepavali tapi aku kan hari tu baru keluar hospital. So aku postpone la hari Khamis, bagi aku relax2 dlu.

Party kecik2 pon aku nak gak buat cantik2 sikit untuk kenangan kan. Kali ni buat sekali birthday party untuk sepupu Aqeel, Afiq. Afiq punye birthday on Raya Haji hr tu, 26 October. Saja buat sekali, nanti dah besar tengok gambar mesti rasa besh je kan celebrate same2 walopon due2 still taktau ape2. Hehe. 

Untuk menjayakan simple deco aku ni, aku order party pack dari Gifts Comel. Tema pulak adalah Thomas & Friends sebab Thomas antara cartoon character yang Aqeel kenal selain Upin Ipin opkos. Berbaloi2 ok beli party pack sebab macam-macam dapat. Okla untuk nak spend dekat benda yang kite buat setahun sekali kan. Syiokla bila tengok gambar2 balik walaupun party kecik2 je. Hihi. Mari enjoys the gambar je la ok. 

 Danial yang jadi tukang potong kek nye walopon bukan bday Danial...adik2 sile tengok saje yek. From left, adik aku Safwan, abah aku, mak aku, aku, Aqeel, abang aku - Abg Sazuan, depan abang aku tu anak abang aku - Danial, Incik Daus and kakak ipar aku, Kak Ju tengah dukung Afiq.

 Banner pon aku order daripada Gifts Comel.

 Party package termasuk la goodie bag ni ha..Nak tau lebih lanjut kene la visit website mereka ye.



 Balloons sahaje sebagai deco..

 Tempat air pon ade belon jugekkk...

 The birthday boys
 Birthday cake daripade Jasmeen Home Delight.

 Tupperware memang banyak kegunaannya termasuk jadi cake stand. Hahaha.

 Tomey kan the cupcake toppers? The red velvet cupcakes were also from JHD.

 Abang Danial Fitri, sepupu Aqeel.

 Tok and tokwan...muahmuahmuah

 Afiq Farhan



 Main menu, nasi ayam marvelous tok masak

 Kfc pon ade jugak. My SIL bawak..

 Sementara tunggu party start, santai2 sajork..


My signature dish, baked mac n cheese. Hehe.

 Erk..haha Danial..Danial..

 Maimok and husbandnye Abg Zam.





 Anak officemate Incik Daus, nama tatau..sowieee...

 Pak Shu and Aqeel..

 Kak Pnut n Maimok

 Oh..muke aku takleh kembong lagi ke. Orang masuk spital makin slim. Aku makin kembong.

 Papa observe Aqeel main train bday present Cu La a.k.a Maimok bagi..

Mr Donkey

 Ini la dia durian crepe yang aku order daripadaBrilliantaste.Homemade tu...

 Nyummehhh...


~Wanie~