Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

22 November 2012

Kena cekik antibiotik

Hahaha tajuk luar batasan.

Kan hari tu aku warded kan. Terlupa nak buat note kat diri sendiri dalam blog ni.

Aku adalah allergic pada two major antibiotics. Kena ingat nih! No 1 is Ciprobay, no 2 is Rocephine.

Kalau ade allergic ubat pape wajib ingat tau sebab effect dia bole jadi membahayakan.

Mase warded second night tu Kak Pnut ada bawakkan aku bihun tomyam. Sedang elok aku baru nak bukak bihun tomyam tu, nurse pon masuk. Dia kata nak bagi antibiotik (Ciprobay). So aku pon rilek jela kan, dia masuk ubat thru IV drip tu. Slowly ubat tu akan masuk thru vein kan.

Kurang seminit masuk je ubat terus aku rasa semacam. Memula rasa cam sejuk je kat lengan pastu tetibe aku rasa tekak aku gatal, pastu worse aku rasa choked. Tercekik.

Rasa tak tentu arah,gelisah lain mcm sangat, campur dengan rasa nak tercekik tu kan. Terus aku panggil nurse. Aku kata aku allergic, dia matikan drip and dia tanya aku ada rasa nak sesak nafas ke. Ya! Tepat sekali! Memang begitulah sy rasa.

Aku tanya kalau allergic ubat mmg camtu ke rasa. Dia kata memang begitula effectnye. So dia stopkan la antibiotik tu. Pastu terus tak lalu aku nak makan bihun tomyam. Betul2 lain mcm, terus potong stimla kire. Mood aku pon dah ke mana hala. Rasa nak marah semua ada.

Pastu malamnya doctor tukar antibiotik lain lak (Rocephine). Kali ni inject trus ke dlm vein. Masuk sikit2 tapi time tu takde lak rasa pelik2 tapi nervous gakla takut jadik macam first time tu. Nurse inject smpai abis la ubat tu. Dah habis nurse pon keluar.

Keluar2 je nurse dr bilik aku, terus aku tergaru sana, tergaru sini. Pastu kat muka pon gatal. Aku gi la toilet nak tengok muka apa dah jadi kan apsal gatal2, sekali kat muka dah tumbuh bintat2 cam kena gigit nyamuk daa. Pastu kejap lagi naik kat peha, kejap lagi naik kat perut.

Aiseh..allergic jugak daa. Antibiotik dah masuk dalam darah dah apa nak buat lagi, doc bagi ubat allergic jela. Tapi at least yang second antibiotic ni tak buat aku tercekik. Seriau aku. Kena tanam baik2 dalam kepala otak dua nama antibiotics ni.

Kena ingat tau. Bahaya kalau allergic. Kalau kat spital takpela banyak doctor, ensem lak tu hahaha. Kang kat umah kang ape jadi kalau tetibe kena macam yg aku tercekik tu. Nauzubillah. Aku tak penah sangka aku ada allergic ubat.

Dah, sile take note wanie!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment