Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

25 March 2013

Tudung baru CouleursHijab & makan2 at Strawberry Fields Kafe

Waduh..waduh..sudah lama gue abandon blog gue..kasihan sih. Nak cite pasal makanla apa lagi pon entry blog ni berkisar pon kan.

Tapi nak update entry baru nak promote tudung baru gak..hehehe *sedang disepak laju2*

Nah tepek gambar sebijik..jemput ke facebook CouleursHijab atau blog CouleursHijab untuk aktiviti seterusnya hewhewhew.


Aku first time dengar pasal Strawberry Fields Kafe ni, tak pernah dengar pun sebelum ni. Restoran ni ada di PJ and USJ 10, Taipan..aku pergi yang kat Usj 10 punye.

Adik aku Safwan yang bagitau pasal restoran ni. First aku tanye opkos harga, Safwan kate harge okla..tak mahal sangat, ada yang bawah RM10 untuk western. Itu sudah bagush. Mari terjah. 

Hari sabtu ritu aku terjah..setelah digodek2 di gugel dan teserempak dengan blogger yang penah pegi makan restoren ni, kebanyakan ada gambar makan Butter Cream Chicken Rice. 

Maka aku pon cube. Not bad at all. Rasa lebih kurang macam The Chicken Rice Shop punyer Butter Chicken tu cumeeee ayam dia tu tak garing la, ayam dia cam masak skali dengan sauce tu. 

Tapi sodap je pon. Boleh request nak cili padi or taknak.

Butter cream chicken rice, price bawah RM10 tapi tak ingat...nyum!


Ni Incik Daus order..beef steak, RM19 ++. Dari segi rasa ok, boleh tahan..maybe gravy tu agak tak kene, sepatutnya order black pepper sauce instead of brown sauce.


Ni order untuk Aqeel, claypot chicken rice and mushroom..ok la, boleh tahan..tapi aku lagi suke kat food court Giant seksyen 13, Shah Alam. 


Amboi model kedai tu, kemain eksen muke :P

Akhir skali gamba kemho tuan tanah nak promote tudung ok. Hahaha.

 Harap jangan tertipu dengan kulit yang konon flawless. Sume tu adalah edit. Rupa sebenar adalah comot gilos.


~Wanie~

07 March 2013

Aquarium dalam bilik tidur

Agak2 possible tak..dengan life orang Malaysia yang sentiasa mengejar masa ni. Pagi subuh dah keluar, balik dah nak maghrib, agak2 ada masa tak nak maintain aquarium? Nak tips please sapa yang ada bela ikan dalam aquarium. Dari segi maintenance cost macam mana pulak eh?

Bestkan kalau ada aquarium dalam bilik terutama kalo bela ikan laut cam fish nemo tu kan. Kiut giler please, dengan terumbu karang semua, awesome! Pastu mesti rasa tenang kan sebab somehow bila tengok ikan2 ni berenang rasa cam release tension, rasa cam turut sama berenang dengan ikan2 tu. Sebab ikan2 ni kan sentiasa berzikir, salah satu nikmat Allah bagi jugak tu kan.

Anyways...ada a few gambar aquarium dalam bilik yang awesome aku nak share, some macam tak termampu la untuk aku dari segi budget eh bukan some, semua aku tak mampu tapi tetap best untuk berangan hehehe. Semua images from Google. Enjoice!

Ok..bilik ni memang awesome tapi aku ni agak trauma lalu bawah tunnel, selalu terbayang memacam yang ngeri2, mungkin aku kejung tak tidur2 kalau dapat bilik camni kakakaka. Mesti terbayang camne kalau leaking pastu nanti lelama tunnel tak dapat bertahan pastu jaws datang menatap aku umpama dinner dia uwaaaa. Tapi bilik ni memang awesome. Cube gugel Conrad Maldives Rangali.












 Lawa gile view oit!! Bangun pagi mesti bertambah malas aku nak gerak kemana2. Melingkau atas katil je kejenye nanti.

Semua tak termampu la den nak realisasikan. Kalau aquarium kecik size biasa tu mampu la kot. Tu pon berpinar mata nak maintain. Macam aquarium kat bawah ni smart jugak letak kat hall kan. Tapi memang rajinla aku nak membasuh aquariumnye kan. Kahkahkah.



Ok la...tatatatatatatatata.

~Wanie~

04 March 2013

Resipi Spaghetti Aglio Olio

Cakkk! Selamat hari isnin...hari paling blues antara semua hari yang ada...

Semakin blues bila memikirkan keadaan di Sabah..aku yang kat Semenanjung ni pun stress...Baca macam2 status kat FB yang menuduh sana sini. Aku tuduh ko, ko tuduh aku. Oh man, enough with the politics already derrr...we're in the middle of a crisis ni. 

Bukan main2 punyer, nyawa dah melayang. Banyak sangat keyboard warriors eh. Dok hentam2 polis bagai, tu pon berani online jela. Kalo suruh pergi barisan hadapan kat Lahad Datu sana, masing2 nyorok blakang di sebalik jamban gamaknye. Bab2 speculate nombor 1. 

Tolongla hargai jasa mereka2 yang berjuang untuk kite lebih2 lagi mereka pon ada keluarga. Kite tak berada di tempat mereka bukan bermakna satu tiket untuk kite cakap ikut sedap mulut. Lebih baik kite yang belum terkena lagi ni berdoa untuk kesejahteraan rakyat Sabah and Malaysia keseluruhannya.

Hari ni berlaku di Sabah, esok lusa tah kat mana lagi..nauzubillahimindzalik...

Sudah cukup saja tazkirah petang isnin...mari lihat resepinyaaa... 

Lately ni kemaruk btol makan benda ni hahaha haruslah penyebab utama kegemokan yang nyata. Resepi ni ikut sedap anak tekak aku je, tengok kat satu blog ni resepi ni pastu bila nak try ingat2 lupa blog mana. Jadi aku campur aduk je yang mana ingat. Maafla tak dapat nak kredit sesape.
 
Resepi Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan

250g spaghetti (separuh bungkusan) 
6-7 ekor udang size sederhana
2-3 ekor sotong size sederhana (dipotong2) 
1/2 sudu kecik lada hitam (serbuk@coarse)
4 ulas bawang putih
4 biji cili kering dihiris
5 biji cili padi
1 ketul kiub pati ayam
3 sudu besar minyak zaitun(untuk rebus spaghetti dan jugak tumis aglio olio)
Sedikit garam kalau tak masin...

Kalau takde minyak zaitun, guna je minyak biasa. Guna apa yang ada saja ok. Anyways, minyak zaitun kan baik untuk kesihatan, leh la invest ye tak. 

Cara

1. Didihkan air dalam periuk. Bila air dah mendidih, masukkan spaghetti dengan sedikit minyak  zaitun. Rebus sampai masak.

2. Dalam periuk lain, didihkan air dan rebuskan udang dan sotong yang telah dibersihkan bersama sukatan air yang rata2 je cukup untuk cover udang sotong tu bagi tenggelam. Tak payah banyak sangat.

4. Setengah cawan air rebusan udang sotong ni dibancuh dengan 1 ketul kiub pati ayam. Kacau2 sampai kiub pati ayam hancur. Ketepikan dulu, akan digunakan kemudian.

3. Dah siap rebus spaghetti dan udang sotong, boleh la start menumis. Di dalam kuali, panaskan 2 sudu minyak zaitun.
4. Tumiskan bawang putih dan cili kering.

5. Masukkan bancuhan air rebusan udang sotong dan stok ayam. Tuangkan lada hitam dan masukkan cili padi. Kacau2.

6. Masukkan udang dan sotong yang dah direbus. Tak payah lama sangat nanti overcooked liat sotong.

7. Dah agak kering sikit air rebusan tu, boleh la gaulkan spaghetti dalam kuali. Gaul sebati sampai kering ala2 mee goreng punya kering. Tak payah lama sangat gaul tu, kang lembik spaghetti. Siap untuk dihidangkan. Nak pedas berasap dan terbaik, dijemput la tabur parmesan cheese sikit dan chilli flakes lagi. Kuikuikui.

P/s: Kalau tak masin baru masuk garam, stok ayam ni dah masin sebenarnye...

Sekian...

~Wanie~

01 March 2013

Third wedding anniversary dinner at Serai Restaurant

Pergh...lama sudah gua tinggalkan blog. 

26/2/2013 was our 3rd wedding anniversary. No big celebration..just a simple dinner at our favourite restaurant - Serai lerrr...

Tapi asben yang baik hati telah membelikan bini mok2 dia present..cuma bini mok2 je tak belikan pape..tengah kumpul duit nak seprais kan Incik Daus. Hihi..Apakah sepraisnye? Jengjengjeng... :P

Seperti biase, di blog ini adalah penuh dengan lambakan makanan. Harap maklum sejak balik KK tuan punya blog dah gained 5kg sampai skarang tak turun2. Damn u lemak. Grrrrrr!!!

Rasa macam baru je celebrate 2nd wedding anniversary.. tau2 je dah 3rd..aik..copatnya den tuo. Gile laju masa berlalu. Azam tahun lepas nak reduce weight 10kg, tak jalan pon. Tahun ni nak kena reduce 15kg la pulak. Pffftttt.

 Seperti biase...makanan kat Serai tak pernah mengecewakan. Meh tengok satu2...slurppppp.

  Berseni tak amik gambar camni..maklumla orang jakun baru ada instagram. Kihkihkih.

 Chinese fried rice for Aqeel..bukannye dia makan. Yang dia nak popok(keropok).

  
 No 1 dalam hati...Sizzling Seafood...podas melotup. Yang ni memang favourite Incik Daus. Kalau ikut tekak aku order lauk2 yang manis2 pon takpe asalkan ada lauk ni.

 Yang ni memang ikut selera aku.. Honey Squid. Beshnyerrr...manis dan sedap. Honey kan opkos la manis. Lawan ngan kuah sizzling seafood tu memang terbaek! Ni first time order, selalu order sotong goreng tepung je.

Lupekan lemon chicken sebentar...order Mango Chicken pulak..Pedas gak, berasap2 telinge aku. Tapi sedap, ayam tu crunchy di luar, lembut di dalam..pastu dianya gravy tu pedas giles..pastu ada hirisan mango. Walla!

Tah kenapo laki den order mix vege ni..den pon ghoti buat. Kehkeh..teringin kot. Mix vege ni ala2 masak sos tiram la. Sedap jugak..

 Big boss sama small boss. Big boss yang baju putih, small boss yang baju hitam. Kuikuikui. Big boss tu tau order je, "mama, nak susu, nak air", "nak susu, papa", "nak agi(lagi) nasik, asak(masak)!", "nak wet (duit)". Sabor jelah...

Yang menurut perintah,

Gambar muke je cukupla. Aku dah gumuk cam almari 4 pintu. Silap hari bulan almari 4 pintu pon kerdil sebelah aku. Kahkahkah.


~Wanie~