Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

23 March 2012

Sofa lama tukar baru...

Kerusi rumah parents aku adalah sangat kesian. Sebabnya kain dia dah terkoyak dengan span dia dah tercarik-carik. Memula terkoyak kecik je, lebih kurang macam satu garisan panjang jari kelingking la. Tapi cucu mak abah aku yang first iaitu anak abang aku, Danial Fitri ni kreatif lagi rajin, masa tu baru dia sorang cucu, kecik lagi kan. Dia dah nampak satu garisan terkoyak, dia tarik bagi terbukak lagi luas, pastu nampak sponge kat dalam tu, seronok lagi la sikit demi sikit dia kerja kan. Dia tarik-tarik keluar sponge tu. Hahaha Danial..Danial...sekarang ni dia dah ada adik, Afiq Farhan sebaya anak aku, Aqeel. Maka ada 3 orang cucu lelaki yang "rajin". Selamatttla kerusi tok dengan tokwan kan.

 Budak "rajin" 1, Danial Fitri 

 Grrrr Acik Wanie....siapa suruh cakap pasal Danial?

 Budak "rajin" 2, baju purple Afiq Farhan, youngest budak "rajin", baju hijau Mohamad Aqeel Darwish. Rajin betulla hendaknya bebudak ni nanti. Heheh. oh tak lupa jugak tok and tokwan dalam gambar.

So satu hari tu aku ternampak la dekat rumah jiran aku merangkap berpren aku si Na'ilah ada satu kete Alza, belakang dia ada tampal sticker "Repair Sofa". Aku pun calling-calling si Na'ilah tanye pasal orang repair-repair ni. Dia pun bagi contact. Nego-nego discuss-discuss dengan diorang, aku pun agreed nak hantar... Selepas seminggu lebih, orang sofa ni pun call, sofa sudah siap untuk dihantar. Wahhh impressive. Cepatnyer siap!

Jeng jeng jeng...ni la hasilnye...






English design la, kerusi antik ni lebih sesuai yang english-english nye design, kalau modern cantik yang abstrak2 kan. Gambar sebelum takde la, aku luper ambik daaaa...Tengok jela yang selepas ye. Kalau tengok live cantik, kemas buatannya, kayu-kayu dicat balik semula. Span2 yang kurang dia tambah-tambah bagi mantap dan empuk balik. Puas hati la. Kat rumah kitorang nanti pun aku nak pakai kerusi lama parents aku je tapi aku nak hantar untuk tukar dari kulit ke fabric. Tapi kendian2 la sebab skarang bajet tengah takde. Nak buat langsir lagi, beli bedroom set lagi, untuk kerusi, asal boleh duduk, ko henyak jela yang sedia ada tu toksah mengade. Haha. Benda yang lama pun kalau masih elok, takyah buang la. Sebab benda-benda lama ni lagi tahan dan berkualiti. Aku tak katela benda sekarang2 ni tak berkualiti tapi pempaham jela, nak yang berkualiti sila sediakan $$$$ nyela. Perabot dah beli bukan nak pakai setahun dua, kalau boleh pakai 10 tahun, 10 tahun la aku nak pakai benda tu. 

Berkenaan orang pengrepair sofa ni. Diorang ni bengkelnya ada kat Jalan Bukit Kuda, Klang. Nama kedai dia Nine Cushion Enterprise. Masa diorang datang ambik dua kerusi ni untuk reupholster, and also another sofa set untuk diorang touch up and repair (tapi tak tukar kulit sofa), diorang janji paling lama 2 minggu siap. Memang betul bagai dikata. Ewahhh. Siap awal 2 hari lagi. So thumbs up la kan dengan servis mereka. Harap-harap mengekalkan servis terbaik macam ni sepanjang berniaga. Kalau ada yang berminat, sila-sila la contact mereka2 ni...

017-3338217 (Zawir)
012-3926712 (Lokman)

Wokey...tatatititutuuuu...

~Wanie~

10 comments:

  1. kalau tak silap i, jiran u ckp, krosi rumah dia seminggu dh siap. keje dgn Nine Cushion ni mmg kelassssss nyahh~~~


    p/s: baik betul jiran u tu kan.nk kenal bole?..kuikuikui..krik..krikk~~~ :P.

    ReplyDelete
  2. Aah jiran i punye krosi mmg siap awal sbb perepair dah kene sound awal2 hehe..nanti kalo takde krosi nak duduk mane katenye :P jiran i tu baik tapi dia mental sikit, tempat taxi dgn passenger biase pon tak prasan kat klia hari tuh kikikiki

    ReplyDelete
  3. Salam nak tanya harga dia repair berapa? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...macam kerusi sepasang dekat dalam gambar ni,saya tukar fabric, tambah span and cat balik kayu-kayu tu,total RM1200. Harga depends on fabric dan kerosakan..harap membantu ye

      Delete
    2. Maksudnya satu kerusi rm600 la kan? Boleh thn jugak harga tueh.. Anyway thanks & selamat berpuasa. :)

      Delete
    3. Kalau tukar leather mahal tak?

      Delete
    4. Aah kire satu kerusi rm600..sbb pilih english fabric, ada jugak yang rm400, 450..Begantung pd kain kite pilih...

      Kalau leather lebih mahal sikit kot..mmg selalu leather mmg mahal drpd fabric biase kan..

      Delete
  4. wah thanks forcthe info ye..mencari tempat repair..kire bajet nak raya nt..hehe

    ReplyDelete
  5. kerusi meja makan boleh ke repair??

    ReplyDelete