Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

13 March 2012

Shawl and tudung cantek la

Semua blogger tegar confirm kenal punya Green Apple a.k.a kak Diana Ishak. Baru-baru ni Kak Di dah start buat business online jual shawl oh and ada jugak blouse. Aku pun apa lagi pantang la kalo nampak benda-benda nak dijual ni especially tudung ke shawl ke..Browse punya browse jumpa la yang berkenan, apo lagi aku pun e-mail kak Di tanye pasal shawl ni. Hari ni aku pun dah dapatla shawl pilihan hati, walamakkk vavavoom...100% silk, kain lembut gemalai, design cantik sangat kalau tengok live and yang penting berkualiti. Memang puas hati la aku. Sesuai dengan harga. Automatik aku punya baju raya tahun ni tema purple. Kuikuikui. Dapat-dapat shawl ni tak sampai 2 minit dalam tangan terus aku basuh sebab dah tak sabar nak pakai.

 Ni la warna shawl pilihan aku, purple lembut gitu.

Lain kali kalau Kak Di ada jual lagi shawl ni, aku nak beli yang bawah ni pulak sebab warna semuanya cantik-cantik...sekarang takleh beli dah, budget dah lari 500 meter ke hadapan.






Oh selain tu, aku pun ada beli jugak tudung Al-Humaira' Contemporary tapi aku bukan beli direct dari website diorang sebab masa aku nak beli tu dah sold out. Aku beli dari My Baby Bluebird sebab dia ada jual pre-loved item. Memang rezeki la dapat pulak beli dengan harga half price sebab pre-loved kan oh and plus RM5 untuk pos. Tapi katenye belum pernah dipakai. Pun aku dapat hari ni jugak, memang nampak baru. Kalau kena dengan baju memang cantik tudung ni. Cuma sebab dah berkenan sangat design tudung ni, aku rembat je la kaler maroon pun, jadi baju raya kedua aku tahun ni adalah maroon. Huahuahua. Puasa pun ganti tak abih lagi. Opss. Mungkin aku akan jahit manik kot (kalau rajin la) nak bagi nampak outstanding lagi.

Warna ni la yang aku nak...Cantik kan? Kan?

Ataupun yang ni...Tapi sold out saje...

Yang aku beli pre-loved tu yang ni, tantek jugak kan, kena pandai match dengan inner je.

Shopping je keje aku. Bila sampai tengah bulan macam ni, terkorek-korek wallet kot-kot terselit barang singgit due T__T.

2 comments:

  1. ye, new mulberry silk akan menyusul...

    ReplyDelete
  2. Yeay!! Soping lagi! Nak cop kaler brown plk Kak Di.. ;)

    ReplyDelete