Cakkk! Aku dah sihat. Kembali montel. Hikhikhik. Ok..sebenarnye hari yang sama aku terlantar hari tu, rupenye aku masih mampu memasak sebab tertengok gambar butter prawn kat magazine. Dah tertengok ape lagi, bukak peti ais wah...ada sotong. Tak dapat butter prawn, butter sotong pon ok je.
Kalo diet tu, takyah la masak eh, haha kang mencanak naik nombor kat penimbang tu terjejes lak air mata nak2 raya ni.
Senang sangat nak buat masakan ni. Moh lihat resepi. Bahan-bahan ni selalu aku campak2 je, susah nak bagitau kuantiti.
Bahan-bahan
Udang@Sotong 1/2 kilo
Cili padi 5-6 batang dihiris (kalau suka banyak boleh tambah, aku selalu guna 10-12 batang)
Daun kari 1/2 cawan (lagi banyak lagi sodap)
3 sudu besar Butter@Marjerin
2 sudu besar Nestum (aku selalu lebihkan nestum sebab aku suka manis2 sikit)
3 sudu besar Oat
Tepung jagung agak2 untuk gaul udang@sotong
1/2 sudu teh lada putih
garam (sila adjust ikut kuantiti udang)
1 sudu teh gula (terpulang citarasa masing-masing)
Cara-cara
1. Sangaikan oat bercampur nestum sampai keperang-perangan, angkat dan ketepikan
2. Gaulkan udang bersama tepung jagung, lada putih dan garam. Goreng terendam dalam minyak yang banyak. Bila udang dah masak angkat dan tapiskan minyak. Minyak goreng udang boleh simpan sebab dah tak guna minyak lagi.
3. Panaskan butter ke dalam kuali, masukkan gula, cili padi dan daun kari.
4. Bila daun kari dah garing-garing sedikit, masukkan udang dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan nestum dan oat yang telah disangai. Adjustkan garam dan gula ikut selera sendiri. Siap untuk dihidangkan.
Senang giler dish ni. Aku buat butter prawn ni selalu 20 minit siap semua. Aku suka pedas cili padi dan manis2 sikit. Setengah orang tak suka manis kan, jadi kuantiti tu kena pandai adjust.
Aku buat dua bekas...satu untuk berbuka puasa, satu untuk sahur. Licin tak tinggal walau sehelai daun kari. Hewhewhew. Terusla aku prasan aku masak sedap :P
Eh tetibe terselit gambar si tonet ni..hehe. Lama dah Aqeel tak menonjolkan diri kan. Lihatla muka Aqeel yang merah-merah kena gigit nyamuk adalah 10 gigitan kat muka sahaja. Sampai dekat telinga pon kene gigit. Kesian betul. Nyamuk2 ni sekarang ni bahaya. Mintak-mintak dijauhkan daripada sakit2. Amin..
Lepas makan butter squid sila lari setempat setengah jam ye murid-murid.
Eh tetibe terselit gambar si tonet ni..hehe. Lama dah Aqeel tak menonjolkan diri kan. Lihatla muka Aqeel yang merah-merah kena gigit nyamuk adalah 10 gigitan kat muka sahaja. Sampai dekat telinga pon kene gigit. Kesian betul. Nyamuk2 ni sekarang ni bahaya. Mintak-mintak dijauhkan daripada sakit2. Amin..
~Wanie~
No comments:
Post a Comment