Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

01 August 2012

What's for buka puasa? = kelmarin

Haha kelmarin peginya..semalam aku masak honey prawn sama macam entry aku yang lepas tu tapi lupe nak ambik gambar la pulak. Yang kelmarin nye lupe nak update tapi sempoi ya amat laaaa aku masak. Masak megi goreng je.

Memang favourite aku tak kire mase. Selalu kalau malas-malas nak masak susah2, aku goreng je megi. Incik Daun pon suke. Tapi dia tak suka pedas meletup cam aku. Akunye pedas kekadang smpai bengkak bibir. Haha megi ganas.

Bukak peti ais nampak udang, bukak cabinet nampak cendawan shitake jadi bermulala sesi mencampak. Aku buat sebungkus je tapi dapat banyak. Megi ni kire meal sampingan la. Ada lagi lauk lain, nasi pon ada.

Selalu sayur aku letak carrot hiris nipis2. Ni carrot takde, cendawan pon jadileee..dah masak keje meratah cendawan je aku.

Resepi Maggi Goreng Simple Bangat

Sebungkus maggi(rendam dalam air panas takyah lama sangat satgi kembang sangat tak syiok)
Rencah maggi curry tu bancuh dengan 3/4 cawan air
1 sudu besar cili kering yg dah direbus and diblend
*Sos cili
*Sos tiram
*Kicap manis
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 biji bawang besar dihiris
Sedikit carrot dihiris nipis2
Sedikit cendawan shitake - optional
1 biji cili merah dihiris
Cili padi diketuk (kuantiti bergantung pada selera masing2)
1 biji telur
Udang@ayam

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih dalam sedikit minyak sampai naik bau
2. Masukkan cili kering yang dah diblend dan tumis smpai naik minyak
3. Masukkan air yang dibancuh bersama perencah maggi kari diikuti dengan cili merah, cili padi,  bawang besar, carrot dan cendawan
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap dan kacau2
5. Bila air dah mendidih masukkan udang (kalau ayam masuk awal sikit)
6. Kacau2 la sikit, bila kuah dah agak kering, pecahkan telur dan biar telur masak.
7. Akhir sekali masukkan maggi yang dah direndam dan kacau2 bagi rata je. Tak payah lama sangat nanti maggi lembik.

*sos dengan kicap ni agak2 je sesuai dengan kuantiti bahan-bahan

Dah siappp...tadaaaa...maggi goreng basah2 sikit. Slurppppp.



Terliur pule tengok cendawan. Ambik. Sendiri upload entry, sendiri kebulur. Hewhewhew.




Sampai sini je dulu...tatatatatatata...

~Wanie~

2 comments:

  1. Mcm mee basah tp versi mee segera...leh try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul2 mcm mee basah, tambahan cuma perencah kari tu yg buat umphh tu..nak rasa cam mee mamak sikit perah limau sikit..perut pon kreuk kreuk kreuk hehe

      Delete