Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

31 October 2014

Anakanda mama, Amani Sofea, bidadari syurga...

Salam Sofea..

Mama rindu Sofea..wajah mulus Sofea yang cantik, yang suci.

Lama mama tunggu nak dakap Sofea, nak tatap wajah comel anak mama..

Mama bayangkan yang indah-indah untuk Sofea sepanjang mama mengandungkan Sofea..

Mama bayangkan Sofea membesar dengan sihat, bermain dan belajar dengan Abang Aqeel, bersekolah..macam-macam lagi yang indah-indah mama bayangkan untuk Sofea..

Mama bayangkan lepas ni Abang Aqeel ada kawan..ada adik Sofea yang menyayangi abangnya. Abang Aqeel ni ada potensi nak kena buli sebab dia manja orangnya.. nanti adik Sofea yang protect abang Aqeel..

Mama dah sediakan macam-macam kelengkapan Sofea..abang Aqeel dah 4 tahun kan..mama excited beli itu ini untuk Sofea..

Tapi mama lupa..mama lupa..
Mama hanya merancang..
Allah jualah yang Maha Berkuasa..