Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

25 September 2012

Do it yourself! Save cost wokey!

Kunun nak tunjuk gambar DIY step by step tapi salahkan kesengalan sendiri. Bila dah siap buat baru teringat demmm kelupaan mengambil gambaran. Eh bukanla DIY apa sangat, cuma masa Pak Mi kitorang kahwin hari tu, Pak Mi sponsor kain. 

Kain tu plain jadi kepala ligat berputar apa ek nak tambah tapi dengan kos yang minima. Jawapannya pastilah DIY kan. So kain plain tu aku tempahla untuk buat baju kurung moden tapi tah la mana silapnya jadi macam baju kurung je. 

Oh semestinye bukan sebab semakin kurus :P. Bukannya beza sangat kalo stakat turun 2-3kg kat badan aku ni. Tah ke 2-3 kg yang turun tu tang jari tangan dengan kaki je kuikuikui.

Shawl pon aku beli shawl plain half moon. Manik nye pon aku jahit sendiri. Jahit sikit je untuk bahagian muka je. Aku belum ambik gambar proper lagi. Sebab skarang ni camera hp aku biol. Bila aku ambik gambar, dia terus terpadam sebab tu susah gila nak update blog sekarang ni sebab temper je ambik gambar hp padam la hang la *alasan baik punya :P*. Kekadang je dia ok.

So atas belas ehsan tagging di facebook, dapatla mencilok beberape keping gambar. Hehehe...




 Gambar dekat takde la pulak kan. Shawl tu aku jahit manik simple je, biar tak nampak plain sangat. Baju pulak aku guna lebihan lace masa aku kahwin dlu, aku patchkan. Sonang...

Bunga gabak tu pulak aku beli sebenarnya brooch murah 4 sepuluh ringgit. Buangkan pin dia pastu jahit je kat baju. Senang kan. Malangnya dah berbulu2 dah bunga besar tu. Aku nak ganti dengan bunga yang lain. 

Maybe bunga sulam macam yang bawah ni. Mak sedara aku, Mak Ndak ada ambik tempahan sulam and boleh beli bunga sulam macam kat bawah ni. Tantek kan kalau dijahit berlapis-lapis. Dari bunga besar dilapis dengan bunga kecik kecik kecik. 

 Nanti nak order yang pink tu..sweeeet sangat.

 Ni letak dekat tudung pon lawa kan?

 Tambah pulak butterfly, jadi kanak-kanak riang aku.

Boleh jugak request nak design bunga yang macam-macam mana. Selain tu boleh jugak tempah towel ke, sulam untuk baju kurung, kebaya, telekung semua boleh. Harga depends pada complexity of the design la kan and of course banyak mana nak buatnye.


Macam-macam design ade...



 Contoh sulaman pada baju kurung. 

Haaa..kalau bunga kecik2 tu tampal kat baju jadila camni. Tantik ni kalau aku buat kat baju aku...yippieee.

Aku yang tak sempat2 lagi nak tempah towel or t-shirt untuk Aqeel. Kalau aku nak tempah, nak tempah gambar Thomas ataupon motor. Si kecik aku tu peminat tegar motor.

 Macam-macam gambar boleh pilih atau nak request gambar cartoon apa-apa pon insyaAllah boleh.  Ada jugak yang termpah towel untuk jadi door gift masa birthday party anak. Curlasss gitu.



Kiut kan? Budak-budak mesti suka ni.

 Ni on t-shirt..tomey tomey tomey.

Kalau nak tau lebih lanjut boleh click kat Facebook Opah Embroideries.  

Okla..sampai sini dulu...tattatatattatatatata


~Wanie~

19 September 2012

Ikan nari-nari

Wiken lepas aku ngan Incik Daus attend kenduri kawen kawan skolah kitorang, Ruby. Wedding Ruby buat dekat dewan PKPS, Shah Alam. Cantik dewan tu. Makan pon sedap. Kuih muih sedap, ada ABC lagi yo. Yang penting ada aircond yang sejuk. Hehehe.

Kalo duduk dalam dewan ada aircond tapi panas rasa nak cepat2 balik je kan. Yang ni siap aku boleh berjimba, dah makan nasik, belasah pulak kuih. Pastu makan pulak ABC. Memang patutla aku makin kurus. Pastu ada live band. Suara penyanyi tu sedap, ala-ala Dato' Siti gitu.

Centerpiece kat meja tetamu tu cantik and lain daripada yang lain. Tak pernah aku tengok orang letak ikan hidup jadi centerpiece. Memula aku tak perasan ada ikan. Sekali tertengok pulak centerpiece meja sebelah. Eh macam ada ikan, betul ke. Tengok meja sendiri, eh eh centerpiece live fish la. Kalo amik sekor pon baguih kan. Leh kawan dengan ikan laga aku. Tengok sapa menang.


Yang lawak tu, bila live band tu perform lagu yang catchy2 sikit kan, macam lagu "Selamat Pengantin Baru" yang Saloma nyanyi tu kan, ikan-ikan ni beratur 3-3 ekor rapat-rapat pastu goyang-goyang nari macam orang dulu-dulu nari. Yang kepala je goyang-goyang badan getar-getar sikit. Pi cari kat youtube lagu "Apa guna berjanji" filem Masam-masam manis. Cam Norkiah menari tula ikan tu menari. Hihihi. Kiut je.

Pelamin pon cantik sangat. Pelamin putih je tapi lampu-lampu tu yang buat pelamin ni nampak berseri-seri. Baju pengantin pon cantik sangat!

 Nak cite pelamin cantik tapi pemblog ni pemalas nak amik gambar. Hihihi. Nampak jugak pelaminnye kan kan kan?

 Nasib baik Incik Daus rajin amik gambar pengantin, Ruby and Faliq. Warna baju Ruby cantik kan?

 Nari-nari goyang-goyang.

Tu je nak cite hihihi. Tatatattatattatatatata....

~Wanie~

18 September 2012

Makan-makan at Serai Restaurant sambil belajar tomoi

Sape orang Shah Alam tak penah makan kat Serai? Sape? Sape? Takpe..nanti try makan eh kat Restoran Serai Seksyen 3, Shah Alam sebab serious sedap. Hehehe promote macam kene bayor aku nih. 

Hari tu kitorang decide nak tukar menu ayam. Selalu makan lemon chicken. Yang tu memang sedia maklom la sodap aih. Kali ni kitorang nak try la menu ayam yang lain. Begaduh-gaduh aku ngan Incik Daus. Dia kata nak ayam masak yang pedas. Aku nak order la mango chicken sbb waitress tu cakap mango chicken ni pedas, sos dia pedas. Ayam masak yang lain tak berapa pedas. Incik Daus kate takmo. Tak sedap la apa la padahal dia pon dah lupa rasa mango chicken ni macam mana. 

Dia nak order sizzling seafood (must try tau sizzling seafood. Sodappp). Aku kata dah order butter prawn, dah order sotong goreng tepung, takkan nak seafood lagi. Haish..last2 mem besor menang hihihi. Order la mango chicken. Sedap sebenarnye..pedas meletup2. Ayam goreng tepung cam ayam lemon chicken gak tapi sos dia pedas, and atas ayam tu ada kerabu mangga. 

Bertambah2 jugak mango chicken tu Incik Daus makan. Tapi bile aku tanye, "Tak suke ke mango chicken ni?". Dia geleng. Eh eh..eiiyyy aku kenangkan Incik Daus tu suami je. Yela orang lelaki ego tinggi kan, mano nak ngaku pilihan bini tu tepat. Kot orang lain, rasakan la tomoi ibu beranak satu yang tidak berjaya kurus.

Nak jugak tambahan seafood, Incik Daus order gak seafood tomyam. Aku diam jela. Lagi banyak lauk lagi aku suka, bukan poket kitew yang nipis lew. Hihihihi. 

 Ni ha mango chicken. Sodap oi. Pedas berapi2. Nak pulak aku order chinese tea je. Menggagau aku cari benda manis apa aku nak bedal bagi hilang pedas. Kitorang order small, RM 15.

 Ni tak pernah dilupakan. Sotong goreng tepung lain daripada yang lain sedapnya (pada aku la). Small, RM12.

 Butter prawn. Serai guna fresh tiger prawn. Ikut market price udang nih. Kitorang order small,  RM30. Ni pon sodap aihhh. Eh semua sedap la.

Tomyam seafood. Aku rasa pedas kot tapi aku sebenarnye kompius tomyam ni pedas ke tak sbb aku makan mango chicken tu pedas kan. Jadi tahap kepedasan tomyam ni aku tak tau. Order small jugak, RM15. Dalam tomyam ada udang, sotong and ikan.

 Air aku chinese tea je..Incik Daus air suam. Nasi putih dua ngan service charge 4 hengget jadi total kitorang makan ni RM82. Selamat...

Eh lupe nak letak gambar enterprem. Hewhewhew.


 Eiiyyy. Taktau nak kate ape.

Jumpe lenkali tatatatattatatatatatatatata.

~Wanie~

14 September 2012

Nak dot dot dot!

Aqeel sekarang dah pandai cakap satu dua  perkataan. Yang Aqeel bercakap tapi aku langsung tak paham dan tak dapat tangkap tu banyakla.

Antara yang dah boleh sebut dan aku paham:

Mama
Papa
Susuk = Susu
Tuk
Bik = Ambik
Aie = Air
Oto = Motor
Car
Kek = Cat
Nak
Opok = Keropok

Perkataan atas ni semua dia reti sebut satu-satu je. Ada satu benda je bila dia nak dia pandai sebut dua perkataan, "Nak dot dot dot"...Tapi tapi tapi...bila dia sebut tu mau buntang bijik mata makcik pakcik, siap korek taik telinga lagi nak bagi clear betul ke salah dengar Aqeel sebut benda ni. Apakah dia?

Jeng jeng jengggg...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

"Nak pepek"

Hahaha aku tak gile ok nak ajar anak aku yang bukan-bukan.
Pepek tu adalah kerepek.
 
Kalau pergi kedai biasa memang aku angkut Aqeel dengan bibik sekali, diorang duduk dalam kereta. Bila masuk je dalam kereta, nampak apa benda pon dalam plastik mesti Aqeel sebut "Nak pepekkk". Tak kira la apa bendenya pon. Maksudnya nak jajan la tu.
 
Aku sampai cakap kat bibik jangan duk sebut kerepek2 lagi, cakap keropok je. Tak kira la benda tu kerepek pon, ajarkan keropok je. Lain-lain tu nanti dia dah pandai sikit nanti betulkan la balik. 
 
Dahla orang ingat aku salah asuh budak tonet tu. Asalnya pon sebab Aqeel suka sangat and asyik tunjuk kerepek pisang. Jadi bila dia nak tu, saja2 la tanye "Aqeel nak kerepek ke?" Tu yang dia tau asal jajan je "pepek". Kikikikikiki.

Kalau apaknye yang sebut aku tak heranla sangat kuikuikui.

Si budak tonet


 Tatatattatatattatattatata...

~Wanie~

13 September 2012

Hantaran Coklat Exclusive

Duluuuuuu...dulu aku ada post pasal kedai abang sepupu Incik Daus, The Historical City Chocolate kat Melaka. Boleh baca kat sini. Kalo korang pergi Melaka tak rasa lagi Cheezemel Truffle dia yang mantap tuuu, manyak lugi wooooooooooo..kire la aku punye o tu.

Haa..baru-baru ni pakcik Incik Daus, Pak Mi kitorang baru saja melangsungkan perkahwinan. Hantaran coklat dia memang terbaik dari dapur. Mantap weh. Pak Mi tempah dari Abang Ngah punya kedai la. Aku tengok pon rasa nak ngap ngap je. Nasib baikla pak sedara punya hantaran. Kot orang lain, ilang la sebijik daun tu. Haha. Semua-semua coklat tau..semua boleh dimakan. Daun pon coklat.

Tak merasa la aku coklat tu tapi lawa gilos la..Harga tempahan coklat ni RM450. Mana taknye bukan senang nak membuat hantaran ni. Handmade woo. Tak main mesin-mesin. Lagipun tempahan mengikut budget jugak, kalau budget kurang sikit, pilih la simpler design betul tak? Moh tengok gambar. Gambar-gambar adalah dicilok daripada FB THC Chocolate


 Mantap kan? Kan? Kan?

 Yang warna oren tu buah kedondong betul tau, disalut coklat. Pergh!











Akhir sekali diucapkan Selamat Pengantin Baru buat Pak Mi dan jugak Cik Suzana..Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat la hendaknya. 

Cuba cari di mana beta. Hew hew hew.

Oklah...jumpe lenkali...Tatatattatatatatatata....

P/S: Hantaran kete Pak Mi bagi kat Cik Na Honda City baru okeh...kau ade? Aku pon takde. Hahahahahahahahah.

~Wanie~

12 September 2012

Nasi Ayam Kembao

Siape suke nasi ayam? Sayee!

Aku memang penggemar nasi ayam. Selalu kena bebel dengan Incik Daus, punya banyak pilihan lauk, nasi ayam jugak yang aku tuju. Habis semua restoran yang ada label "nasi ayam bla bla bla", mesti aku nak try jugak. Ngeeee..

Restoran Nasi Ayam Kembao ni, dua pupu asben yang punya, muda lagi orangnye..tapi business minded. Cayalah. Kalau dekat sungai udang melaka, nasi ayam hainan terfamous adalah Nasi Ayam Hailam Restoran Hijrah Sari, orang Melaka mesti tau kan kan kan. Haa..nasi ayam kembao ni sejibik sejibon la macam dekat restoran Hijrah Sari tu dari segi rasa nya..Kalau yang duduk Klang Valley nak cuba nasi ayam hainan yang sodap, sila la ke Nasi Ayam Kembao. Terletak di Padang Jawa.

Semalam Incik Daus masuk DEMC lagi pasal kes batu karang dia tu la (Baca kat sini & sini) Tapi kali ni daycare je, sekejap je, masuk untuk cabut tiub dalam salur kencing Incik Daus. Alhamdulillah, dua-dua batu dah takde tapi makan tetap kena jaga la. Mudah-mudahan sihat berterusan. Amin. 

Sementara tunggu DEMC prepare bil, aku duk bebel2 lapar, lapar, lapar. Hahaha orang sakit pon tak kebulur macam aku. Sekali husband aku yang bukan kaki nasi ayam ni boleh cakap, "Pergila beli makanan, belikan kite nasi ayam kembao". Uiks..buntang bijik mata aku. Biar betul laki den yang nak makan nasi ayam ni. Selalu tu kemain liat kalau aku nak makan nasi ayam. Sedapla kot pada dia nasi ayam ni kan. Sile try, banyak lagi menu2 lain tau.

Aku pun dah try nasi ayam nya, aah rasa nya sejibik macam yang dekat Melaka tu. Makan dengan taugeh ala-ala kedai nasi ayam yang mahal tuuuh. Sodap aihhh. Lepas tu aku pon ada order jugak nasi ayam lemon, ayam goreng sos lemon makan dengan nasi ayam. Nasi tu Incik Daus yang bedal, ayam nya aku la bedal. Sedap jugakla ayam lemon tu, okla tapi aku lebih suka nasi ayam hainan biasa, nasi + ayam panggang + sup + sayur2 tu bonus.

Yang special nye restoran ni bukan hanya jual nasi ayam, ada yang lelain jugak. Kalau ikutkan nafsu, macam-macam aku nak order weh, tapi slow-slow la. Next time pergi, aku order yang lain pulak.

Sila click pada gambar untuk melihat gambar yang bapak besar.

 Masa ni lemon chicken aku belum sampai, yang ni set untuk dua orang makan. RM19.90. Nasi dua, ayam untuk 2 orang makan, sayur taugeh, sayur kailan, 2 soup, yang best tu sebab air dia jus, bukan air gas, kitorang pilih jus apple, satu lagi pilihan untuk hari tu, jus orange. 

Kalau set sorang makan nasi ayam biasa harga RM5.90. Ok la harga kan?


Gambar dua atas ni ambik daripada FB Nasi Ayam Kembao.

Selain nasi ayam, macam-macam lagi hidangan, menu macam dekat bawah ni...







Interior dia cozy, seswai untuk bawak family makan-makan...So mohler cuba beramai-ramai!

Alamat Restoran Nasi Ayam Kembao:

No. B-2-G & B-3-G, Jalan Serai Wangi 16/G, 
Alam Avenue 1 Seksyen 16 Shah Alam, 
40200 Selangor, Selangor, Malaysia

No Tel: 03-5513 0355
Waktu buka: Monday - Saturday :  12:00 pm-11:00 pm

Sampai sini dulu, tatatatattatatatattatata....

~Wanie~