Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

18 September 2012

Makan-makan at Serai Restaurant sambil belajar tomoi

Sape orang Shah Alam tak penah makan kat Serai? Sape? Sape? Takpe..nanti try makan eh kat Restoran Serai Seksyen 3, Shah Alam sebab serious sedap. Hehehe promote macam kene bayor aku nih. 

Hari tu kitorang decide nak tukar menu ayam. Selalu makan lemon chicken. Yang tu memang sedia maklom la sodap aih. Kali ni kitorang nak try la menu ayam yang lain. Begaduh-gaduh aku ngan Incik Daus. Dia kata nak ayam masak yang pedas. Aku nak order la mango chicken sbb waitress tu cakap mango chicken ni pedas, sos dia pedas. Ayam masak yang lain tak berapa pedas. Incik Daus kate takmo. Tak sedap la apa la padahal dia pon dah lupa rasa mango chicken ni macam mana. 

Dia nak order sizzling seafood (must try tau sizzling seafood. Sodappp). Aku kata dah order butter prawn, dah order sotong goreng tepung, takkan nak seafood lagi. Haish..last2 mem besor menang hihihi. Order la mango chicken. Sedap sebenarnye..pedas meletup2. Ayam goreng tepung cam ayam lemon chicken gak tapi sos dia pedas, and atas ayam tu ada kerabu mangga. 

Bertambah2 jugak mango chicken tu Incik Daus makan. Tapi bile aku tanye, "Tak suke ke mango chicken ni?". Dia geleng. Eh eh..eiiyyy aku kenangkan Incik Daus tu suami je. Yela orang lelaki ego tinggi kan, mano nak ngaku pilihan bini tu tepat. Kot orang lain, rasakan la tomoi ibu beranak satu yang tidak berjaya kurus.

Nak jugak tambahan seafood, Incik Daus order gak seafood tomyam. Aku diam jela. Lagi banyak lauk lagi aku suka, bukan poket kitew yang nipis lew. Hihihihi. 

 Ni ha mango chicken. Sodap oi. Pedas berapi2. Nak pulak aku order chinese tea je. Menggagau aku cari benda manis apa aku nak bedal bagi hilang pedas. Kitorang order small, RM 15.

 Ni tak pernah dilupakan. Sotong goreng tepung lain daripada yang lain sedapnya (pada aku la). Small, RM12.

 Butter prawn. Serai guna fresh tiger prawn. Ikut market price udang nih. Kitorang order small,  RM30. Ni pon sodap aihhh. Eh semua sedap la.

Tomyam seafood. Aku rasa pedas kot tapi aku sebenarnye kompius tomyam ni pedas ke tak sbb aku makan mango chicken tu pedas kan. Jadi tahap kepedasan tomyam ni aku tak tau. Order small jugak, RM15. Dalam tomyam ada udang, sotong and ikan.

 Air aku chinese tea je..Incik Daus air suam. Nasi putih dua ngan service charge 4 hengget jadi total kitorang makan ni RM82. Selamat...

Eh lupe nak letak gambar enterprem. Hewhewhew.


 Eiiyyy. Taktau nak kate ape.

Jumpe lenkali tatatatattatatatatatatatata.

~Wanie~

No comments:

Post a Comment