Krik krik krik~ *Bunyi cengkerik kerana blog sepi*
Busy la isk isk T__T dah takleh nak update sangat. Last sunday 6/5/2012 buat housewarming pun aku tak amik gambar langsung boleh? Seketul pon takdo. Haiyoh. Busy la.. Kitorang buat housewarming sekali dengan kenduri aqiqah anak abang hubby, Nabiel Deniz. Kitorang order makanan dekat Restoran Saba, Cyberjaya. Restoran makanan arab yang memang menjadi favourite my family la. Alhamdulillah foods sold out, tinggal sikit-sikit lagi la untuk family makan kali kedua. Baguih baguih.
Kitorang tak ambik pakej katering pun, Saba just hantar makanan and kitorang hidang sendiri la, tu yang kelam kabut tu. Nak amik katering sekali boleh tapi nak save budget kan, kitorang kerah la tenaga hulk sendiri je. Nasi and lauk memang mantap, ramai kata sedap. Saba charge RM1000 for seekor kambing masak Kabsa (sekali dengan nasi, sambal and dalca), so kire kitorang order 2 ekor kambing la sebab aqiqah baby boy kan. And ada jugak kitorang tambah order untuk 10 ekor ayam pun masak Kabsa kot2 ada yang tak makan kambing kan, seekor RM30. Ayam pun pakej sekali dengan nasi and sambal and dalca la. Seekor kambing estimate untuk 40-50 orang makan. Ayam pulak seekor estimate 4-5 orang makan.
Ini la Restoran Saba dekat Cyberjaya tuuu...Sape tak penah makan, sile la cuba pasti 80 kali hendak lagi!
Ok enough pasal housewarming, gambar pon takde, apa yang nak digosipkan T__T.
Of curtain
Kitorang tempah langsir dekat Jakel seksyen 7 Shah Alam. Seperti yang semua sedia maklum, kalau pergi Jakel pandai-pandai la tawar harga. Hehehe. Kalau pergi dekat Jakel bahagian langsir ni, untuk nego-nego ni silala berjumpa dengan Encik Jo sebab dia manager dekat sana. Harga untuk langsir satu rumah yang kitorang dapat adalah RM2300 termasuk railing, roller blind untuk toilet master bedroom dan jugak sheer curtain (langsir yang jarang tu). Railing kitorang amik double railing, cuma di sliding door courtyard je kitorang pakai rod. Apa pun harga-harga ni semua bergantung pada kain yang dipilih kan. Lagi mahal kain of course la lagi mahal ongkosnye bukkk.
Untuk rumah baru yang masih kosong, takde railing apa kan, tindakan pertama adalah pergi dekat Jakel dan letakkan deposit (kitorang letak RM100) untuk Jakel hantar orang dia untuk datang ukur di rumah kite. Pastu nanti orang Jakel akan call la bitau bile2 untuk hantar orang dia datang ukur. Lepas orang Jakel datang ukur, kitorang pun pergi balik Jakel untuk pilih-pilih kain sebab senang kan, ukuran dah ada dah bole kira2 berapa exact amount untuk semua-semua langsir yang ditempah. Pilih la kain idaman hati dan dah dapat total tu, sile-sile la nego. Jakel estimate 2 minggu siap tapi rumah kitorang hari tu 2 minggu lebih la baru Jakel datang pasang railing dan langsir sekaligus. Barula boleh bergolek-golek riang ria tanpa rasa diperhatikan dari luar kuikuikui.
Mari melihat gambarajah pulak yerkkk..
Gambar gelap la..Sorryla semua gambar gelap, maklumla camera henpon je. Curtain ni pasang dekat sliding door depan rumah. Yang sebenarnye untuk kain plain tu, masa pilih kain kitorang ingat warna peach dull, rupanya bila dah pasang, dah kena cahaya matahari, terang la pulak peach ni. Dah jadi orange daa. Aku suka soft-soft colours tapi dah terpilih orange apa nak buat. Dah siap dah pun, redha jela. Kain yang plain tu kain shantung.
Pemandangan dari kejauhan...
Ni la corak sebenar langsir sliding door depan. Kain yang sama cuma langsir ni kitorang combine dengan kain sheer untuk bagi cahaya masuk sebab ni di area courtyard.
Curtain paling simple, curtain dekat guest room warne pink.
Ni curtain bilik Aqeel, abaikanlah habuks2 di atas dressing table itu kerane mase ni belum bersihkan habuks2 drill lagi.
Ni langsir bilik sebelah bilik Aqeel. Bilik adik Aqeel kot? ;) InsyaAllah...
Last but not least, curtain master bedroom tapiiii gambar gelap nak mampuih. Hahaha...nanti kalau ada kamera elok sikit, aku upload la yang senonoh sikit. Ish ish ish.
Till then...toodles folks...
Langsir Jakel ok tk harge dia? I ingat nak la amik curtain yg mahal2..huhu...tapi budget tak byk la..ingt nk pilih Nagoya je..huhu
ReplyDeleteLangsir jakel ok je harge die u..ada banyak pilihan..kitorang pun tempah yang tak mahal sangat pun..siap beli kain langsir buy 1 meter free 1 meter lagi hehehe
ReplyDeletemahalnye...klu saye yg jait, upah + kain xsmpi hrga 2 pun
ReplyDeletebeli masa sale atau takde sale ek?
ReplyDeletemasa ni rasa2 masa sale kot..lagipon jakel kan sepanjang tahun sale hehehehe
Delete