Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

17 May 2012

Aku Si Perempuan Selekeh

*Warning: Entry ini entry luahan rasa semata. Amat memboringkan.*

Hish stress la baju lama sealmari dah tak muat. Stress stress.  Stress konon, baru smalam pos entry mengketedarah cendawan goreng. Aku rasa skarang ni memang takleh control nafsu makan langsung. Kalau dulu nak diet, selamba je aku tak bekpes, pastu makan sekali harung lunch dengan dinner kul 4-5 petang (Jangan tiru, tak baik untuk kesihatan). Sekarang ni, kalo tak makan bekpes ke lunch ke rasa cam matila aku kelaparan, *jadi zombie gagau-gagau tangan ke depan sambil sebut "nasi...nasi"*. Arghhh stress. Takde disiplin la skarang ni, kalau dulu dahla diet, exercise sanggup bangun pagi-pagi bute jogging kat tasik. Pastu pas joging blasah roti canai. Hahahaha tapi takpe, lemak dah bakar dulu. Badan pun jadi fit, tak senang letih. Ini sekarang, kul 10 malam aku pun dah sama naik menguap dengan Aqeel. 

Selama ni aku pandang enteng je pada topik ibu-ibu lepas bersalin yang susah nak control makan lagi. Selera makin bertambah semua. Skarang ni baru sendiri dah rasa. Aku memang tak pernah kurus la tapi pernah mencapai berat ideal la tu pun sebab nak kahwin punya pasal (tapi still kategori berisi). Gedik kan nak pakai baju pengantin warna putih, haruslah diet sebab kan baju cerah kalo tak kene gaya bole nampak dabel tembam. Masa nak kahwin dulu tu, aku rasa bukan faktor diet semata la, tapi sebab faktor penat dan tak cukup tidur. Sebab tu badan senang turun kot.  

Kalau ikutkan sebenarnye berat aku lepas bersalin dah turun dalam 15kg tau. Tapi disebabkan badan aku naik bagai dipam-pam sampai 20 kilo lebih, tu yang sekarang ni seksa gila nak turun. Ada lagi lebih kurang 10 kilo lagi la kot baru la baju-baju lama boleh muat.

Dahla dah tombam, muka lak tak reti-reti aku ni nak rajinkan diri buat facial. Buat facial sendiri kat rumah pon bole ape. Ni tak, basuh muka semata je. Pastu takde la nak rajinkan diri, scrub dengan pakai mask. Bukan mahal pun, any brand can do sebab muka aku ni bukan la kategori sensitip sangat. Sekarang memang aku rasa self-confidence tahap tapak kaki la.

-Dulu-
Ni incik asben tengah cakap tipon. Nak lomentik2 begamba lagi mau cakap tipon. Haih.

Nak kurusss..nak kurussss tapi kejap lagi nak pergi masak butter prawn. Memang 8 kali tambah nasi. Opsss.

~Wanie~

4 comments:

  1. i ni pun sama..pnt nk menahan nafsu makan ni..pastu dpt hband yg kuat mkn pulak tu..makin menjadik2 la..

    ReplyDelete
  2. hehe tu laaa..nampak org mkn I pon nk makan..org lain kurus takpela makan..eh tp u dah turun byk kilo kan nak petuaaa :D

    ReplyDelete
  3. Tolon hafiz...tolonnnn nak petua maintain slim T__T

    ReplyDelete