Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

23 May 2012

Oi akak tukang jahit, takkan 2 tahun tak siap-siap lagi?!!

Tadi aku pi terjah akak tukang jahit dot dot. Malas aku nak ingat nama dia tapi yang pasti memang sakit hati berurus niaga dengan dia ni. Yang peliknye akak ni tak buat hal dengan aku, tapi dia buat hal dengan mak aku. 

Citenyer, dulu2 masa kat matriks (tahun 2002, ye saye dah tue hihihi), aku selalu hantar kain plain nak buat baju kurung. Aku hantar tak pernah tak siapla, 2 minggu siap..memang senang la dulu kalau nak tempah baju dengan dia. So ada satu kali tu, beberape tahun lepas jugakla, aku bitau mak aku, 

"Mak kalo setakat nak tempah jubah ke blouse ke seluar pakai rumah ke, anta tempah kat akak dot dot ni je, kedai dia dekat tutttt, dia charge tak mahal sangat, selalu cepat je siap kalau wanie hantar".

Maka, mak aku pun percaya la cakap anakandanye ini lantas menghantar la sepasang kain untuk buat jubah seluar dan kain untuk 2-3 helai seluar panjang. Dia janji sebulan siap. Ok tunggu la mak aku, dah sebulan pergila kedai dia. Dia kata tak siap lagi, dengan muka kesiannya la kata lagi 2 minggu siap. Tunggguuuu la lagi. Pergi pulak lepas 2 minggu, tak siap jugakkkkk. Wth la perangai. Drag punye drag punye drag, sampai la mak aku yang penyabar tu bole mengamuk, akhirnye selepas 8 bulan siap la jugak selepas kene amuk. Bukannya ada sulam manik bagai punnnnn, simple punye design je. Haih. Dahla bukan musim raya pon. 

Tahun demi tahun berlalu, lepas pada kejadian tahun  aku saja testing, hantar langsir untuk jahit. Masa tu aku nak bertunang, tahun 2009. Aku nak tempat yang dekat sebab masa tu aku busy, and last minute decide nak tukar langsir bilik, simple nye je, french pleat. So aku gamble anta kat akak ni. Seminggu je masa. Boleh pulak siap. So aku buat conclusion, dia dah insaf dengan perangai lama dia.

Tahun 2010 tak silap aku bulan 7 ke 8 camtu, aku beli kain untuk buat baju raya last minute. Aku masa tu pulak pregnant, nak tak nak kenela jugak tempah baju kurung , takmo pakai jubah ready made kan. Mane de baju kurung ready made untuk orang pregnant (ke ade?). Aku belikan kain baju kurung untuk mak aku jugak, so last2 minute mana la nak carik tailor yang nak jahit lagi. So aku pergi la kat akak dot dot ni dengan harapan dia dah insaf sebab langsir aku siap on time. Bawak sekali kain mak aku untuk buat baju kurung and also mak aku bawak kain untuk buat jubah and blouse. Dia kata sebelum raya siap baju kurung tu. Kitorang pulak bagitau, yang urgent tu yang baju kurung je, yang blouse and jubah tu 2-3 minggu lepas raya pun bole. Sebab tau blouse kan, mestila dia sibuk siapkan baju2 raya orang jugak. Dia pun kata ok, kalo sempat, dia cuba siapkan semua siap sebelum raya. Sebelum raya kitorang amik baju kurung, memang siap, elok je kemas je jahitan. Yang jubah and blouse dia kata tak sempat, 2-3 minggu lepas raya kate die.

So aku pikir, baguih baguih akak ni tak buat dah perangai lama dah. Sekaliiii hambik! Daripada bulan 7 ke 8 tahun 2010, sampai ke hari ini, 24/5/2012, blouse2 and jubah mak aku tak siap2. Akak ni memang muka tak malu. Serious. Sebab masa mak aku pergi ambush dia lepas setahun tunggu tak siap2, dia bole buat muka kesian and at the same time ada lagi sorang customer tengah maki kan dia gak. Dia tak melawan cakap tapi dia buat muka kesian rase nak lempang, cakap lemah lembut dengan harapan orang simpati dekat masalah dia. First alasan dia bagi kat mak aku apa sebab baju2 mak aku tu tak siap dalam 5-6 bulan lepas anta tempah tu, dia kata mesin jahit rosak. Mak aku dah sound dah, takkan tukang jahit ada satu je mesin, takkan berbulan2 mesin jahit tak siap2 lagi. Seken alasan dia bagi mak aku lepas setahun, dia kata butang-butang blouse tu salah jahit. Kena bukak balik la apa, mak aku mintak nak tengok, dia kata ada dekat pekerja dia kat mana tah. Kepala hotak dia betulla.

Tadi aku pergi kedai dia dengan mak aku. Kitorang sergah la tanya mana baju2 mak aku. Dia kata dia kene carik dulu, hari isnin la datang balik. Eh sajak muka ko kan kak. Ko pulak nak order2 aku bila kena datang. Dia kata baju2 kalo lama sangat, dia kata ada yang dia dah bagi orang. Eh boleh macam tu? Macam kitorang punya salah baju tu lama sangat tak ambik padahal masa kitorang ambush dia tu, (lepas setahun), dia janji seminggu siap la sebab hal butang salah tu kan. Lepas SEBULAN (saja mak aku bagi masa), mak aku pergi pulak dia kata orang yang jahit butang tu sakit ke apa ke ntah so baju tak siap. Bingai! Aku rasa dia dah jual baju2 mak aku ataupun memang dia tak jahit2 pun baju mak aku. Aku suspect dia ni reti buat baju kurung je. Baju2 lain tu dia sub dekat orang lepas tu tak amik kat sub dia ke, tak bayar ke. Arghhhhh streeessss! Macam ni punya orang pun ada. Apsal dia buat perangai dengan mak aku je? Dengan aku tak pulak. Agaknya dia nampak dah ada ciri2 nak kene maki sekontena dengan aku kalo buat prangai dengan aku kot. Mentang2 mak aku tu penyabar, marah pun penuh diplomasi, sesedap rasa ko je tabur janji palsu. Ni dah dikira fraud tau. Menipu!

Sakit jiwe aku. Kalau nak bawak kes ke tribunal pengguna, kesian pulak nak bawak mak aku ke hulur ke hilir uruskan hal2 nih. Aku dah siap sound akak tu, 

"Mak saya ni dah tua tau, turun naik tangga pun dah tak larat. Akak buat kat mak saya macam ni akak ingat berkat ke berniaga? Hari sabtu saya nak datang balik!"

Dia duk kata, "Isnin la makcik, isninla..". Dia tak berani dah nak pandang mata aku langsung. Duk ulang isnin..isnin..isnin 80 kali dengan muka konon2 suci dia tu! Yang dia nak hari isnin sangat tu kenapa??!! Tak paham aku. Kalau betul kain ada kat ko kak, balik ko carik jelah. Nampak sangat ada agenda lain.  At last aku cakap je kat dia,

"Kalau saya datang sabtu ni takde jugak kain2 atau baju2 mak saya. Saya nak ganti rugi. Bayar balik duit kain2 tu. Takde isnin2. Sabtu saya datang!".

Pastu aku trus blah dengan mak aku. Orang macam ni pun ada. Last resort, memang aku bawak ke tribunal pengguna jela kot kalau dia takmo bayar ganti rugi. Abah aku cakap, ni dah boleh report polis dah sebab dah kes menipu ni. Tapi tahla, tak la sampai ke tahap tu aku nak buat orang. Aku cuma taknak orang lain terkena benda yang sama je. Sempena bulan baik, hari baik, aku doakan ko insafla kak. Udah2 la menipu.

Akak tak kiut ok macam tailor rabbit ni sebab tu saya rasa nak flying kick je akak!

~Wanie~

No comments:

Post a Comment