Aku pernah masuk ICU, due kali. Ye I-Intensive, C-Care, U-Unit. Due-due kali masuk pon sebab asma. Huhu. Aku taktau la aku nye asma ni nak dikategorikan sebagai kronik ke tak ke. Every morning kalau bangun tidur, or terjaga tengah-tengah malam, mesti lelah. Bukan kronik la, kalau setakat nak bangun pi toilet buang segalo ayor dalam badan masih boleh lagi. Tapi cuma nafas tu tak selesa. Nafas tersekat-sekat. Orang selalu cakap aku ketagih puff ventolin inhaler, aku bukan ketagih, tapi aku trauma semput. Kalau aku rasa sesak nafas sikit je, mesti aku nak puff. Aku cuma nak S.E.L.E.S.A bernafas. Eh korang tau ke ventolin inhaler tu ape? Ini die..inilah dier..Sedut bende ni untuk besarkan semula saluran pernafasan yang sempit sebab serangan asma tuh.
Aku dah start sedut buah hati (ni buah hati nombor doploh) aku ni sejak dari kecik lagi, darjah 1-2 maybe. Tapi dulu asma aku tak teruk. Makin tua ni makin teruk. Ada setengah orang ada asma makin besar hilang or makin pulih kan. Takyah bergantung kat ubat2. Aku, kalau selsema 2-3 tak baik-baik, selamat. Bersedia la aku, senang gile kena asma kalo dah kene seseme. Dr suggestkan aku pakai apa ke namenye tapi ubat untuk prevent asthma attack la.Tapi aku semedang la terlupa nak pakai. Dr dah warning aku, kalau tak pakai, awk tau tak paru-paru awak boleh makin kecut-kecut-kecut-kecut-kecut...
Aku kalau henpon tetinggal ke, lipstick ke, lesen tetinggal ke (incik polis, saya tak sengaje, jangan saman saye ye *kelip kelip mata*) dalam ati aku masih ada pelangi dengan rama-rama berterbangan riang ria lagi, tapiiiii tetinggal ventolin kalu, ko torehla pipi aku, sure pucat takde darah. Sebab aku amat trauma susah bernafas. Pasal aku, aku tak kisah sangat la ada asma. Dah takdir idup bergantung kat ubat kan apa nak buat. Cuma aku risau kan Aqeel, (atau bakal adik-adik Aqeel nanti ;) ). Kan Aqeel dah pernah masuk hospital sebab jangkitan saluran pernafasan hari tu. Dr kata kalau nak tengok betul ke budak ada asma, tunggu dia ada umur 2 tahun. Mudah-mudahan Aqeel takdela asma macam aku. Kesian Aqeel, biarla mama sorang je sakit, Aqeel sihat ye membesar seperti anak-anak sihat yang lain. Amin.
First time aku masuk ICU sebab asma is masa aku form 4. Sebelum tu dah biase la masuk hospital sebab asma, bole kate tetiap tahun hospital jadi rumah kedua aku. Masa form 4 ni la asma paling kronik penah aku rasa dalam hidup aku. Seingat aku, time aku kena tu, the day before, aku duk sibuk tolong mengecat gate aku. Maybe aku allergic kat chemical dalam cat tu ke aku tatau la kan. (so sape ada asma, hati2 ok cat2 nih). Kebetulan pulak masa tu, mak abah aku balik kampung kat Penang, abang aku gi Pahang ngan kawan dia, maid aku bercuti, adik aku pun takde rumah. Aku tinggal sorang2 hari tu. Pagi tu abang aku dah bawak pergi klinik dah untuk amik nebulizer, (tengok gambar bawah). So abang aku hantar aku balik umah untuk aku berehat la kan. Makin lama makin tak boleh bernafas, sampai nak melangkah setapak pun sampai nak jatuh aku rasa. Nak merangkak pon aku rasa macam dah tak larat. Tapi aku manage to berpaut kat kerusi meja sampaila kat telefon untuk call abah aku bagitau condition aku. Dulu kan mane ade henpon2 der. Abah aku dahla jauh, kesian la mak abah aku risau. Abah aku terus call kawan ayah aku mintak tolong bawak aku pi spital. Masa tu pon aku sempat call Na'ilah a.k.a Maimok untuk temankan aku kat rumah. Na'ilah pun membagitau mak ayahnye jugak pasal condition aku ni.
Kawan abah aku tak available time tu aku rase, so dia suruh staff dia and anak dia untuk bawak aku pergi DEMC. Masa nak sampai pintu DEMC tu aku dah hampir terjatuh dah tapi sempat dipaut dek staff and anak kawan abah aku tu. Sampai dekat emergency ward, aku dah terlentok kat katil, memang lembik selembik-lembiknye. Dr ngan nurses dah bagi oxygen and nebulizer semua kat aku, tapi tak jalan. Aku menangis time tu. Aku nangis bukan sebab aku sakit tapi sebab aku sedih, aku pikir kalau ini penghujung nyawa aku, aku mati takde orang tersayang aku di sisi aku. Tak sempat minta maaf semua. Sedih. Sedih. Sedih.
Aku sempat dengar Dr and nurses tu cakap, kuku and bibir budak ni dah biru dah ni, call ambulance cepat..Hantar pergi Selangor Medical Centre (skarang known as KPJ). Time tu DEMC masih dikira spital kecik, sape duk S. Alam taula, DEMC kat seksyen 9 tuuu. Aku masih sedar time tu tapi condition aku adalah kronik. Sekejap aku rasa badan aku panas, sekejap sejuk sebab aku takleh bernafas kan. Remote aircond ward tu aku pegang sendiri, kejap aku on kejap aku off. Hehe kalo bukan sebab aku tengah sakit mesti rasa nak geget je aku kan. Bagi yang taktau, asthma can cause brain damage that is, when oxygen cannot reach the brain. Masa tu aku memang ingat mati je..huhu sedih weh when u thought ur life will be over soon. Masa tu memang terkenang la mak abah, abang, adik, kawan-kawan, Meow (kucen kesayangan aku), dosa pahale aku. Aku berdoa dalam hati la masa tu, biar aku tatap dulu wajah2 kesayangan aku sebelum nyawa aku diambik.
Panjang dah entry ni...insyaAllah sambung nanti wokeh...tata...
~Wanie~
i pun ade athma...i cume allergic dgn kucing n habuk..kalu i pegi rumah tu ade kucing lagi2 yg bulu panjang tu...konpem balik rumah dpt athma..mata akan start gatal2. nasib kat umah mmg ada stok ventolin. dulu suke sgt dgn kucing, now dah x suke sbb kalu pegang kucing mesti kene attack athma.
ReplyDeleteHa betul2 kalau mata dah start gatal2 tu mule la nak bersin2 kan..pastu selsema..kalau tak baik2 selsema, mula la mcm2 complication lain..ventolin mmg kena ada, inhaler pantas berkesan kalo ubat makan lambat kan. Hoho u samala ngan i, gile kuceng tapi tak boleh gomol sbb ada asma T__T
Deletemokmok, jgn lupe cite skali keterujaan aku naik ambulen first time tau.. (walopon ambulen tu lembab gile nak sampai.aku rasa demc dah call dari tghari lagi.tp petang baru sampai..huhu). tapi bila sampai ambulen laju gile wooo! hoho. takot den! :P tp mok, kronologi ko ni sedikit kurang la. ada yg tetinggal. ko lupe cite yg betapa cemasnya kita (eh..ke aku je...) sbb masa ko kene tu, ayahanda dan bonda aku juge tiada di rumah sbb pegi kenduri.lps sejam kot baru ayahanda bonda balik.pastu kwn ayahanda ko pon sampai.huhuu...cemas woooo! eh lagi 1 ko lupe nak cite la yg aku buat air teh o utk ko sbb ko kate org asthma kena minum air teh o. kuikuikui.. :P
ReplyDeleteHaha fatwa mane aku amik ni minum teh utk org asma.hahahah ke ko buat cite ni..biar betul hahahaha agaknye time tu aku dah tintong kot, takleh fikir waras kot maimokkk.haha yelah nanti aku cite terujean ko naik ambulan. Aku tak ingat lngsung ko naik ambulan ngan aku, aku ingat aku duduk dlm ambulan tu, tak baring langsung kuikuikui
DeleteDalam ambulans, dia ada pakai oksigen tak?
DeleteTime kt demc tu diorang bagi oxygen mask ke? Masa dalam ambulans kena pakai oxygen mask jugak ke?
ReplyDeleteDekat icu, Kena pasang alat pernafasan atau pakai topeng oksigen?
ReplyDeleteWaktu awak Masuk ICU tu Kena pakai topeng oksigen kan?
ReplyDelete