Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

14 November 2011

Pavlova and Rainbow Cake

Salam and hi...

Yesterday was my son, Aqeel's first birthday (13 Nov 2011). No big celebration, just a simple one. Just Aqeel, mama, papa, tuk, wan and pak shu. Ingat malas nak order cake tapi rasa tak syiok la kan celebrate birthday takde cake.Cea cea habis western la tu.Kuikui pape la budaya barat ke orang nak kata kan, bersedekah kan amalan mulia. Kita buat makan-makan dapat pahala whattt. Bawah ni pic Pavlova yang I ordered from Kak Huda. Senang je deal dengan akak ni, plus pavlova yang Kak Huda jual pun murah compared to few people yang jual. Boleh tengok gambar-gambar cake yang Kak Huda jual kat sini. Harga pavlova yang I order RM100. Plus delivery RM10 je. Murah tau price pavlova and cost delivery ni because Kak Huda from Taman Tun, delivery to Shah Alam RM10 je. Kak Huda akan bagi pavlova,cream and buah asing and bila nak makan, kita sendiri hiaskan dengan cream, strawberries and apa berries tah lagi satu sebab berry-berry ni tak tahan kan, so bila dah nak hidang, hiaskan la pavlova itu. Hancur pavlova itu dikerjain gue. Kekekeke..sorryla nak, mak kamu ini tidak berbakat sama sekali. Kalau makan mak kamu ni champion. See the lemak la. ;-P


 Yummy Berry Pavlova

Kat bawah ni gambar I tak boleh terima hakikat. Sebab apa? Sebab gambar nyorokkan separuh lemak di belakang badan hubby supaya dalam gambar I appear slim gitewww. Buekkk :-P.


 Sowie mama lupa sikat rambut Aqeel.


 Next week birthday my hubby. Macam nak order this cake from Kak Huda. Gulp.Telan air liur cepat.Bayangkan sedang melihat air tembikai laici sejuk pada pukul 6.30 petang pada bulan ramadhan. Bayangkan cepattt...jeng jeng jeng.(Poyo je kan nak nervous bagai) Haha.
-
-
-

-

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
-

-

-

-

-

-
 
-

-

-

-

-

-

-

Ke...kene order yang ni? 
-
-
-
-
.

.


 .


 .


 .

 .
 .
 .
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ahaks...larikkkkk!!!
~Wanie~

25 July 2011

Australia Vacation - Part 2

Hello hello...

Hahaha my oh my..since entry Australia baru nak update lepas setahun, wajibla dah terlupa sususan cerita wakakaka.Maka dengan itu, just enjoy the pictures. Tula jangan suka buat kerja bertangguh-tangguh. Rasakan kan dah lupa experience sendiri. *Lempang lah diri sendiri sebagai peringatan*.

 Ni gambar Sydney Bridge. Gambar ni edited masa mood tengah rajin. *Edit bagi gambar surrounding cantik supaya orang dalam gambar pun nampak cantik. Tak pon. :-P*



 Ni gambar the famous Sydney Opera House. Dari jauh nampak cantik and unique kan?

 

 Mari datang dekat sikit..front view pulak ok.


 Meh datang lagi dekat meh, tengok dari dekat meh. Ok lah boleh tahan tapi Malaysia pun banyak buildings yang cantik jugak. *Harus promote tanah air tercinta* Hehe


Ni pic atas ferry...On the way ke Taronga Zoo. Taronga Zoo ni one island. The whole island is a zoo. Tapi masa jalan-jalan dekat island tu I tak rasa penat sangat pun. Maybe sebab weather sejuk maka tiadalah peluh-peluh yang keluar membakar lemak.


 View of Sydney Opera House from the ferry. Nampak so cantik kan.


Welcome welcome welcome.

Ni nak naik cable car dekat zoo tu jugak. Nak pergi macam satu tempat kat island tu jugak but can't remember exactly di mana di mana di mana.


My bro in the cable car called Sky Safari.


Ni view of Sydney Bridge from Taronga Zoo. Takde la jauh mana pun Taronga Zoo ni from mainland kan cuma enjoy what pergi zoo naik ferry woi. Nak tengok kangaroo dengan koala ni. Harus excited. *Pencinta haiwan in da house y'all"

 

Hi saya encik koala. Ada satu tourist nama Wanie bengang sebab tak dapat peluk-peluk dan gomol-gomol saya. Dekat Taronga Zoo ni cuma boleh bergambar dengan saya je, tu pon kena bayar ok. Berpeluh si Wanie nak mengeluarkan dollar-dollar. Hasilnya lihat jelah saya dari jauh. Jauh ke dekat ke saya tetap comel bukan?


Hi...saya pula Encik Kangaroo.Yang  belakang tau, yang depan tu tourist mana tah. Saya bergelimpangan saja duduk santai-santai tapi tak pulak tourist depan saya nak peluk-peluk dan gomol saya. Oh rupanya dia takut kena tendang dan lempang dengan tangan dan kaki tough saya
.

Saya rupa nampak macam kangaroo tapi saya adalah encik Wallaby. Adik beradik kot. Saya pun taktau. Perkahwinan campur agaknya menghasilkan saya. Kira saya mix blood la. Kalau manusia, mix blood macam saya mesti cun, terbaekkk, hot dan sebagainya.

Saya pulak Puan Red Panda. Cantik kan saya. Saya sangat aktif. Saya suka berjalan ke sana dan ke sini.


Saya pulak Miss World eh Miss Tree Kangaroo. Selalu nampak kangaroo atas tanah kan. Ha hambik kau. Baru tau kangaroo pokok pon ada. Tanjat boboy.

Itu jelah untuk entry kali ini. Untuk Part 3, harap-harapnya bukanlah diupdate pada tahun hadapan. Hahahahaha.

~Wanie~

23 March 2011

S.E.P.I

Blogku bersawang...kecian dier..isk isk

~Life is wonderful~