Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

25 July 2011

Australia Vacation - Part 2

Hello hello...

Hahaha my oh my..since entry Australia baru nak update lepas setahun, wajibla dah terlupa sususan cerita wakakaka.Maka dengan itu, just enjoy the pictures. Tula jangan suka buat kerja bertangguh-tangguh. Rasakan kan dah lupa experience sendiri. *Lempang lah diri sendiri sebagai peringatan*.

 Ni gambar Sydney Bridge. Gambar ni edited masa mood tengah rajin. *Edit bagi gambar surrounding cantik supaya orang dalam gambar pun nampak cantik. Tak pon. :-P*



 Ni gambar the famous Sydney Opera House. Dari jauh nampak cantik and unique kan?

 

 Mari datang dekat sikit..front view pulak ok.


 Meh datang lagi dekat meh, tengok dari dekat meh. Ok lah boleh tahan tapi Malaysia pun banyak buildings yang cantik jugak. *Harus promote tanah air tercinta* Hehe


Ni pic atas ferry...On the way ke Taronga Zoo. Taronga Zoo ni one island. The whole island is a zoo. Tapi masa jalan-jalan dekat island tu I tak rasa penat sangat pun. Maybe sebab weather sejuk maka tiadalah peluh-peluh yang keluar membakar lemak.


 View of Sydney Opera House from the ferry. Nampak so cantik kan.


Welcome welcome welcome.

Ni nak naik cable car dekat zoo tu jugak. Nak pergi macam satu tempat kat island tu jugak but can't remember exactly di mana di mana di mana.


My bro in the cable car called Sky Safari.


Ni view of Sydney Bridge from Taronga Zoo. Takde la jauh mana pun Taronga Zoo ni from mainland kan cuma enjoy what pergi zoo naik ferry woi. Nak tengok kangaroo dengan koala ni. Harus excited. *Pencinta haiwan in da house y'all"

 

Hi saya encik koala. Ada satu tourist nama Wanie bengang sebab tak dapat peluk-peluk dan gomol-gomol saya. Dekat Taronga Zoo ni cuma boleh bergambar dengan saya je, tu pon kena bayar ok. Berpeluh si Wanie nak mengeluarkan dollar-dollar. Hasilnya lihat jelah saya dari jauh. Jauh ke dekat ke saya tetap comel bukan?


Hi...saya pula Encik Kangaroo.Yang  belakang tau, yang depan tu tourist mana tah. Saya bergelimpangan saja duduk santai-santai tapi tak pulak tourist depan saya nak peluk-peluk dan gomol saya. Oh rupanya dia takut kena tendang dan lempang dengan tangan dan kaki tough saya
.

Saya rupa nampak macam kangaroo tapi saya adalah encik Wallaby. Adik beradik kot. Saya pun taktau. Perkahwinan campur agaknya menghasilkan saya. Kira saya mix blood la. Kalau manusia, mix blood macam saya mesti cun, terbaekkk, hot dan sebagainya.

Saya pulak Puan Red Panda. Cantik kan saya. Saya sangat aktif. Saya suka berjalan ke sana dan ke sini.


Saya pulak Miss World eh Miss Tree Kangaroo. Selalu nampak kangaroo atas tanah kan. Ha hambik kau. Baru tau kangaroo pokok pon ada. Tanjat boboy.

Itu jelah untuk entry kali ini. Untuk Part 3, harap-harapnya bukanlah diupdate pada tahun hadapan. Hahahahaha.

~Wanie~

2 comments:

  1. wow...... heheheh..cantiknya.. bile la aku leh sampai.. berangan je la... weii.. nanti jumpa kat itm.. ko kat sana lagi kan..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah ade rezeki sampailah turn ko plk gi sana man..aku pun tak sangke tetibe je dpt gi sane..aku kt uitm lg.wahhh ko smbung master ke..by research ke coursework?tahniah2 n gud luck tau...

    -wanie-

    ReplyDelete