Katil and almari ni aku beli dekat Perabot Bahagia Seksyen 7, Shah Alam. Memang purposely aku cari kedai yang dah ada nama dan reputasi yang baik sebab aku dah terkena dengan dining set aku yang beli kat kedai yang jumpa masa home deco hari tu. Tapi malas dah aku nak ingat-ingat balik, boleh darah tinggi akaks.
Masa pegi showroom Perabot Bahagia tu, aku duk tawaf berpuluh kali kat showroom tu nak tengok yang betul-betul berkenan dan sesuai dengan budget. Salesman tu bagus, tak buat muka tensi ke ape ke dengan aku. Aku kalau salesman/saleswoman dah start buat muka masam ke buat2 penat ke ape masa aku duk pilih2, sorila, so long jela aku cakap kat dia. Memule aku pergi Perabot Bahagia Seksyen 9 tapi duk la bangun duduk bangun duduk duk pikir nak beli tak beli nak beli tak beli. Hahaha situ pon salesman dia bagus, soft spoken and layan je pertanyaan aku. Last2 tak jadi beli sebab hubby takde time aku kat situ, hubby outstation time tuh. Tak sedap pulak nak beli tanpa suami di sisi. Yang sebonar eh den takuit kalo ada pape tak kene kang :P
Later bila hubby balik, aku ajak la hubby pergi showroom Perabot Bahagia dekat Seksyen 7 lak..duk tengok satu set perabot ni, divan bed and wardrobe dia warne putih la, alamak so cun laaa...tapi harga pun cun jugak la. Belum masuk mattress lagi. Haih..takleh2. Kite jangan ikut sangat nafsu dan kehendak, sampai bile2 pun tak akan puas. Kite ikut keperluan. Jadi, aku pilihla set yang murah sikit tapi still dalam budget. White Set kat gambar bawah ni, kalau tengok live memang lawa la especially wardrobe tu. Katil aku, aku pilih macam gambar White Set kat bawah ni tapi warna katil aku pilih dark brown untuk matchkan dengan wardrobe warna dark brown jugak (gambar Brown Set kat bawah ni) yang harganya murah banyak gak. Dekat seribu beza antara almari putih and brown tapi of course yang putih tu banyak keistimewaan, doors penuh kaca and compartment pun lebih la. Apa-apa pun, dua-dua almari pun anti-jump. Itu yang penting kan.
Aku just beli katil, almari and tilam je, tiga basic things yang kena adalah kan. Takde katil susah kan, takde almari, baju2 nak letak mana. Dressing table and bedside table tu aku tak beli pun. Dah takde budget dah. Cermin dah beli banyak dekat Ikea, jadi pasanglah di toilet dan berhiaslah di dalam toilet, pasti akan tetap vogue :P.
Ini la gambar katil and almari aku, gambar kurang memuaskan, macam biase, camera henpon. Camera yang ada tu nak buat tukun ke noks?
Ni la katilnye..duduk sorang-sorang tengah-tengah bilik tanpa ditemani bedside table, lamp ataupun dressing table.
Wardrobe ni 8x8 feet and anti-jump katenye..Anti-jump tu salesman tu kata, guna la lama mana pun, pintu almari tu takkan jatuh@tumbang. Mudah-mudahan betulla kan (InsyaAllah), bahaya kan pintu berat2 camni kalau jatuh. Nauzubillah..
Orang Perabot Bahagia datang hantar and pasang dekat rumah. Memule dia ada call, nak pasang siap2 atau pasang dekat rumah kitorang tapi aku cakap pasang kat rumah kitorang jela sebab nya tangga kitorang tu jenis pusing2, memang susah nak angkat perabot besar2. Kang sumbing sana, sumpit sini. And orang yang hantar and pasang katil and almari ni ada jugak buat bisnes sampingan, dia ada buat perkhidmatan ambik perabot dari rumah lama nak hantar perabot ke rumah baru, siap pasang sekali. Sesuai la untuk orang yang nak pindah rumah. Masa aku tanya tu satu trip dia charge dalam RM200-RM250 dalam area Shah Alam (bab area and charge ni boleh discuss la direct dengan dia). Nama dia Zul - 016-9803691.
Ok...tatatatatatatatatata...
~Wanie~
tumpang tanya.. brp ek harga katil, tilam dgn wardrone 8x8 tu? sy tgh survey perabot bilik dr bahagia furniture gak..
ReplyDeleteHarge satu2 saye tak ingatla sorry k, tapi for katil king, tilam(vono) and wardrobe total sume adelah RM3055..
Deletehai....saya baru jer beli set bilik tido yang kaler brown dalam gambar kat atas tu kat kedai perabot bahagia sek 7 ahad lepas.....tak sampai lagi....katanya kene tunggu seminggu.....harga rm3010 berserta tilam vono back saver 1...dapat pulak percuma rak kasut
ReplyDeleteYe ker siap free rak kasut. ada promotion kot kan. time saya beli takde promotion mcm ni plk. lugi lugi...isk isk
DeleteSaya beli set lebih kurang cam ni..complete rm2200..mmg rezeki saya salesman salah letak harga. Tapi still tak mahal rm2800 tanpa tilam harga sebenar..white colour..dan bukan di perabut bahagia, sebab saya angin dengan service masa beli sofa..
ReplyDeletebeli kat mn ya
DeleteSaya beli set lebih kurang cam ni..complete rm2200..mmg rezeki saya salesman salah letak harga. Tapi still tak mahal rm2800 tanpa tilam harga sebenar..white colour..dan bukan di perabut bahagia, sebab saya angin dengan service masa beli sofa..
ReplyDelete