Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

24 November 2013

Keje taknak, duit nak!

I remember once ada sorang ni cakap tepet kat aku, "keje taknak, duit nak!". Masa tu Allah je yang tau betapa sedihnya aku.

Masa tu pulak memang tengah cari keje sebab dah takde duit biasiswa tpm yang "membantu" sangat tu. Struggle la nak belajar lagi nak cari keje lagi nak bayar segala bil loan bagai lak kan.

Masa tu memang tengah cari keje like crazy gakla. Dahla stress pikir blaja lagi, anak kecik pulak lagi kan, asben akulak slalu outstation. Dapat pulak ayat setepet camtu, peh. Menusuk kalbu.

Aku memang jenis tension camne pon aku diam. Paling kuat menangis sorang diri. Aku tak reti nak share2 masalah sangat. Walau aku kate aku tengah cari keje mcm nak gila, bukan aku war2kan pon. Tu yang kene ayat "kerja taknak, duit nak" tu.

Sampai skarang aku ingat lagi kata2 tu. Nak kata life dah improved skarang ni pon taktau nak kate sangatla. Aku still lagi bergelar pelajar, dah bergelar pekerja dan sambung tugasan biasa as a mama and as a wife.

Cuma tambah title pekerja je. Bangga tu tidak tapi lebih kepada lega sebab tak payah hadap kata2 nista caci maki orang sebab tak bekerja, dalam erti kata lain tak berduit la kan.

Cita2 memang nak duk rumah buat bisnes on9, rezeki tu ada cuma belum cukup utk tampung keperluan lagi.

Tidak sekali2 nak menyusahkan mak bapak kan. Ape ke he sampai ke tua nak nyusahkan orang tua.

Salah ke aku nak jadi suri rumah duduk rumah jaga anak? Aku rasa rugi sangat kalau aku sia2kan masa bersama Aqeel masa dia masih kecik ni. Masa ni lah aku nak peluk cium 24 jam, nak Aqeel ada di sisi aku sentiasa, masa ni lah anak sentiasa mengharapkan aku ada dekat, aku pon rasa diperlukan.

Satu hari nanti, Aqeel pon akan ada life dia sendiri. Masa tu Aqeel pon mungkin dah start bina life sendiri, busy cari isteri buat peneman hati, bina kerjaya, sambung belajar. Eh tak dapat bayangkanla betapa sunyi masa tu bila anak2 dah besar.

Cuma sekarang keadaan memaksa. Aku tak boleh berhenti keje. Aku nak sangat berhenti tapi tak dapat. Aku nak duduk rumah jaga anakkkk huhuhu.

Tang kejian tu mungkinla buat bernanah telinga tapi aku lebih pikir anak. Tapi tetap tak boleh, banyak komitmen.

Ahhh..biarkan jela masa menentukan.

14 November 2013

Mini playground for Aqeel

Cak!!!

Birthday Aqeel semalam, 13 November..malangnya aku demam dengan teruknya la pulak. Maka takdela celebration untuk si tonet. Bukan Aqeel tau pon mak dia tak beli kek. Kahkahkah.

Cian lak la pulak kat Aqeel. Incik Daus lak kat Beijing. Senyap sunyi je takde kepak kepung jamuan besday untuk anak bujang aku tu.

Sebenarnya dalam hati nak beli mille crepe yang popular bebenor skang ni. Sedap giles orang kate. Sedap ke tak wajib la aku beli dulu kan. Nantikan review dari gue.

Ni salah satu tempat untuk dapatkan mille crepe. Foodsbury kat seksyen 9, shah alam. Area sebelah Shell. Aku tak penah makan pon lagi kat sini tapi makanan sume nampak tempting.



Slurppp...

Untuk birthday present, aku dah plan nak beli mini play ground untuk Aqeel. Budak kenit ni penakut ya amat. Ada ke bawak gi public playground suh aku naik tangga skali ajak turun slide. Asik nak duduk bawah ketiak mak.

Jangankan kata buntot, lengan bonda ekau pon tak muat nak untuk turun slide tu.

Plannya weekend ni kalo takde aral nak pegi kedai Ummi Nayli Collections kat Kg. Pandan tuk dapatkan mini playground ni.



Opsss siaran tergendala sebentar sebab aku gi beli mille crepe. Muahahaha dasar. Silekan jamu mate. Almond Salted Caramel Mille Crepe.





Sedap!!! Lemak berkrim..rasa susu2 camtu. Tang almond rangup2 tu pon sedap. Manis skit tapi yummy la.

Selebihnya mari bejemaah menatap gambar makanan.


Ledakan kolestrol. Tony Roma's Kickin' Shrimp. Tak dapek di tempat lain. Sedap menjilat jari.


Seafood Aglio Olio Spaghetti kat Restoran Big Brother Seksyen 7, Shah Alam. Pedas tapi sedap. Lulus! Nyum2. Wajib repeat order. Price RM19.90 tak silap aku.

Akhir skali..besday boy.


Okla...tatatatatata.