Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

24 November 2013

Keje taknak, duit nak!

I remember once ada sorang ni cakap tepet kat aku, "keje taknak, duit nak!". Masa tu Allah je yang tau betapa sedihnya aku.

Masa tu pulak memang tengah cari keje sebab dah takde duit biasiswa tpm yang "membantu" sangat tu. Struggle la nak belajar lagi nak cari keje lagi nak bayar segala bil loan bagai lak kan.

Masa tu memang tengah cari keje like crazy gakla. Dahla stress pikir blaja lagi, anak kecik pulak lagi kan, asben akulak slalu outstation. Dapat pulak ayat setepet camtu, peh. Menusuk kalbu.

Aku memang jenis tension camne pon aku diam. Paling kuat menangis sorang diri. Aku tak reti nak share2 masalah sangat. Walau aku kate aku tengah cari keje mcm nak gila, bukan aku war2kan pon. Tu yang kene ayat "kerja taknak, duit nak" tu.

Sampai skarang aku ingat lagi kata2 tu. Nak kata life dah improved skarang ni pon taktau nak kate sangatla. Aku still lagi bergelar pelajar, dah bergelar pekerja dan sambung tugasan biasa as a mama and as a wife.

Cuma tambah title pekerja je. Bangga tu tidak tapi lebih kepada lega sebab tak payah hadap kata2 nista caci maki orang sebab tak bekerja, dalam erti kata lain tak berduit la kan.

Cita2 memang nak duk rumah buat bisnes on9, rezeki tu ada cuma belum cukup utk tampung keperluan lagi.

Tidak sekali2 nak menyusahkan mak bapak kan. Ape ke he sampai ke tua nak nyusahkan orang tua.

Salah ke aku nak jadi suri rumah duduk rumah jaga anak? Aku rasa rugi sangat kalau aku sia2kan masa bersama Aqeel masa dia masih kecik ni. Masa ni lah aku nak peluk cium 24 jam, nak Aqeel ada di sisi aku sentiasa, masa ni lah anak sentiasa mengharapkan aku ada dekat, aku pon rasa diperlukan.

Satu hari nanti, Aqeel pon akan ada life dia sendiri. Masa tu Aqeel pon mungkin dah start bina life sendiri, busy cari isteri buat peneman hati, bina kerjaya, sambung belajar. Eh tak dapat bayangkanla betapa sunyi masa tu bila anak2 dah besar.

Cuma sekarang keadaan memaksa. Aku tak boleh berhenti keje. Aku nak sangat berhenti tapi tak dapat. Aku nak duduk rumah jaga anakkkk huhuhu.

Tang kejian tu mungkinla buat bernanah telinga tapi aku lebih pikir anak. Tapi tetap tak boleh, banyak komitmen.

Ahhh..biarkan jela masa menentukan.

2 comments:

  1. ni lah melayu, bila tak bekerja je kena kata-kata nista... India & Chinese mostly housewife rileks je... yg penting suami tu yg kena bekerja & tanggung keluarga.. jangan sedih-sedih ye Salwani =)

    ReplyDelete
  2. Asalam...saya nurul..ade baca kisah sis...kalau sis nk ubah hidup sis...sis msg saya...InsyaAllah saya akan tnjukkan jalan n peluang pd sis...saya pun ade rasa mcm yang sis rasa ni...sis nk atau x terpulang,just dengar dulu...ni nombor saya 013-3416848.. :)

    ReplyDelete