Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

28 February 2012

Eh second anniversary la rupewnyew. Makanla apa lagiw.

Hellow hellowww..apa kabar semua? *dengan nada bajet artis fofuler*

Last 2 days (26 February 2012) was my second wedding anniversary. Dah 2 tawun la kitew jadi isteriw orang. Eh eh gajiw suamiw kitew pun dah masuk lew...Hihihi maka I pun gelak evil di sebalik pintu. 

Isteriw : Ayang..ayang..kite lapau ler (nak bodek kenew lew ikut slanga tema negeriw         hubby)

Hubby : Kite pun lapau. Pegi masak pape sayang.

Isteriw : Ala hari ni kan eniverseriw kitew. Special la sikit, kitew makan luau nak tak? Dah lama tak makan luau special-special kan.

Hubby : Aah yer. Makan kat mane? Ha kite makan nasi goreng beef nak kat restoran cina muslim yang kat seksyen 7 tuuu...nasi goreng beef dia sedap.

Isteriw: Alaa sabau jela, nasi goreng yang disuggestnyew...hari ni tekak kitew kene sampuk oreng puteh la ayang..kitew makan Laman Grill nak tak? Awak belanja. *Ayat yang last ni biar slow sikit, sambung gelak evil*

Hubby : Amboi selere die bukan main lagi. Yela..yela jom siap.

Isteriw : Hikhikhik *berjayew la teknik "au au au" kitew!*

Maka dengan itu, nipis sikit lew poket lakiw kitew...hihi mari kite saksikan kebenarannyaaaa...

Ehhh sebelum pergi Laman Grill, kitew makan lew kek duluw. Kek ni kek Red Velvet, topping tu cream cheese, sedap I tell U.. I order dekat secantikkek.blogspot.com. RM65 untuk 2kg kire berbaloi la kan. Puas la makan. Nasib kalau weekend rumah parents I penuh, maka licinla kek ni. Semua yang makan cakap sedappppp.

Haaa...ni baru gambar dekat Laman Grill...Laman Grill ni terletak dekat Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam. Kalau tengok Masterchef Malaysia mesti familiar dengan restaurant ni kan. Ownernye Chef Zubir, judge and host MM, dengan seorang lagi partner...

 Oh si tonet Aqeel yang lasak, habis naik atas meja, nak ambik gambar pun kene kepit

Percubaan pertama Aqeel memanjat meja, smile papa smileee untuk ambik gambar ni, afterwards U can transform to lion ;P

 Aqeel admiring Chef Zubir's awards and certificates ;)


My hubby makan Australian Baby Lamb Foreshank, I chose The Laman New Version Marbled Chicken Chop.

The Laman New Version Marbled Chicken Chop
Yang kanan sekali is my favourite, potato quiche perghhh sedap ok. I rasa Laman Grill boleh add this pie as side order la sebab I rasa macam nak makan 8 biji potato quiche ni. Haha. Yang chicken dish pun sedappppppppppp...I likeeeee. 

 Hubby's order, Australian Baby Lamb Foreshank pun sedappp, lamb tu tender and juicy sangat. For Aqeel I order mushroom soup but lupa nak ambik gambar. Pun sedap, mak dia la ngap lebih dari budak.

Inside Laman Grill...Oh I tak blogger tegar la nak ambik gambar from outside Laman Grill and the full interior, full house la, ramai giler orang..mak pemalu uols. Next time okeh?

Toodles folks...

25 February 2012

Orang lain naik LRT, I jalan kaki

Alamak aiii..orang lain dah berzaman la merasa tutti frutti ni..I jugak yang ketinggalan keretapi. Kuikui sebenarnya dah pernah makan dua kali baru-baru ni jugak, tapi biasa la mak lahap ni, tak sompat ambik gambar dah ngap sampai yang tinggal sudu je, cerciter tang mana nak ambik gambar frozen yoghurt nyer? Yang before this I mamam yang flavour red velvet. Nyummehhh. I suka giler yang red velvet. Hari ni I pi TF kat Shah Alam Mall (orang luar panggil Plaza Masalam), takde flavour RV. Gigih ni masuk parking semata nak ngap TF tup-tup RV nan ado. So I ambikla flavour vanila campur dengan TF tart kot namenye. Ok bole tahan tapi totap la I suke RV. Banyak ni cost I dalam RM15++. Fadan muke I, main kaut je haha, boleh lepas 3 pinggan nasi goreng kampung. Tapi sekali sekala bolehla, kalau hali-hali makan aaa pelot ala moncit, poket ala kecit atau I translate sikitla, "Tak cukup ke beras I beli kat rumah?". Ceramah laki I pada I. Sekian.



23 February 2012

Isteri orang tapi mak budak pun ye jugak

Again...I was blogwalking when I terbaca a post on Diah's blog on married life with kids. Memang tepat sangat tepat and sangat super tepat apa yang Diah cakap tu. Based on her experience, she said that she feels like dia dengan husband dia dah tak macam dulu, macam masa masih berdua, that is sebelum ada anak. Sekarang ni dia asyik dengan anak sampai dengan husband dah kurang masa untuk bercakap, berdating and so on la kan. If keluar berdua pun, kepala ni asyik teringat anak je. U have to read that particular post on her blog to know the details ya. O.M.G, I thought I am the only person in the whole wide world yang rasa macam tu. But reading the comments posted on that particular entry baru I realized bukan I sorang je rasa macam Diah rasa. Sometimes, memang terdetik rasa guilty sebab I ni overprotective, if I leave Aqeel with his papa to go for a bath ke, to cook ke, I will pesan my hubby like million times to take care of Aqeel, tengok Aqeel, nanti jatuh bla bla bla. Macam la dia nak biar anak dia kena macam-macam kan. Hidup memang bertukar 360 degrees once u have a baby. I bersyukur I dapat anak awal, Alhamdulillah rezeki Allah,  sebab masih ramai di luar sana yang mengharapkan cahaya mata kan. Maksud I yang berubah tu adalah perhubungan suami isteri, we communicate less, we date less, we hang out together less. Of course we sleep in one room but the feelings are not the same anymore. I lebih banyak focus on Aqeel, Aqeel, Aqeel. I rasa my hubby ada rasa macam terpinggir tapi lelaki kan, dia simpan sorang-sorang je. But taktau la lama mana dia boleh bersabar. I really hope that I can be a better wife and mother after this. Diah's post is such a wake-up call to me. I want my hubby and my son to be happy. Both of them! I yang terkorban takpe, kahkah ayat takleh blah. If they're happy, of course la I pun happy. Ini memang one phase of life. Semua couple yang dah berkahwin memang tak boleh lari daripada challenges ni, yang penting, kita berusaha untuk improve. Mustahil kita boleh dapat everything perfect macam yang kita harap, tapi sekurang-kurangnya cuba untuk at least near to perfect. Bagi pasangan yang baru ada anak, kita ada life yang baru untuk kita adapt, bagi yang belum mempunyai anak, kita ada tugas baru untuk berusaha mendapat anak kan, insyaAllah jika ada rezeki kan :) Dalam hidup ni semua orang akan menghadapi pelbagai jenis dugaan, tak semestinya bila tengok blog orang, entry orang ni semuanya best-best holiday sana, holiday sini, shopping sana, shopping sini, tak semestinya dia takde masalah. Mungkin dia keep to herself/himself. Some people are like that. Just like me. I tend to keep to myself any problem. Bukan nak jadi secretive sangat, tapi memang natural begitu. So marilah kita berusaha ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik. InsyaAllah...

Let's go honeymoon once again darling, but this time we bring

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Si Tonettt 




Boleh wrestlingkan papa

Boleh teman mama camwhore :P


Toodles folksss...

21 February 2012

Brooch bouquet la kononnye

2 hari lepas I blogwalking, ternampakla post cik belle on brooch hand bouquet. Eh cantiknye la brooch hand bouquet, I pon google la gambar-gambar, eh cantik-cantik melampau betulla bouquet-bouquet daripada brooch ni. I kan gatal je tangan kalau nampak benda-benda cantik ni, gatal je nak mencuba. Macam jugak hantaran kahwin I tu, I buat sendiri, tak cantik pun takpe, janji puas hati hasil tangan sendiri. Jeng jeng jeng, I pun buatla percubaan buat hand bouquet daripada brooch. Eh belum siap pun dah cantik. Cantik kan? Cakapla cantik bagi I semangat sikit. Hehehe. I nak buat jugak sampai siap, tak kire-tak kire! Sebab jeles la tengok cantik sangat, tak kisahla I dah kahwin pun, janji dapat posing dengan brooch HB sekali dua jadikla untuk ambik gambar..Ahahaha kemaruk betul pengantin basi ni. Nanti time posing tu I seret la Aqeel sekali, tak la nampak sangat I getix maximum kan. Ala kasik canla mak budak verangans. Kuikuikui.

Artificial flower hand bouquet that looks real for rent ;)

Salam and hi peopleee...

I ada hand bouquet untuk disewakan...artificial flower tapi tak nampak artificial sangat punnn.. ;-) For more detail and pictures, click here...

17 February 2012

Sedar pulak kene umpat

Kuikuikui I rasa amoi kedai tiles tu tersedar la yang I umpat dia dekat blog. Dan-dan semalam stock wall tiles tu sampai. Amoi aaa, u ada baca ini blog tak famous ka? Terus kontraktor I pun memasangnye pun. I sukalah tengok this man pasang tiles-tiles tu sebab I nampak buatannya kemas. Tapi kita tunggu dulu sampai siap renovate semua baru I boleh review kan. Dah nampak ada rupa dapur sikit ni baru la semangat sikit nak masak (kunun je :P). Tapi lambat lagi nak settle semua. I pun tak kisah masuk rumah lambat sikit sebab banyak lagi barang nak beli, kena kumpul duit sikit-sikit. Pengsan la rupenye nak masuk umah ni. Serius pengsan. Sepertinye dah pengsan, bila sedar balik tengok buku bank, pengsan semulenye pun.



Edisi Seram: Parking atas pokok

Hello world...

Kisah dulu jugak, mak and abah ni memang selalu sangat orang hantar ilmu hitam macam-macam dulu. Sekarang alhamdulillah dah takde. I ikut mak and abah pergi berubat di Perak rasanya masa tu. I duduk sebelah makcik ni, makcik M saya namakan. I tengokla ramai jugak yang berubat, I tengok orang tu guna ibu jari dia, seolah-olah dia buat macam pisau untuk belah belakang badan orang. I pelikla ye ker boleh berubat macam tu, tapi I tengok muka orang yang dia berubat tu berkerut-kerut seolah-olah tahan sakit. I tengok jari dia tak kene pun kat badan orang. Wallahualam la kan. Dah settle berubat sembang-sembang la orang-orang tua ni kan, I sekolah lagi masa tu, diam jela, mane leh menyampuk orang tua bercakap. I dengan makcik M duduk mengadap tingkap luar. Tiba-tiba, jeng jeng jeng...makcik M yang kat sebelah I ni tepuk lantai kuat macam orang menurun dengan menangis. Arghhh. Meloncat la I dah ni apahal pulak tetibe tepuk lantai nangis-nangis dahlah I kat sebelah dia je. Dia tunduk dengan tangan kat lantai menangis-nangis mengongoi-ngongoi. I lari la sebelah mak I. Tetiba orang yang berubat tu cakap, "Oh..dia dah nampak ye, tutup tingkap tu, tutup cepat". Seolah-olah macam dah biasa jadik. I taktau la apa yang dia nampak tetiba kena sampuk weh, terperanjat momoi, tak pernah-pernah nampak orang kena sampuk. Rilek je pakcik yang ubat kan orang tu panggil, "meh sini meh saya tengokkan". Pastu makcik tu pon berubat and dah settle saya dengar-dengarla orang-orang ni bercakap, bagitau kat parents I dengan kawan parents I ni. Dia kata benda tu memang biasa kacau orang-orang kat situ. Benda tu duduk dekat jalan nak masuk, dia duduk dekat pokok besar tinggi. Siang-siang pun dia ada, bulan puasa pun benda tu ada. So agak-agak apa dia? Cik "P" la...huhuhuhuhu!

16 February 2012

Edisi Seram: Bangkai burung hitam

Well..hello people..

Masa I sekolah-sekolah dulu rumah I selalu didatangi benda pelik-pelik yang orang hantar. Yang paling I ingat adalah bangkai burung warna hitam tanpa kepala dicampak dekat luar hall kecik rumah I. Rumah I ada dua hall, satu hall kecik, satu hall besar sikit. Mak I terjumpa benda tu and ingat kucing bawak burung tu dari mana-mana. So mak I angkat and buang je burung tu guna plastikla lapik tapi. Lepas pada tu, setiap kali mak I lalu hall kecik tu, mesti mak I jadi gatal-gatal satu badan takleh tahan punya. Lepas tu dia melarat-larat sampai berhari-hari tak baik-baik, sapu la ubat paling kuat macam mana pun, memang tak baik. Kesian mak I. Pergi klinik, hospital merata ni tapi takleh detect kenapa jadi camtu. At last abah I decide untuk pergi berubat cara tradisional. Bukan kita ni nak percaya benda-benda khurafat kan tapi mungkin ada penyakit yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. So abah bawak pergi jumpa orang alim, sorang ustaz ni. Ustaz ni kata, burung tu dah di stuffed dengan bermacam benda-benda yang miang-miang dan kotor-kotor memang dihantar ke rumah I untuk porak-perandakan rumah tangga parents I. Dia akan buat mak I sakit, gatal-gatal sampai kulit jadi teruk and sekaligus membuatkan hati abah I makin lama makin menjauh daripada mak I, lebih kurang macam tula tujuan dia. Hohoho jangan tak percaya ok, zaman moden ni ada lagi tau. Kali kedua burung tu dihantar, I yang jumpa, kali ni dia hantar di area dapur. kepala burung tu memang terputus tapi masih ada sekali dekat situ, kucing I duk kuis-kuis guna kaki. Sama jugak, burung warna hitam. Yang pasti bukan gagak. Gagak kita kenal kan. Kali ni sebab dah tau, abah panggil orang luar buang bangkai tu and mak or abah I tak kena sakit@ gatal-gatal. Hmmm..manusia-manusia. So berhati-hati ok kalau jumpa benda pelik-pelik, jangan berani-berani sangat...Brrrr...

15 February 2012

Kitchen cabinet in the making sambil marah kuat-kuat

Alahai lomah somangat den dah due minggu dapur ni rupe cenggini. Gara-gara apa? Wall tiles out of stocklaaa...ampesness. Masa my hubby and I pergi tengok dekat kedai tiles tu, beria-ia si amoi tu suggest wall tiles berkenaan. Bila kontraktor dah nak pasang, boleh dia kata stock takde..kena tunggu dua minggu. I memang hangen giler dengar, dah tau takde stock tak payah nak suggest gila-gila that particular tiles la amoi. Bikin ati gua panas jekkk. Kata kontraktor kitorang, "Saya sudah marah dia kuat-kuat". Hahaha..apo yang kuat Kevin oiii. Atau bak kate orang kite, I translate sikitlah, "Saya sudah maki hamun sama itu pelempuan *@%!?@?%#!". Sekian.

Edisi Seram: Kau tersenyum

Salam and hi people...

I ni taktau la I ni kategori blur ke apa tapi I rasa I selalu kena kacau tapi tak sedar. Eh kalau boleh takmau kena kacau. Rumah jiran I depan rumah ni banglo, and dia ada buat pondok kecik sebelah rumah dia untuk anak-anak dia main masa kecik-kecik dulu. Pondok tu daripada kayu, tapi sekarang dah takde. Dia dah runtuhkan. Ada satu hari tu I nak tutup gate rumah, masa tu malam dalam pukul 11pm. I ni duk tutup gate sambil mengadap pondok tu tah kenapa rasa nak tenung. Tiba-tiba ada satu lembaga perempuan pakai baju putih berjalan, tak macam berjalan la, kalau berjalan kita nampak badan bergerak naik turun, ni macam terseret camtu, dari rumah jiran I ke pondok sambil tersenyum kat I. I confuse eh apsal pergi pondok malam-malam bukannya ada lampu dalam tu, buat apa dalam gelap malam-malam, orang dewasa pulak tu. I tengok je tak senyum balik sebab tengah confuse sebab "Rasa jauh tapi apsal aku nampak dia senyum eh, sapa tu eh, betul ke aku nampak orang?". I blur-blur tapi tunggu lagi dari gate I tengok ke rumah dia and pondok tu, dan-dan benda tu patah balik. Kali ni I perati lagi, eh memang macam menyeret la dia jalan. Sapa tu? Pastu I blur-blur masuk la rumah tetiba baru terfikir, eh apa benda tu eh. Malam-malam buta apsal ada lembaga putih rambut panjang senyum kat aku. Pastu cecepat tutup pintu lari macam peej lari, *jerit lari lintang pukang sambil tangan ke atas tak tentu arah*.

14 February 2012

Edisi Seram: Siapa "mereka"?

Ceritenye, last week kitorang balik kampung kat Melaka, I, husband I, anak kecik I baru setahun 3 bulan and my maid. Rumah yang kitorang balik ni rumah kosong, dulu arwah nenek husband duduk rumah tu tapi sekarang nenek dah takde, takde sape la nak duduk rumah tu. Pakcik-pakcik ngan makcik-makcik husband masing-masing dah duduk rumah sendiri. Husband sempat duduk rumah tu masa kerja di Melaka sebelum dapat kerja kat KL bulan 6 tahun lepas. So kira-kira rumah ni dah kena tinggal 7-8 bulan la kan. Before this kitorang selalu jugak balik tapi lately busy sampai tak sempat nak balik.

Alkisahnya rumah ni bersambung dengan rumah belakang, ada satu pintu yang menyambungkan tapi pintu tu kitorang kunci. Ada family akak ni dudukla rumah belakang tu, panggil akak tu akak J la ye. 2-3 bulan kebelakangan ni, kitorang balik kampung je dia asikla bercerita anak dia yang umur 5 tahun kene sampuk, perangai bertukar, makin keras kepala, asik demam malam-malam, siang sihat walafiat pulak. Pastuh asik la meracau pukul 2-3 pagi nak keluar main dekat porch, dia kata ada budak-budak duk panggil-panggil dia ajak main kat situ, mengamuk-ngamuk nak keluar. Eh termeremang pulak bulus i. Masuk hospital tak baik-baik, doktor kerja sumbat ubat je tapi malamnya demam balik, siang sihat. Pastu at last dia berubat tradisional. Dia kata dia dah berubat dengan ustaz ni, katanya saka belah suami dia nak cari waris. I memula tak percaya la kan, I angguk-angguk geleng-geleng jela tak tanya lebih-lebih sebab akak J ni kekadang cakap merepek jugak hehe. Style yang suke bersembang tak habis-habis tak kira orang nak basuh baju ke, masak ke, mandi ke.

So jumaat malam yang lepas, tibalah kami ke rumah yang dimaksudkan. Kami sampai pukul 10.30 malam. Anak I tidur dalam kereta tapi masa sampai tu dia dah terjaga. Melasakla kan bebudak dapat tempat baru, semua ceruk dia nak explore. Sampaila pukul 1 pagi lebih baru dia nak tidur. Bila dia tidur tu I tengok dia tidur tak tenang, kejap-kejap merengek, kejap-kejap menangis, selalu tak macam tu, masa tu pukul 2 lebih pagi, I pikir budak ni nak tumbuh gigi agaknya. Yang maid I pulak I tengok dia tidur dekat hall depan. Esoknya die mengeluh panas, I pelikla nape panas pulak, betul-betul bawah kipas siling laju dia tidur. Dia kata dia tidur dalam bilik kecik, tak jumpa suis kipas bilik tu sebab pakai kipas berdiri. I tanya nape tidur dalam bilik pulak, kan kat luar berangin. Dia diam je. Sepanjang 2 malam tidur sana, memang anak I asikla merengek malam-malam, 1-2 jam tidur nangis.

Esoknya I jumpa la akak J, akak J kata, malam tadi anak dia nangis-nangis kata takuttt, nampak orang hitam. I macam biasa la, angguk-angguk je haha no komen. Kang komen kang I gak yang takut, lebih baik biarkan ia seperti angin lalu. Hari ahad kitorang balik Shah Alam balik. Dah sampai Shah Alam baru maid bukak cerita, dia kata malam yang kitorang baru sampai tu memula memang dia tidur dekat hall, tapi pukul 2 pagi camtu, dia nampak sorang perempuan tengah bancuh air, kacau-kacau dengan sudu tu bagi bunyi ting-ting-ting. Dia dengan dua orang anak dia, dua-dua perempuan. Duk duduk elok je depan tv 3-3 "orang". Tv tu bebetul luar pintu bilik I tidur tu je. Maid I terjaga sebab bunyik orang kacau sudu kan, memang pastu terang-terangan dia nampak 3-3 "orang" dekat depan TV. Meremang..meremang. Agaknya "budak-budak perempuan" tu yang ajak anak akak J main malam-malam. Wallahualam. Actually masa baru-baru kahwin, I ngan husband duduk rumah tu sebelum I balik Shah Alam sambung belajar. Husband je tinggal Melaka pastu. I pulak masa tu pregnant, peel memang ngade-ngade la rasa nak lempang. Haha. Sikit-sikit merajuk, husband I ni kerja dia ke site sana-sini. I selalu kena tinggal sorang-sorang dekat rumah tu and selalu rasa diperhatikan tapi I fikir itu perasaan I je. And yang buat I perasan something-something dekat rumah tu is bila I ngamuk ngade-ngade dalam telefon dengan husband I suruh balik cepat kan, mesti lepas I letak telefon, ada je yang pelik-pelik. Gedegung sana, gedegung sini, bunyik ketuk sana, ketuk sini. Tetiba curtain kat pintu tu melayang macam kene tiup angin, padahal takde angin takde apa. Rasa macam kena warning jangan buat perangai. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali sebab I tak reti insaf haha. Katanye hormon kan, cea alasan baik punya. Alhamdulillah I tak pernah jumpa lagi betul-betul, nasib maid I la, dah ternampak. Nauzubillahhh...Insaf-insaf...


08 February 2012

Never a wordless wednesday

Adele - Set fire to the rain.

What a powerful voice!



I let it fall, my heart,
And as it fell you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you saved me

My hands, they're strong
But my knees were far too weak
To stand in your arms
Without falling to your feet

But there's a side to you
That I never knew, never knew.
All the things you'd say
They were never true, never true,
And the games you play
You would always win, always win.

[Chorus:]
But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

When I lay with you
I could stay there
Close my eyes
Feel you here forever
You and me together
Nothing is better

'Cause there's a side to you
That I never knew, never knew,
All the things you'd say,
They were never true, never true,
And the games you play
You would always win, always win.

[Chorus:]
But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Where it felt something die
'Cause I knew that that was the last time, the last time!

Sometimes I wake up by the door,
That heart you caught must be waiting for you
Even now when we're already over
I can't help myself from looking for you.

[Chorus:]
I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain,
And I threw us into the flames
Where it felt something die
'Cause I knew that that was the last time, the last time, oh, ohhhh!

Oh noooo
Let it burn
Oh oh ohhhh
Let it burn
Oh oh ohhhh
Let it burn
Oh oh ohhhh

07 February 2012

Kembung lepas tu kempis balik

Kite sampai lagi ke segmen makan timee..kehkehkeh macam la ada orang nak tau kan.My blog my diary whattt. Oleh kerana sekarang ni tengah busy nak masuk rumah baru, nak taknak kenala round satu Malaysia nak cari barang rumah dengan harga terbaik. Kalau ikutkan malas memang malasla, dengan duit keluar macam air lagi. Serius macam air paip tak tutup. Eh ke macam paip pecah?

Plan hari tu nak mencari lampu lampi sebab kontraktor tengah buat plaster ceiling. Sebab nak letak downlight kan, diorang akan tebuk plaster ceiling ikut size downlight kite tu. Ingatkan nak pergi Houses Lighting kat Puchong sebab rata-rata yang I jumpa masa google tempat nak beli lampu murah, memang suggest Houses Lighting ni. I pun semangat api la pergi sekali tutup daa..cuti CNY tak habis lagi agaknya. So plan B I pergila Top Ten nama dia. Kat Puchong jugak, satu row dengan Tesco Puchong, sebelum Tesco Puchong. Ramainya umat dalam tu penin fale I. Lampu lampi banyak tapi yang I minat banyak dah tinggal last piece. Ceh, kekecewaan macam jumpa kasut yang berkenan tapi tinggal yang display je. Tapi banyak jugakla I borong hari tu, lampu tangga, lampu courtyard, lampu luar, lampu hall rumah parents I, lampu toilet. Harga pulak I rasa ada jugak yang mahal daripada kedai lain, ada jugak yang murah. Kite kena survey banyak tempat and compare. Jangan sebab tengok satu benda murah, maka semua benda dalam kedai tu murah. Jadila pengguna dan pembeli bijak ye. Jangan terburu-buru.

I beli wall lamp ni ingat nak letak kat tangga..we'll see..we'll see..


Rambang mata nak memilih lampu lampi sampai rasa nak muntah sebab berdiri lama sangat tengok atas pulak tu.

Banyak lagi tak beli macam downlight, lampu untuk master bedroom, wall lamp untuk bilik-bilik. Yang tu semua nanti hunt tempat lain. Haaaaiii letih sampai 4 jam tau I kat sana pengsanla kalau selalu.

Before pergi beli lampu tu kitorang dah makan dulu, dekat Restoran Al-Munawarah Seksyen 9, Shah Alam. Restoran Cina Muslim. Restoran ni sederet dengan Restoran Cili Merah, area dia dekat belakang Hotel Concorde. I pergi tu siang dalam pukul 1. Sedap jugak makanan dia. I sukela dia punya ayam masak marmite. Marmite tuuu, yang orang duk makan dengan roti tuuu..tak sangka dah jadi lauk eh sedap jugak eh.



Ni la marmite, pic from google

Ni pulak ayam masak marmite. Ayam tu garing, digoreng dulu kot pastu baru agaknya digaul jadi bersos. I loikkkkeeee.

Dory fish fillet masak sweet and sour

Ni pulak telur udang...

Makan dengan nasi putih licin due orang makan. Total makan ni semua dengan air, RM38.80...Burp Alhamdulillah...

Sebab tu tajuk entry, kembung lepas tu kempis balik sebab dah makan kenyang sampai kembung menghabiskan lauk, pastu round cari lampu, exercise dalam Top Ten 4 jam terus kempis balik. Kahkah.

Blogsy app for blogger using Ipad 2

Hhhmmm..interesting. Macam ok je application ni for blogger. Anyway, this is my first attempt to post an entry using Blogsy. Hopefully pasnih rajin lagi la nak memblogging yer. I dah try using application Blogger but kociknyela view, lebih sesuai untuk iphone (ke memang untuk iphone and ipod touch kot). Blogsy ni I bagi 4 stars buat masa ni. So...testing testing 123. 

Hallo..sometimes my mama called me Si Tonet...


 

03 February 2012

Ini bukan cerita pasal Nini Cokelat Celup

Salam and Hi...

My hubby ni orang Melaka. Eh tapi bukan pure Melaka. Campuran la sebab my mak mertua from Singapore, abah yang orang Melaka. Tapi mak and abah duduk di JB, hubby pulak lahir di Singapore,membesar di Melaka sampai habis sekolah rendah, bersekolah menengah di Shah Alam pulak. Pening tak pening tak? Kahkah. Abaikan.

Berbalik pada tajuk, memang bukan cerita pasal nini cokelat celup tapi pasal The Historical City Chocolate di Melaka. Abang sepupu hubby, kitorang panggil Abang Ngah, ada bukak sebuah kedai coklat di Jonkers Walk, Melaka. Nama kedai dia The Historical City Chocolate gituuu.Coklat-coklat ni semua hand made tauuu, diperbuat daripada imported raw materials from Belgium. I ni memang penggile coklat, memang suke coklat gile-gile tonyok. I dah borong dah coklat masa balik Melaka hari tu dari kedai Abang Ngah. Weekend depan insyaAllah I nak balik Melaka lagi, memang wajib singgah manyak syiokkk wooo. Yang I paling suka coklat filling dodol(dodol truffle) and satu lagi filling caramel campur cheese (Cheezemel Truffle), nyummehhhhh.

Kalau uols ada pergi Melaka, singgah-singgahla eh kat kedai The Historical City Chocolate ni, mari kita sama-sama meningkatkan ekonomi orang kita. Tanpa ragu-ragu dijamin halal. Ecehhh promote nih memang promote sebab tengah meleleh ayaq liuq teringat Cheezemel Truffle.

Mari kita saksikan kebenarannyaaa...

 My hubby and Aqeel



 Haaa..cheezemel truffle tu yang row kedua belah kiri (choc yang disaluti kacang), yang dodol truffle pulak row atas sekali belah kanan.

Tempahan pun ada tau kalau-kalau ada yang berminat nak bagi chocolate as door gift perkahwinan ke, birthday party ke, hantaran ke...

 Ini dia tokey busat, ni la Abang Ngah

 Map untuk ke situ, click gambar untuk paparan lebih jelas ye. Untuk lebih lanjut, click Facebook mereka
THC Chocolate Sdn Bhd

Iols dah rasa memacam jenis coklat, uols bile lagi? Aaaaaaaa...

Photobucket

01 February 2012

Al-Fatihah - My wedding photographer

Salam and Hi..

I sebenarnya dah terlambat mendapat berita, rupa-rupanya my wedding photographer, Roland Hashim dah meninggal dunia pada 7 August 2011, bulan Ramadhan yang lalu.

Masa my wedding dulu, arwah Roland sangat pandai menimbulkan suasana ceria untuk semua orang tampil ceria dalam gambar. Semua yang ada dalam gambar masa wedding I nampak happy-happy belaka. I pun happy je bila tengok balik gambar wedding I. I asyik kena paksa senyum nampak gigi je. Sebabnya I ni kalau ambik gambar memang takkan senyum nampak gigi punye sebab I rasa kelakar gile muka I. Tapi dah photographer suruh kan, I ikutkan aje, nasib la muka I time wedding ok, tak nampak kelakar sangat. (I rasa tak kelakar la, tah-tah uols tengokkk T__T). Pastu kena suruh posing pulak lagi, kekok nye jangan katala kan, ikutkannnn je ..Ni antara few picsnye..


Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Al-Fatihah...

~Wanie~