Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

20 December 2012

Ada masa senyum jugek!



Some random quotes for today! So deep and true indeed.

No good friends, no bad friends; only people you want, need to be with. People who build their houses in your heart. ~Stephen King

It is easier to forgive an enemy than to forgive a friend. ~William Blake

Happiness is when what you think, what you say, and what you do are in harmony. ~Mahatma Gandhi

I have decided to stick with love. Hate is too great a burden to bear. ~Martin Luther King, Jr.

Just smile!
posted from Bloggeroid

19 December 2012

Am I a nenek vogue?

Bayangkan sampai tua aku suka camwhore. Haha kiut sangat ye peel camwhoring sampai ke tua, siap contact lens lagi :P

 Apsal makin tua idung aku nampak makin mancung ni kalo tak...kakakaka
syukur...syukur..saje memain je ni :P


 Maimok, ko pon kiut jugak

Happy camwhoring! Enjoy it while u can!

~Wanie~

17 December 2012

Kacang Pool & Roti at Restoran Tirai Ratus

Pernah dengar tak kacang pool? Aku serius tak pernah until la last week pergi Restoran Tirai Ratus kat Seksyen 3, S.Alam, waiter tu tersilap hantar order orang kat meja aku. Aku tengok wahhh macam menarik. Terus la "Dik, tambah order". Haha dasar!
 
Kacang pool ni makanan negeri ke negara mana eh? Aku rasa cam makanan arab je sebab roti2 cicah2 ni. Ye ker? Sebab seumur hidup aku tak pernah dengar pon kalau la ianya adalah makanan Malaysia.

Sorry la gambar a bit blur..camera blackberry laki den dah biol. Dah takleh focus. Kacang pool ni makan dengan roti. Roti tu roti bakar pastu kuah tu pulak ada telur mata kerbau. Not bad jugak. Tapi oleh sebab aku dah bedal yang makanan2 lain lagi, maka tak dapat menikmati bebetul ini kacang pool. Next time kena pegi lagi. Dari segi rasa nya aku tak reti nak describe macam mana tapi sedap jugak.

 Yang ni Incik Daus order, nasi goreng daging. Sedap gak, aku suke!

Yang ni ibunda terchenta ku order, mee hailam. Nyam nyam dap gak..

Yang ni Alfredo Spaghetti order untuk Aqeel tapi skarang ni si tonet ni susah bebenor nak makan. Kemain uh sana uh sini bila aku nak suap. Makanla gak 2-3 suap pastu ape lagi mama nya la yang bedal. Agak masin sikit tapi sedap je.

Tu ko tengok muka Aqeel camne. Apak ko kemain sengih lagi, yang anaknye mak aii. Aku geget baru tau. Kemain garang ni budak kenit ni skarang. Eh sana eh sini. Amok sana amok sini. Aku tak sengaja tertelangkupkan tablet dia tengah tengok youtube, boleh dia sound aku sambil dia betulkan tablet dengan sambil tengok muka aku, "Ehhhh...mamaaaaa". Pastu sambung2 bebel sepatah aku tak paham. Hehe nak gelak ada nak geget pon ada. 

 Dalam perjalanan nak pergi port mengamok.

 Okeh dah jumpa, sini best untuk sembamkan muka. Empuk.


Tak beri kerjasama kat mama ko nak camwhore ye wahai anak. 


Biarla mama ko camwhore ngan apak ko je. Lomentik kan. Kihkihkih.

Dahla...sekian. Tatatititutu.

~Wanie~

13 December 2012

Makanan Jepun untuk tekak melayu

Saper suke Takoyaki Tako Tao? Yang kat Jusco selalu ada jual tu. Mesti ramai suke kan.

Aku adalah peminat setia Takoyaki Tako Tao. Sodap aihhh. Kalau dulu time pregnant asik mengidam makan tako tao ni je..

Dulu pukul 12 malam balik dr Jusco pun aku boleh makan lagi Tako ni siap bedal sorang2 2-3 pack, dalam tu ada 3 ketul takoyaki ni T__T.

Skarang ni habiskan satu pack pun kemain kenyang. Napsu jin manekah yg merasuk aku dlu. Tapi memang sedapla Takoyaki Tako Tao nih..especially yang sotong punya.

The sotong my idol hewhewhew

Ops..belum habis lagi..ade lagi satu takoyaki yang sedap, yang ni dekat Shah Alam Mall seksyen 9 S.A..totally different taste from tako tao punya tapi ada keenakan tersendiri. Nama brand takoyaki tu Dani Dana.

Yang buat power tu kalau dine in kat situ terus, ada chilli flakes and cili padi kicap kat setiap meja. Makan tako tao panas2 dengan dua2 tu adalah sorga dunia weh. Haha.

Tako ni sedap mkn panas2, mkn ngan cili lak, sila la berasap mulut. Terbaru aku baru cuba kat Dani Dana ni Okonomiyaki. Aku order yang premium punya. Kalau premium RM12.90 punya ada salami and cheese. Yang lain boleh pilih nak sotong @ crab stick. Kitorang pilih yang sotong. Sodap oihhh. Kalau yang biasa RM9.90. Tapi besar gila, makan dua orang pon boleh.




Looks delicious isn't it? It isss. Tetiba teringat nak makan la plk..haish..pagi2 buta ko ni...


Minum cool blog honey dew utk cover telinga berasap. Slurppp...

Sekian....tatatatatatatatata.

posted from Bloggeroid

11 December 2012

People always take for granted.

Ahoy!

Ever heard of a new erm..new era punya quote la kan, "Teknologi ni mendekatkan yang jauh tapi menjauhkan yang dekat".

I couldn't agree more. The quote is damn true indeed. Dalam radio pun selalu kan dengar pesanan khidmat masyarakat pasal gadgets2 ni.

Bila kita duduk lepak dua orang ke, when one person is talking, the other person ni plk busy dgn hp ke tablet ke with whatsoeverla the technology thingy, the one who's talking will somehow feel ignored kan.

Mana taknya, yang kat depan mata yg tgh bercakap ni tak dilayan, yang dalam hp ni yg tak nyempat2 dilayan, whatsapp la bbm la.

Has this situation ever happen to you? Mesti pernah kan. 2-3 kali maybe boleh tahan lagi, lebih dr tu lebih baik gua cabut.

Sampai tahap aku rasa malas la nak keluar lepak dgn orang lagi bcoz of this la. Fine, mana la boleh nak lari dr teknologi semua ni, tapi u have to know the limit.

Macam aku, kalau keluar dgn sesapa, I'll put aside all the gadgets, if ada penting2 just call me. People can wait, but people can't easily forgive kan. Once org dh kecik hati, peratusan utk org tu tawar hati dgn kita adalah tggi.

Benda2 ni nampak kecik tapi sebenarnya impaknya besar. Relationship, friendship boleh terkena tempias la. Manusia mana yang suka being ignored and feel unimportant?

How can u treat people differently in an obvious way. U see the person tgh layan all the friends dalam alam maya gelak senyum sorang2, yang ko plk terkial2 terkebil2 sorang2 terpacak depan muka dia. What the fish.

Time ko plk yg whatsapp ke msg ke benda2 penting kat dia, 8 jam pastu br reply oh bole plk cakap tgh busy la. Pernah tak jadi? Tak pernah? Lucky u.

If yes. Obviously yang u're being taken for granted. People tend to ignore orang yang selalu ada, selalu there for them, yang no matter how u treat him/her, he/she will be there.
U know like, esok jela balas, busy la. But when it comes to kawan lain yang kalau tak reply tu rasa rugi gile, then dan2 tu kena jawab tak kira la tgh busy ke apa.

U're somewhat underestimating peoples capabilities. Everybody can be extremely nice to U now. But when it has reached the limit, then sayonara it will be!


U're free like a bird to wonder around and be friend with someone who appreciated and treated u well..

posted from Bloggeroid

09 December 2012

Tak mungkin bosan dengan durian crepe



Apa!!? Durian crepe lagi? Ye betol!!

Hadoila mmg tak bosan2 aku mengadap durian crepe ni. Durian kan, sapela yg nk boring? Unless ko mmg tak suka durian la kan.

Masalahnye is tak jumpe lagi kt shah alam ni orang jual longgok2 je durian. Tak acii! Hari tu aku bace paper apa tah, kat area Rawang dah ada orang jual durian longgok2 je. Murah wei.

Takpela kempunan punye pasal, durian crepe pon jadila. Kalau mkn durian betul banyak sgt pon bahaya gak kan. At least durian crepe ni terkawal skit sebab beli pun sikit2 je.

Member aku Maimok kate, takde la sedappp gile durian2 crepe ni, baik aku makan durian betul. Kata dia la.

Aku lak suka gila combination whipped cream dengan durian, tu yang buat special tu. Crepe pulak jenis nipis je..perghhh!

Kali ni punya durian crepe aku order dekat norizbaked.blogspot.com. Self pickup dekat seksyen 7, S.Alam. Kalau sape yang duduk nearby boleh la beli kan sbb dekat. Sodap aih!

Pape pon, ade desas desus mengatakan yang cempedak crepe lagi sedap. Hahaha pencarian bermula!! Pasni ada la 10 entry pasai cempedak crepe je kot. Kakakakaka.

posted from Bloggeroid

06 December 2012

Tudung Syria serius murah!

Cakkkkk!

Sekarang kan tengah famous tudung syria instant kan, kitorang at Couleurs pun opkos takmau ketinggalanla kan kan kan. 

Kitorang bagi introductory price je ni, sempena nak promote our new launched online shop ni kan kan kannnn...Serius mampu milik! Market price around RM39++.

Jemput-jemput la like Facebook kami untuk dapatkan design tudung terkini dari kami. Oh ye boleh jugak follow our blog at http://c-hijab.blogspot.com untuk view our available gorgeous hijabs.


Instant Syria Hasna Colour Block (Soft Awning)

only at RM28/pc (without postage)


Code: SYCB01 - Available
Type: Instant Syria
Material: Cotton Lycra
Pink body with orange awning
Introductory Price: RM28 (without postage fee)

 
Code: SYCB02 - Available
Type: Instant Syria
Material: Cotton Lycra
Orange body with pink awning
Introductory Price: RM28 (without postage fee)


 P/s: Shawl Jameela bakal di restock, tunggguuuu. Shawl Jameela macam kat bawah ni ha. Ngeeeee :D.


~Wanie~

04 December 2012

Makan pon seasonal

Makanan and tempat makan yang menjadi famous tiba2 di suatu ketika...pastu nexttt! Tapi ada jugak yg jd all time favourite la cth cam pavlova, at least utk aku lerr..

1. Serai Pavlova - dah try, nyummeh suke!

 Ni bukan gambar pavlova@serai, ini pavlova@wanie. Hehehe.

2. Red velvet - dah try, ermm ok jgk


3. Rainbow cake - dah try, warne je tantek kot..rasa biase je



4. Burger bakar - belommm


5. Macarons - dah try, manis gile tapi sedap



6. Pop cake - dah try, sedap jugak cake disaluti coklat, chomel!

 Pic from: PopCake2u


7. Tiramisu - belommm

8. Caramel cake - belommm

9. Whoopie pie - belommm dgr kate sodap!

10. Durian crepe - dah try, sebagai penggemar durian, aku adalah suka tak kira brand apa durian crepe itu. Sekian.




11. Laman Grill - dah try, ahhh heaven
 

12. KFC Double Down - dah try, dap2 tapi kalau makan sekaligus muak



13. The Chicken Rice Shop Grilled Butter Chicken - dah try, marvelous!



14. Krispy Kreme Donuts - dah try, yang Almond jugak sodap


15. Apam polkadot (diingatkan oleh Ana ;D ) - dah try, yang ni awal2 dah try sbb cousin ada buat masa apam ni tengah famous. Terbaik! Two thumbs up! Lembut dan sedap sebab ada jem. Nom nom nom. Nak rasa sile order dari Ana@http://cakequinn.blogspot.com/..hehehe.

Gambar dipinjam dari Ana@http://cakequinn.blogspot.com/


Eh ape lg eh..esk2 update lg..tatatatatata
posted from Bloggeroid

02 December 2012

Wedding at Kelab Golf Seri Selangor

Ho yeah..dapat jugak pakai baju aku yg telah dipatchkan lace itew. Hewhewhew.

Kalau tak, taktau nak pakai ke mana. Takkan nak gi beli susu aqeel kat speedmart besiap kemain camnih. Hihi. Sungguh di luar kawalan.


Montel tidak mematikan napsu utk mengikut trend peplum hokeh :P. Ni time dah nak balik sbb tu baju dah kedut2.

Baju pengantin sangat lawa, warne sweet je siap ada riben2 mmg chumels la malangnya aku berat buntuit nak bangun ambik gambar.

Lagipon aku malu, aku selalu membayangkan bila tgh ambik gambar seolah2 tayang pungkoq di khalayak. Hahaha camtu jugak time blajar2 dlu. Kalau kena tulis kat white board terasa seolah2 seluruh kelas sedang memerhati pungkoq besaq aku, bukan perati apa yg aku tulis...Arrrgghhh takleh lupe saat2 itu. Padahal sapa la pon yg tringin nak menatap pungkoqku ini.

Tantek kan colour? Riben2 tu ada atas kepala ngan kedua belah bahu. Pastu ada pearls berjuntaian gitu. Awww so sweet.





Dapat doorgift yang best dan sedap gilers.


Ada macam2 jenis kacang, gajus, almond, pistachio and ada gak yg x kenal tp sedap. Me loike!


Ada satu lagi door gift isi dried fruits macam kiwi, mango, anggur ngan jambu kot lagi satu. Tapi serious setap! Tengokla si tonet Aqeel punye sengih.





Wokehhh..update ringkas pade hr ahad. Tatatititutuuuuuuu...
posted from Bloggeroid

29 November 2012

Tak payah sombong dan bongkak wahai pekerja kedai kain ternama!

Aku gi kedai kain ternama kat seksyen 7 tadi teman kawan aku beli kain.

So pergila kat bahagian jual lycra2 sbb kawan aku nak buat tudung.

So taula kedai kain ni kan, mesti la ada yang follow nak entertain kita. Datangla sorang minah ni dekat kitorang. Memula lagi aku dah tak berkenan dengan dia ni. Aku tanye pon dia jawab nak tak nak.

Aku: "Harga kain yang ni boleh bagi berapa ye?"

Dia: "Tu boleh bagi 20 la" 

Dengan muka dan nada malas nak layan customer.

Pastu aku pon jenjalan lagi. Dia follow la kan. Kita duk tanya2 dia boleh buat muka kerek pastu malas nak layan dia. Dalam hati aku dia ni nak kerja ke apa ni? Kalau malas suruh jela colleague ko layan aku ni.

Sampaila kat satu kain ni aku berkenan, aku tanye dia,

"Saya pernah beli kain ni dapat harga sekian2, boleh dapat tak harga sekian2?".

Pastu dia kata, "Ambik je dulu mana nak, nanti kire kemudian".

Aku cakapla, "Saya taknak la ambik, dah potong pastu tetiba masa nak bayar tak dapat harga yang sana nak". Dengan nada yang masih control sabar lagi.
 
Dia diam je, aku mengandaikan dia agree la nak bagi harga yang aku nak.

Pastu kawan aku pulak beli kain ada yang 0.9 meter, ada yang 0.75m, biasalah kan buat pe nak membazir beli lebih2 pastu buang.

Sampaila time nak bayar, 80 kali pompuan jual kain ni duk ulang2 tanye, "Berapa meter kain yang ni akak amik tadi?", "Yang ni berapa?", "Yang ni?

Eh eh..selalunya penjual yang ingat berapa meter kita beli. Ok fine, kitorang dah bagitau. Boleh dia ulang tanya lagi soalan yang sama sampai dua tiga kali, yang dia sebok dok belahak keluar angin.  

Time aku jawab dia duk suka hati nak keluarkan angin. Mana nak dengar.

Aku: "0.9m

Dia: "Hurkk". Berapa tadi?

Aku: "0.9m"

Dia: "Hurkkk". Berapa?

Aku:" Yang ni 0.9m, yang ni 1.1m"

Dia: "Hurkkkkkkkkkkkkk". Berapa?

Pastu tanya kita pulak lagi kalau tambah2 semua jadi berapa meter sambil tunggu jawapan kite dengan nada nak marah. Eh sapa yang penjual sapa customer ni?

Wah ini sudah lebih. Terus jadi singa la aku. 

"Tulis la apa yang saya cakap ni. Apa takde kalkulator ke kat sini? Pastu nak buat2 muka pulak". 

Eh kalau bangang dan kurang ajar baik ko jangan kerja yang layan customer la. Aku tanya elok2, cakap elok2 cuba berbudi bahasa sikit. Kenapala ada manusia macam ni.

Aku bengang, dah sound tu, elok pulak dia keluarkan kalkulator dari poket dia. Eeeeeeeeeeeeeee. Kecik je aku tengok minah ni dengan mekap tebal dia dengan bulu mata palsu dia. 

Pastu sampai turn kain aku lak. Boleh dia cakap, "Kain akak ni sikit ni, tak dapat harga tadi". dengan muka tak pandang kita, cakap dengan nada nak taknak dia la.
Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah aku kesabaran maksima sebelum aku lempang2 pompuan nih. 

"Saya dah cakap tadi kan, kalau tak dapat harga saya nak, tak payah potong. Kalau tak dapat harga saya dapat hari tu, tak payahla saya beli".

Pastu dia duk termenung, tah hape dia duk tekan2 kalkulator, dia tulis gak harga yang aku nak. Apa punya manusia ni. Kalau customer beli sikit, komisyen ko sikit, itu tetap adalah rezeki ko tau tak AYU! Belajar bersyukur dan menghargai customer. Kalau ko layan aku elok2, insyaAllah kalau nak beli kain pape akan aku carik ko. Tapi alahai..

Aku tau nama AYU dia daripada cashier yang menyaksikan peristiwa itu. Macam ni punya manusia memang merosakkan business. Tawar hati aku nak shopping lagi kat situ. At least buat sementara ni.

P/S: Wahai AYU di bahagian kain lycra,cotton dan curtain, kalau ko terasa taknak layan customer, rasa takde mood, baru gaduh dengan laki atau kawan2, elokla ko pergi duduk bertafakur di tepi tangga. Itu lebih baik daripada kau menyakitkan hati customer dengan peel ko. 

Cuba ko senyum macam kawan aku kat bawah ni, manis berseri2, aku pon rasa disenangi.





~Wanie~

26 November 2012

Ummayras: Modest Clothing For Modern Muslimah

Yo! Yak aa awww!

Hahahaha bole tak intro macam tu? Ade sesape rasa nak sepak? *Lariks laju2!*

Assalamualaikum w.b.t...

Ha..baru seswai gitu. Kan semua sedia maklum kan yang negara Palestine sedang dilanda peperangan. Walaupun sekarang ada genjatan senjata and kita dah dengar takde kecoh2 lagi pasal rakyat Palestine yang cedera dan terkorban kena serang dengan yahudi laknatullah tu tapi I bet you la banyak lagi benda yang tak keluar berita. 

Kita tak berada di sana kan, jadi kita tak tau bagaimana peritnya kehidupan saudara kita di sana. Semoga Allah melindungi kita semua dan juga saudara seislam kita di mana sahaja mereka berada, Amin, In Sha Allah..

Nak cerita pasal tajuk di atas, Ummayras: Modest Clothing For Modern Muslimah gitew. Ummayras ni my good friend, Farah punya online shop. Ummayras ada banyak koleksi pakaian yang cantik2 especially jubah. Most important yang orang first nak tau of course harga la kan. Harga memang affordable I tell you. Dahla trendy, affordable plk tu kan, sesuai la harga dengan kualitinye.

Sekarang ramai jugak wanita tak kirala remaja muda mudi ke dewasa ke even pergi kerja pun ramai yang pilih untuk pakai jubah kan. Sebab satu, of course tutup aurat, yang kedua, design jubah sekarang pun dah modern yaw! Kalau tak percaya, click cepat2 link ni, UMMAYRAS. Ataupun click je badge dekat side bar blog aku ni. Lihat ke sebelah kanan anda yerk!

Ok, dah view kan? Nampak tak apa yang aku maksudkan? Jubah lawa2 kan. Marilah membeli sambil merderma jugak, Farah will donate RM10 to Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief for every purchase. Mudah2an niat kita membeli sambil menderma ni diredhai dan diberkati Allah. Amin.

Aku pun sedang berkira-kira nak beli asalkan ada size la opkos! Jubah Mawar Black ni cantik kan? I minat you!



 Biru ni lawa laaaaaaaaaaaaaa...lawa lawa lawa!

 Again, lawa lawa lawa!

Kalau aku pakai chiffon skirt ni harus terus terasa seperti hijabista hihihi. Pakai lak blouse satin ke. Wallah!

Oh Farah juga is a designer, blog header online shop aku, Couleurs pun Farah yang design. Sangat chomel! Tapi aku belum upload lagi, surpriseee. Nanti aku upload aku war2kan serata alam. Oh Farah juga is a photographer. Whatt! Apesal macam2 ko boleh buat ni Farah. Dahla cantik lak tu Farah ni, talented lak tu. Eh tapi dah kahwin. Hehehe not available anymore okeh.

So kalau berminat nak tanya apa2 yang berkaitan dengan online shop ke, blog header design ke, photography ke, feel free to contact her at this link ye. 

Wokey...sampai berjumpa lagi, tatatatatata.

~Wanie~

Tudung baruuu...



Haaa..hari ni kitorang akan update tudung baru tau..shawl half moon made of high quality chiffon.

Panjang shawl 1.8m tau. Senang nak lilit style apa pun. Ramai yang suka shawl rainbow paddle pop ni sebab senang nak match dengan banyak baju ;)

Nak tengok2 tudung lagi silakanla visit, dijemput like beramai-ramai la ye untuk dapatkan latest updates daripada kami. Tengkiu all!


posted from Bloggeroid

25 November 2012

Gojesnye aku lepas buat facial

Hwahwahwa. Ayat mintak penumbuk.

Smalam ada buat facial kat Tini's Spa kat seksyen 7. Selama ni aku buat facial bila aku rasa nak buat je, agaknye lepas ni kena la rajin2 buat facial. Kalo tak buat kat spa, buatla sendiri kat rumah kan.. hew hew hew. Dasar dah kertu tapi pemalash.

Dulu2 time sekolah pernah la muka jadi naik jerawat gilos2. Hormon gatai dah keluar ler tew. Pastu mak aku pon kesian tengok agaknye, mak aku bawakla aku pergi buat facial. Masa tu spa tu pakai product Dermalogica. Boleh tahan mahai jugakler tapi bagus.

Masa tu, dah buat facial, mak aku belikan pulak product Dermalogica ni sekali. Pastu sambung buat facial sendiri kat rumah plk. Aku rajin2kan diri la mase tu pakai segala product2 pembersihan wajah Dermalogica ni demi kulit tercinta. Elok 2-3 minggu aku pakai, kulit aku terus ok. Alhamdulillah.

Pastu baru ni lak member aku Nassya bagitau ada spa yang pakai product Dermalogica ni, aku pon gumbira la. Sebab muka pon dah berkerak, sampai mak aku pon tegur apsal kulit muka dah tak nampak bersih, nampak berlemoih.

Sampai mak aku pon dah ckp macam tu, kena take action nih. Nak beli ephyra budget lom ade hewhewhew. Lepas buat facial terasala kulit fresh sikit..

Ade pulak package untuk first time customer kat spa tu, Dermalogica trial kit(nilai sebenar RM190++) sekali dengan hydrating facial(RM98) package jadi RM200..aiyak ni bole beli ephyra ni. Hahaha.

Memandangkan aku nye cleanser, toner dan segala mak nenek dah habis, aku pon beli la package tu. Tapi aku suruh kira sekali dengan facial yang dah buat tu. Kalau tak, pakej tu kira akan bagi voucher untuk hydrating facial bernilai RM98 untuk next visit tapi dermalogica trial kit tu dah boleh bawak balik on the spotla. Kira burn la voucher tu, kira aku dah pakai voucher untuk facial yang aku baru buat tu.

So far semalam dah pakai product ni Alhamdulillah takde naik yang pelik2 pagi ni so I'll stick to Dermalogica for the next 3 months sebab katenye trial kit ni leh pakai untuk 3 bulan. Tapi aku rasa kalau aku pakai sebulan je ni tahan.

Ape pon ni la dia kit nya..aku punya dry kit sebab budak yg buat facial tu kate kulit aku dry..so selamat RM200...






Tu dia tangan Aqeel enterprem. Nanti belikan mama lagi ye, suruh apak kau belikan. Hahahaha.

posted from Bloggeroid