Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

29 November 2012

Tak payah sombong dan bongkak wahai pekerja kedai kain ternama!

Aku gi kedai kain ternama kat seksyen 7 tadi teman kawan aku beli kain.

So pergila kat bahagian jual lycra2 sbb kawan aku nak buat tudung.

So taula kedai kain ni kan, mesti la ada yang follow nak entertain kita. Datangla sorang minah ni dekat kitorang. Memula lagi aku dah tak berkenan dengan dia ni. Aku tanye pon dia jawab nak tak nak.

Aku: "Harga kain yang ni boleh bagi berapa ye?"

Dia: "Tu boleh bagi 20 la" 

Dengan muka dan nada malas nak layan customer.

Pastu aku pon jenjalan lagi. Dia follow la kan. Kita duk tanya2 dia boleh buat muka kerek pastu malas nak layan dia. Dalam hati aku dia ni nak kerja ke apa ni? Kalau malas suruh jela colleague ko layan aku ni.

Sampaila kat satu kain ni aku berkenan, aku tanye dia,

"Saya pernah beli kain ni dapat harga sekian2, boleh dapat tak harga sekian2?".

Pastu dia kata, "Ambik je dulu mana nak, nanti kire kemudian".

Aku cakapla, "Saya taknak la ambik, dah potong pastu tetiba masa nak bayar tak dapat harga yang sana nak". Dengan nada yang masih control sabar lagi.
 
Dia diam je, aku mengandaikan dia agree la nak bagi harga yang aku nak.

Pastu kawan aku pulak beli kain ada yang 0.9 meter, ada yang 0.75m, biasalah kan buat pe nak membazir beli lebih2 pastu buang.

Sampaila time nak bayar, 80 kali pompuan jual kain ni duk ulang2 tanye, "Berapa meter kain yang ni akak amik tadi?", "Yang ni berapa?", "Yang ni?

Eh eh..selalunya penjual yang ingat berapa meter kita beli. Ok fine, kitorang dah bagitau. Boleh dia ulang tanya lagi soalan yang sama sampai dua tiga kali, yang dia sebok dok belahak keluar angin.  

Time aku jawab dia duk suka hati nak keluarkan angin. Mana nak dengar.

Aku: "0.9m

Dia: "Hurkk". Berapa tadi?

Aku: "0.9m"

Dia: "Hurkkk". Berapa?

Aku:" Yang ni 0.9m, yang ni 1.1m"

Dia: "Hurkkkkkkkkkkkkk". Berapa?

Pastu tanya kita pulak lagi kalau tambah2 semua jadi berapa meter sambil tunggu jawapan kite dengan nada nak marah. Eh sapa yang penjual sapa customer ni?

Wah ini sudah lebih. Terus jadi singa la aku. 

"Tulis la apa yang saya cakap ni. Apa takde kalkulator ke kat sini? Pastu nak buat2 muka pulak". 

Eh kalau bangang dan kurang ajar baik ko jangan kerja yang layan customer la. Aku tanya elok2, cakap elok2 cuba berbudi bahasa sikit. Kenapala ada manusia macam ni.

Aku bengang, dah sound tu, elok pulak dia keluarkan kalkulator dari poket dia. Eeeeeeeeeeeeeee. Kecik je aku tengok minah ni dengan mekap tebal dia dengan bulu mata palsu dia. 

Pastu sampai turn kain aku lak. Boleh dia cakap, "Kain akak ni sikit ni, tak dapat harga tadi". dengan muka tak pandang kita, cakap dengan nada nak taknak dia la.
Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah aku kesabaran maksima sebelum aku lempang2 pompuan nih. 

"Saya dah cakap tadi kan, kalau tak dapat harga saya nak, tak payah potong. Kalau tak dapat harga saya dapat hari tu, tak payahla saya beli".

Pastu dia duk termenung, tah hape dia duk tekan2 kalkulator, dia tulis gak harga yang aku nak. Apa punya manusia ni. Kalau customer beli sikit, komisyen ko sikit, itu tetap adalah rezeki ko tau tak AYU! Belajar bersyukur dan menghargai customer. Kalau ko layan aku elok2, insyaAllah kalau nak beli kain pape akan aku carik ko. Tapi alahai..

Aku tau nama AYU dia daripada cashier yang menyaksikan peristiwa itu. Macam ni punya manusia memang merosakkan business. Tawar hati aku nak shopping lagi kat situ. At least buat sementara ni.

P/S: Wahai AYU di bahagian kain lycra,cotton dan curtain, kalau ko terasa taknak layan customer, rasa takde mood, baru gaduh dengan laki atau kawan2, elokla ko pergi duduk bertafakur di tepi tangga. Itu lebih baik daripada kau menyakitkan hati customer dengan peel ko. 

Cuba ko senyum macam kawan aku kat bawah ni, manis berseri2, aku pon rasa disenangi.





~Wanie~

3 comments:

  1. sambil menyelam minum air sirap...sambil up enrty marah sambil promote tudung cantik..kuikuikui...i like!!~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha yela betol apa, kalo ayu tu layan bebaik takdela aku amokan. Kwn aku pon hangin dgn peel dier.

      Delete
  2. Ni mesti jakel ni, saya pernah kerja, sabar je lah kak yerr. Tu Kalau bos tahu, Mau kena marah dia tuu

    ReplyDelete