Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

05 November 2012

Tak semestinye cerita yg hepi2 ajeeeee

Sakit ni datang tiba2 kan tanpa diduga. Tula Allah kalau nk tarik nikmat kesihatan ni sekelip mata je. Peringatan untuk aku ni haaa...dah tuo tak gheti2 insap.

Aku sekarang tengah warded kat hospital ni. Friday hr tu buat blood test resultnya pulak white blood cell tinggi. Maybe sebab time tu demam la kot kan. Tapi yang buat aku runsing tu bukan apa, tetiba lak kepala aku pening2 dengan blood pressure pulak asyikla tinggi je. Dah seminggu mcm tu gaya.

Tula bila demam lepas tu pening associate pulak dengan high bp ni la yang membuatkan aku kena mendaftarkan diri kat hospital ni haa. Tadi kena buat ECG, test jantung tapi aku tak tanya pulak result. Hopefully semuanya ok. Amin.

Tadi amik darah thru urat kat atas tangan belah kanan, dahla sakit adehhh. Diperah2nya tangan aku nak kuarkan darah. Sekali dah habis perah, nurse cakap jarum tak masuk betul kat tangan kanan ni, cucuk lak tangan kiri untuk masukkan jarum untuk nak masukkan ubat semua kan. Adehhhhh. Nak menangis ke nak terkucil aku pon tak pasti. Yang pasti terus aku demam. Haha dasar badan besor tapi pentakot ya amat.

Aku risaukan Aqeel je. Aqeel malam2 mesti nak tido bawah ketiak aku, jd sedih je aku ni tinggalkn Aqeel kat rumah dengan tok dia. Kalo la bole seludup masuk si tonet tu tido kat sini alangkah bahagianya.

Sunyi je, kat luar hujan renyai2, aku di sini kebingungan. Ops doc masuk.

Ok smbung balik, baru lepas kene interview, apa simptom2 yang aku alami. Blood test result dah dapat, Alhamdulillah liver n kidney functioning well. Tapi white blood cell tinggi lagila daripada normal. Meaning ada infection. Oh ye, kolestrol tinggi gak daripada normal. Hish. Kenala jaga makanla wani oiii. Jangan nak masak butter prawn je keje kau.

So sad kalo mude2 dah ada high bp kan. Gambar diri sendiri takyah letakla, dah macam Sarakit. Ceh nak jugak jadi hantu lawa. Kahkah.

Nak mempersembahkan menu hospital untuk hari ini. I need more santannnnnn. Where is santannn? The fish got no santannnn. I need saltttt. Why so tawar. Yelah gua sedar diri gua kat spital.


Papa, pls bring me some homemade food pretty2 pls. I know u want me to lose weight for my own good but pls not at the moment. Uwaaaaa.


Sakit oiii.
posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. huh..u warded ke? get well soon kay...hmmm u kene jaga makan k...ocz i noticed jugak post u ttg makan2, sedap2 sume nye...and ade yg high cholestrol...get well soon dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u dear..betulla i mmg tak jaga mkn skarang ni..lepas ni kena jaga makan, serik sgt bila kene mcm ni. Huhuhu.

      Delete
  2. holla wani...selalu silent reader je, xpnh komen..time ni nak komen la...selalu ni makan sodap2..kurangkan santan dgn garam yo..get well soon..no more tomy romas la ni hikhik (saje bunyik cm dengki)~salam kenal~ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Holla ana,slm kenal..baik doktor..yelah doktor..menurut arahan doktor..hehehe time kaceh ye ana..yolah pasnih update recipe yang kukus, stim, grill..mcm iklan masterchef..kukus grill panggang kukus grill panggang enak tak terkate hehe

      Delete