Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

23 November 2012

DIY: Patch lace

Aku ada hantar kain linen aku untuk buat baju 2 in 1.. So bila dah siap, aku nak baju tu boleh pakai untuk kasual, boleh pakai untuk formal. Sebab kain linen kan selalunya banyak orang buat blouse ke kemeja lelaki kan. So ape kate kite pelbagaikan kegunaannyyyaa...

Bahan perlu ada cuma blouse yang plain dan jugak border lace. Jarum dan benang opkos ler kan. Aku beli border lace daripada Aida. RM30 semeter including postage. Ok sangatla kan. Sebab kalau beli semeter akan dapat 2 meter sebab kita boleh potong dua. Contoh gambar kat bawah ni. 

Gambar daripada blog Aida

 Inilah lace yang aku beli daripada Aida. Cantik kan? Ini yang aku maksudkan beli semeter dapat 2 meter sebab kita boleh potong dua border lace ni, potong kat tengah2 tu.

Kat atas ni la gambar baju 2 in 1 linen aku tu. Gambar ni aku pakai dengan kain. Mase ni baru ambik dari tailor. Belum patch kan lace lagi. Kain pon linen jugak cuma kain tu aku lining. Kalau tak lining tercabot kopiah pak aji.

Gambar kat atas ni perasan tak yang lace tu belum dijahit. Aku main testing2 je letak je atas baju plain aku tu. Bila dah adjust bagi straight, bolehla letakkan jarum supaya kita punya border lace tu horizontal straight dan jugak corak kita tu balance kiri dan kanan. Nampak tak puncak border yang tengah tu aku susun bagi selari dengan leher punya bucu. Jadi senang nak tengok balance ke tak corak di kiri dan kanan. Aku punya corak bila dah siap alignment terlari sikit tapi tak ketara sangat. 

Eh tetibe dah siap, celah mananya DIY. Eh betulla DIY, aku yang patch sendiri. Kihkihkih. Haha sebenarnye aku lupa ambik gambar step by step. Pepandai je letak tajuk DIY. *Panggg sekali*. 

Senang je, jahit je ikut border tu, sebab border putih jadi guna la benang putih maka ke"amatur"an tu tak nampak ketara. Jahit je asalkan kemas dan terletak. Kalau terlebih rajin macam I, jahit la manik. Ikut kreativiti sendiri. Aku bukannye kreatip pon, tapi aku jahit jela manik tu ikut cantik di mata aku. Bila jahit manik, lace tu lebih nampak terletak dan profesional gitew. *Petik suis ON kat mode perasan*

 Untuk pakai sendiri kire okla ni (pade akula...). Nak upah designer tak mampoo. Jadi mari bikin sendiri. Kalau nak meletop lagi, jahitla border lace kat tangan jugak. Aku adalah pemalash.

Close-up sikittt...

Kalau perasan, masa birthday Aqeel aku dah pakai. Dah rasmi dah pon. Aku pakai dengan jeans. Tak nampak pelik pon kan? Kire 2 in 1 aku menjadik la tew... ;)

Oklah...Toodles folksss...

~Wanie~

No comments:

Post a Comment