Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

29 March 2012

We talk less because of...

Gadgetsss! Yes people..gadget adalah punca kekurangan komunikasi sesama manusia zaman sekarang. Memang la takde sape boleh menidakkan keperluan gadget dalam hidup tetambah zaman sekarang ni  semuanya serba on the go. Nak cepat settle kerja guna gadgets la kan, e-mail la apela, nak bersocial networkingla, yang nak bersosial depan mata macam mana pulak. Kekadang pergi cafe konon nak lepak minum dua orang, yang sorang duk ngadap blacberry ke iphone ke, yang sorang termenung tengok keliling taktau apa nak buat dah partner duk ngadap gadget. Lepak minum apa camtuh. Haktuih. Haha. Ampeh! Iyer, gadget memang diperlukan dalam hidup sehari-hari, aku tau! Tapi gadget ni dah merosakkan hubungan sesama manusia. Wah serius bunyinye. Ceciter ceciter. Contoh macam akula kan. Rutin hari-hari aku.

Pagi:

Hubby bangun pagi, siap-siap mandi, solat, breakfast sambil check-check blackberry tengok hal-hal penting...zoom pergi kerja..Kat opis mengadap laptopla ape lagi. Aku lak tunggu Aqeel bangun dulu baru boleh mule kerja, biase Aqeel memang bangun awal, paling lambat 8.30am pagi tu pun sebab papa die achoom achoom sok sek sok sek bersin pepagi jadi budak dah terbiasa bersin bapak dia jadi alarm clock. Haha. Dah bangun si Aqeel guling-guling gomol-gomol dia kejap bagi susu, silela maid aku take over menyiapkan budak sebab mak budak nak buat kerja yang tak habis-habis di laptop. Aku pun hulur la sebuah tablet untuk maid aku pasang Upin Ipin ke twinkle-twinkle little star ke, culik versi 2 ke, wheels on the bus ke..

Tengah hari:

Kekadang hubby balik lunch, kekadang tak...kekadang lepas lunch hubby lepak atas katil tau tau ZzZZzzzzZzZzz. Seminit lepas aku tengah bercakap dengan hubby, selang seminit lagi yang bercakap dengan aku, aku sendiri. GRRRR. Kalau dia tak mengeroh (tidoq) pun, dia sambar Ipad main game. Aku pulak mulut still kecoh lagi walaupun tangan busy menaip kat laptop, multitask orang kata. Kelebihan orang pompuan ni membebel jangan disie-siekan. Bile aku tanye hubby ape-ape, yang aku dapat jawapan, "Yeker?", "Aah kot", yang aku tanye tu la kekadang jawapan hubby aku kalau aku tanye mase dia tengah main game Ipad. Aku tanye, "Malam ni nak pergi Alam Central boleh eh nak amik laptop?", jawapan hubby, "Malam ni nak pergi Alam Central amik laptop? (Tukar sikit intonasi dari aku)". Nak buat camno, orang tengah concentrate main game, sabar wanie sabar..jangan jadi bini derhaka. Haha. Jadi dah sampai masa hubby nak gi opis balik, dia pun gi la. Soalan yang aku tanye tadi macam angin lalu jela.

Petang:

Balik opis kekadang penat, hubby pun ZZzzZZzzzzZ, kalau tak pun, main game Ipad. Ulang balik jelah paragraph tengah hari di atas. 

Malam:

Lepas kitorang mandi, solat maghrib, dinner, main-main dengan Aqeel, gurau-gurau gomol-gomol jap ngan Aqeel, Aqeel pun ngantuk, 9 lebih nak tidur dah..Dia pun masuk tidur. Oleh kerana tahap kesensitipan Aqeel terhadap bunyi bising adalah tinggi, maka jalan singkat yang diambil adalah diam atau bercakap slow giler. Secara senyap-senyap jugak tangan hubby dah capai Ipad. Maka bermula la lagi sesi bermain game sang suami. Maka bini ada lah menahan rasa hati yang menjeruk kerana kalau suami dah main Ipad, segala pertanyaan, atau perbualan adalah seperti bercakap dengan almari. Nak bersembang dengan Cleverbot buat sakit hati je. Aku tanya lain jawab lain, kerek pulak tu. Aku tanya "nama siapa?", dia jawab "aku lelaki la bodo". Menatang punyer robot.

Jadi kesimpulannya, wahai kaum suami, bapa, boifren, sesungguhnye kaum wanita mempunyai perasaan dan keinginan untuk merembeskan air liur untuk bersembang dan meluahkan perasaan adalah tinggi setelah seharian stress dengan keroje. Silela layan dengan penuh ikhlas sebab pompuan kalo tak bercakap sehari, adalah rasa macam laki tak dapat rokok masa bulan puase di siang hari, merantai-rantai jiwe tau tak. Ini adalah semulajadi wanita. Silelah fahami. Lagipun komunikasi itu menambahkan kemesraan, itu segala smart phone, blackberry, iphone, ipad, tablet itu merobekkan jiwaku. Harap maklum.

Ha? Awak cakap ape?


~Wanie~

26 March 2012

My grille

Dah siap dah grill kitorang...hmm... Okla kot. Sendiri pilih sendiri pasrah la betul tak? Lagipun kang kalau dah pasang langsir nanti takde nye orang nak heran tengok grille. Baik punye ayat sedapkan ati kuikuikui. Padahal sapa tah yang sibuk sangat pasal design grill dia itulah inilah tah :P. Awal-awal masuk rumah memang sibuk je survey sana survey sini tengok cari design yang berkenan. Tengokla 3-4 bulan lagi kuarla soalan "Grille? Apa tu grille?" Hahaha.

Memula masa kitorang nak pasang grille ni, kitorang mintak quotation untuk grille jenis wrought iron powder coated. Sebab aku testing-testing rumah jiran akunye grille, grille powder coated dia sungguh gagah perkasa dan cantik. Tapi tiba tang budget tu yang buat kitorang cancel tu. Haha kontraktor quote RM5500 for whole house. So tukar la kepada jenis yang biasa. Tah ape name ek tapi the common one la..metal biasa. Yang grill metal biasa ni for whole house RM2500. Okeylaaa..save more than half. Of coursela kalau ada budget sapo taknak yang powder coated tuuu...Ini yang balance RM3k tu bolehla aku spend on other important stuff kan.

Grille pun ada macam-macam jenis tapi aku tak terer la jenis-jenis grille ni, yang aku tau most common wrought iron dengan yang biasa punya la yang macam aku punye ni. Powder coated ni proses melapisi besi ke aluminium ke dengan finishing kering. Adala proses-proses nya aku pun tak begitu pasti macam mana. Pilihan pulak samada besi biasa dipowder coat kan ataupun wrought iron dipowder coat. Harga kalau wrought iron mahal lagi la. Satu lagi jenis grill lagi mahal adalah stainless steel. Harga dia aku tak tanya la kat kontraktor, tak sanggup nak pengsan 80 kali.

Contoh grille wrought iron, senang je nak cam kalau grill jenis wrought iron ni, selalu nya design bunga-bunga berwarna and kaler basic dia bronze.



Yang ni pulak grill yang telah dipowder coat, kalau melalui pembacaan dari blog ni, katanya metal biasa yang dipowder coat. Tak silap aku, kontraktor aku bagitau, warna powder coat ni boleh pilih ikut suka. Kalau salah tolong betulkan okeh...

Yang bawah ni pulak jenis stainless steel. Paling gagah perkasa antara semua jenis grille I assume. 



So kat bawah inilah dia grille kami yang dicabut daun-daunnya diganti dengan design butterfly kata kontraktor kitorang. Aku ingat bunga sebab tengok dari jauh rumah jiran punya grille macam bunga, rupanya betulla rama-rama rupanya. Ada yang lepas ni umah aku jadi taska sebab dalam kepala otak ni duk terbayanggg je nak cat reramas itu kehkehkeh.









Pesanan untuk diri sendiri, dah tau grille warne putih rajin-rajinkan la mengelap ye kalau dah nampak berabuk ke kotor ke. Kalau dibiarkan nanti orang salah sangke umah tinggal. 

Tatatatitititututuuu...

~Wanie~

Rainbow Canopy

Tantek kan canopy ni? Agak-agak kalau aku buat housewarming ok tak pakai canopy camni? Hakhakhak orang nak kawen pon tak se-over kau wanie oiii. Untuk birthday party Aqeel yang seken nanti lawa gak kot tapi takkan nak pasang chandelier bagai? Kuikuikui jangan beranganla nak oii, mak ko punya akaun bank tu macam transit je. Masuk duit singgah 2-3 hari, tinggal balik belen asal RM1. Tu pon sebab dah takleh kuarkan, kalo boleh sume bank yang tinggal singgit tu mak ko nak kuarkan. Kehkehkeh.

Pic from google

~Wanie~

23 March 2012

Sofa lama tukar baru...

Kerusi rumah parents aku adalah sangat kesian. Sebabnya kain dia dah terkoyak dengan span dia dah tercarik-carik. Memula terkoyak kecik je, lebih kurang macam satu garisan panjang jari kelingking la. Tapi cucu mak abah aku yang first iaitu anak abang aku, Danial Fitri ni kreatif lagi rajin, masa tu baru dia sorang cucu, kecik lagi kan. Dia dah nampak satu garisan terkoyak, dia tarik bagi terbukak lagi luas, pastu nampak sponge kat dalam tu, seronok lagi la sikit demi sikit dia kerja kan. Dia tarik-tarik keluar sponge tu. Hahaha Danial..Danial...sekarang ni dia dah ada adik, Afiq Farhan sebaya anak aku, Aqeel. Maka ada 3 orang cucu lelaki yang "rajin". Selamatttla kerusi tok dengan tokwan kan.

 Budak "rajin" 1, Danial Fitri 

 Grrrr Acik Wanie....siapa suruh cakap pasal Danial?

 Budak "rajin" 2, baju purple Afiq Farhan, youngest budak "rajin", baju hijau Mohamad Aqeel Darwish. Rajin betulla hendaknya bebudak ni nanti. Heheh. oh tak lupa jugak tok and tokwan dalam gambar.

So satu hari tu aku ternampak la dekat rumah jiran aku merangkap berpren aku si Na'ilah ada satu kete Alza, belakang dia ada tampal sticker "Repair Sofa". Aku pun calling-calling si Na'ilah tanye pasal orang repair-repair ni. Dia pun bagi contact. Nego-nego discuss-discuss dengan diorang, aku pun agreed nak hantar... Selepas seminggu lebih, orang sofa ni pun call, sofa sudah siap untuk dihantar. Wahhh impressive. Cepatnyer siap!

Jeng jeng jeng...ni la hasilnye...






English design la, kerusi antik ni lebih sesuai yang english-english nye design, kalau modern cantik yang abstrak2 kan. Gambar sebelum takde la, aku luper ambik daaaa...Tengok jela yang selepas ye. Kalau tengok live cantik, kemas buatannya, kayu-kayu dicat balik semula. Span2 yang kurang dia tambah-tambah bagi mantap dan empuk balik. Puas hati la. Kat rumah kitorang nanti pun aku nak pakai kerusi lama parents aku je tapi aku nak hantar untuk tukar dari kulit ke fabric. Tapi kendian2 la sebab skarang bajet tengah takde. Nak buat langsir lagi, beli bedroom set lagi, untuk kerusi, asal boleh duduk, ko henyak jela yang sedia ada tu toksah mengade. Haha. Benda yang lama pun kalau masih elok, takyah buang la. Sebab benda-benda lama ni lagi tahan dan berkualiti. Aku tak katela benda sekarang2 ni tak berkualiti tapi pempaham jela, nak yang berkualiti sila sediakan $$$$ nyela. Perabot dah beli bukan nak pakai setahun dua, kalau boleh pakai 10 tahun, 10 tahun la aku nak pakai benda tu. 

Berkenaan orang pengrepair sofa ni. Diorang ni bengkelnya ada kat Jalan Bukit Kuda, Klang. Nama kedai dia Nine Cushion Enterprise. Masa diorang datang ambik dua kerusi ni untuk reupholster, and also another sofa set untuk diorang touch up and repair (tapi tak tukar kulit sofa), diorang janji paling lama 2 minggu siap. Memang betul bagai dikata. Ewahhh. Siap awal 2 hari lagi. So thumbs up la kan dengan servis mereka. Harap-harap mengekalkan servis terbaik macam ni sepanjang berniaga. Kalau ada yang berminat, sila-sila la contact mereka2 ni...

017-3338217 (Zawir)
012-3926712 (Lokman)

Wokey...tatatititutuuuu...

~Wanie~

22 March 2012

My Renovation Contractor

Renovation rumah kami dah boleh kata 90% siap...yang tinggal cuma grill and gate and touch up2 apa yang patut la kan. Grill? Kenapa pulak grill yang last sekali? Bukan papehal grill kene install dulu ke? Jawapannye adalah kerane kami gile kuase kontraktor buat design tak ikut bebetul macam yang kami nak. Boleh kata half betul half salah. Hahaha selalu memeningkan orang dengan ayat complex. Nanti aku tunjuk gambar bagi paham eh. 

 Ni dia kontraktor yang bertanggungjawab ubah suai rumah kami.

Antara skop kerja kontraktor kami adalah: *ayat company profile sangat*
Ini ringkasan daripada quotation kontraktor bagi. Harga aku tak disclose la ye. Aku just nak bagitau apa yang kontraktor aku boleh buat kot-kot ada yang nak tau. *Wah tetiba jadi blog informative sangat* Kuikuikui.

1) Extension di bahagian dapur rumah (conrete slab roof)
2) Tembok batu dekat bahagian luar dapur + pintu besi
3) Tiled conrete table with melamine (ABS) base and wall cabinet (Nanti kontraktor suruh pilih design kayu kayan idaman hati gune katalog )
4) Wall tiles untuk dapur (kontraktor bawak pegi Klang, kedai tiles, boleh pilih sendiri design tiles tapi pilih tiles yang harga bersesuaian dengan quotation la, nanti dia tunjuk yang mana2 boleh pilih)
5) Floor tiles untuk luar dapur (kalau tak kat luar ni ada rumput, timbus sume ganti dengan tiles pilihan hati)
6) Tukar floor tiles dapur (yang asal dah pecahkan sebab dah extend dapur kan, sama gak dia bawak gi kedai tiles kat Klang, pilih sendiri)
7) Wall between dining area and kitchen
8) Light points and  air-cond points
9) Main gate (ada macam-macam jenis, silelah merujuk katalog nye pun)
10)Plaster ceiling + cornice (Pun dibagi katalog, rambangkanla mata anda memilih)

Berkenaan grill, grill tu masa dibagi katalog, kitorang gatal combinekan dua design. Yang wave-wave macam kat bawah ni pilih dari katalog, yang daun-daunnye pulak takde katalog. Kitorang main cakap yang macam rumah "no ni, no tu" punye. Kire nak ala-ala design daun grill rumah jiran la kirenye. Takde la ambik gambar tunjuk tapi kontraktor ni taula sebab diorang memang dah hafal dah rumah ni punya design, rumah tu punya design. Kalau buat test IQ, mungkin dapat score between 145-159. Hahaha tetibe aku merepek. Agaknya dia busy plus terlupa kot nak tunjuk gambar ke apa, so dia bagi yang dia lukis tu je dekat dia punya sub-con (untuk grill) tu yang selamat jadi lain. Disebab kan wave dah buat, terpaksa la tukar design daun kepada design lain. Belum siap lagi, masih dalam pembikinan. Nanti aku up kan gambar once dah installed. 

Redha jela ye gambar gelap tapi di terangkan guna Photoscape. Tu yang tak berapa clear. 

Ada yang kata design ni dah lawa, nape nak tukar, lain daripada yang lain katanya. Ada gak yang ternganga je taktau nak komen sebab grill je pun kan. Yang penting kegagahan grill. Macam aku la, memula nampak masa diorang pasang, ternganga dulu sambil dengar ada bunyi bbzzzZzZZ *bunyi lalat nak masuk mulut*. Pastu tersedar dari lamunan, terus bingkas bangun dan mengamuk koyak-koyak baju, mata merah, kulit hijau. Tipu je. Kitorang cakap jela dengan kontraktor tu, "Design U buat ni salah la, kan kami tunjuk dah contoh". Dia ok je, so pilihla design lain, dia akan potong daun2 tu, ganti la dengan apa yang patut. Takkan nak buat balik semula semua kan, kite pun consider la jugak. 

So tu jelanye pon...tatatatatatata 

~Wanie~

21 March 2012

My Plaster Ceiling *Updated*

Oleh kerana kitorang decide nak pakai downlights, maka benda first yang kite kene consider adalah plaster ceiling. Design macam mana, nak ada cornice ke tak, pastu ada jugak cornice yang kaler-kaler tu, yang cornice bunga-bunga and bunga tu diwarnakan. Tapi kitorang decide nak buat plaster ceiling L-Box dekat hall and dining area, and plaster ceiling plain dekat kitchen and cornice dekat tingkat atas (tingkat atas memang dah ada plaster ceiling). Memula masa dah siap plaster ceiling tu, aku cam blur-blur, betul ke design ni yang kitorang pilih dekat hall, bila hubby yang check baru dia perasan, kontraktor salah buat plaster ceiling yang dekat hall. Sepatutnya dekat hall, dah buat L-box plaster ceiling, dalam L-Box tu ada lagi box. Hehe paham ke apa aku cakap ni... Kalau dah tunjuk gambar nanti lebih paham la kot. 

Si Kevin (kontraktor) dah garu kepala, benda dah siap kan. Tak kire, tak kire. Dah salah sila betulkan. Dia macam berat je memula tu, asyik dok ulang tanye kitorang. 

"Ini macam tak ok ka?" x 80 kali ulang.

"Susah ooo, kena bukak semua plaster ceiling dari hall sampai dining area". <--- Cubaan mempengaruhi untuk kami pasrah dengan apa yang ada. Kalau kene bukak semua kan lagi lama takes time untuk siap. Lalala tak berjaya mempengaruhi kami, siap lambat pun kami tak kisah :P

Kitorang berkeras suh betulkan jugak. Tengok-tengok selang berapa hari dah siap, mana de bukak semua. Pandai je ko eh. Elok je dia potong kat tengah-tengah L-Box tu and tambah lagi besi untuk buat another box. Nasib baik tak terpengaruh suruh pasrah dengan design memula. Itu la perlunya kegangsteran ketegasan dalam deal-mendeal ni. Untuk lebih paham, di bawah ni gambar-gambarnye.


Semasa dalam pembuatan, yang berjuntai tu wayar untuk downlights and kipas.

Masa dah siap plaster ceiling tapi belum pasang lampu, kipas and belum cat. Serupe je L-Box dua-dua tempat. Bertukar kau bertukar!!


 Taraaa...nampak tak perubahannya? Tak nampak pendek umur tau. Ayat mintak lempang. Hikhikhik

Ni haaa perbezaannya kat bawah ni.


Motif nak box jugak-jugak? Saje nak kumpul habuk. Saja nak kelainan sikit la kununnye. Sekali bila dah pasang, kipas agak rendah gak rupenye kat tempat ada box tu. Ok jugak sejuk je rasa angin kuat tapi kalau orang yang terlebih inci banyak, sila jangan menggeliat kalau takmo cedera parah.



*Updated*

Oleh kerana ramai yang bertanyekan kos plaster ceiling ni aku update kat sini jela ye..

Dalam quotation yang kontraktor bagi:

Plaster ceiling downstairs L-Box (untuk dua box, satu hall area, satu dining area)
Simple plaster ceiling for kitchen
Wiring (untuk downlights2)
Painting (cat utk plaster ceiling tu)
Cornice tingkat atas rumah termasuk bilik2
 
Total =RM6700

~Wanie~

20 March 2012

Lampu lampi lampa *Updated*

Rumah kami adalah dipenuhi dengan downlights, dekat bilik ada la wall lamps standardla kan untuk tidur tambah ada budak tonet Aqeel, mana leh tutup lampu bila tidur, kang tah mana-mana Aqeel explore. Pendapat aku seri rumah sebenarnya banyak dibantu oleh pencahayaan. Macam mana kita bermain dengan warna mentol. Biasanya kalau untuk nampak exclusive suasana dalam rumah, mentol warna kuning la orang pakai. Tapi untuk lebih practical semestinya lampu putih. Yela pakai lampu untuk bagi pencahayaan yang cukup kan.

Masa kitorang gi Houses Lighting, Puchong, memang kitorang aim downlights jela. Tapi tetibe terpikir takde langsung decorative lights dekat rumah tu. Nampak macam takde seri la. Tak abis-abis seri. Kihkihkih. Tetibe ternampak sebijik pendant light yang menarik tapi tak begitu mahal..hmmm...terpikir mana boleh letak lampu macam ni eh? Takkan dekat porch? Takkan dekat toilet? Tapi kitorang beli jugakkk, 3 bijik lagi. Taknak kalah engkau. Nanti pepandaila pikir mana nak letak. So bila dah decide nak buat plaster ceiling, tetibe tinggg, timbulla idea nak susun lampu 3 bijik tu kat hall. Macam mana cara kitorang nak susun? Haaa...macam ni ha...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 
Pics apabila dinyalakan belum amik lagi sebab kitorang beli mentol salah. 2 kuning, 1 putih. Tak harmoni daaa. Nanti dah amik bila dah betulkan, aku upload. Aku nak semua pakai bulb putih nanti bila dah nyala, lampu ni nampak ala-ala biru sikit. 

*Updated* 

Ni la dia lampu silap bulb huhu. Tak tukar pun lagi, takde tangge. Nanti-nanti jelah..aku rasa bulb putih lagi ok kots.Nampak outstanding sikit.



Selalu lampu susun tiga camni, zaman skarang ni, orang selalu letak dekat dining area, modern la nampak. Tapi oleh kerana dari hall ke dining rumah kami memang takde almari ke apa yang separate hall and dining area, jadinya lampu ni konon-konon jadi partition, belasah aje, rumah sendiri sapa jela nak tengok. Kat tempat lampu 3 ni, macam-macam jenis lampu boleh letak. Kalau ikutkan nak letak yang macam bawah ni hah.. Tapi tu adalah nafsu semata-mata. Akal kata hang gila ka, banyak jutawan? Haha.


 





 

Kalau disusun pendant lights dekat dining area, jadilah macam kat bawah ni. Vogue nye dining area kau ye.
 

Toodles folks...
~Wanie~



19 March 2012

Small dining set just for the two of us

Opss Aqeel kalo dah pandai baca jangan sentap pulak mama nak beli meja makan ni dekat Ikea. Hihihi. Bukan mama saje-saje nak dating dengan papa dekat dapur tapi dapur kite tak muat letak meja besar. Pas mama candle light dinner dengan papa, mama suapla Aqeel lak mamam, tak pun mama suap Aqeel mamam dulu ok. Kite suh papa pegi tengok tv, kite lak lepak kat meja ni ok sayang.  


Dekat Ikea sekarang tengah sale kan? Tapi aku belum berkesempatan nak pergi. Pergi pun tak guna jugak, tengah takde bajet. Kalau aku pergi next month pun ok je, apa pun yang nak dikejar kan. Ayat sedapkan ati sendiri kuikuikui. Harga set meja and dua kerusi ni RM187. Ok sangat kan? Aku rasa ok je untuk makan breakfast ke. Takyah la kacau dining table dekat depan tu (tak beli lagi pun poyo je lebih). Breakfast bukannya berhidang-hidang banyak sangat, paling-paling hari ni mee goreng, esok nasi goreng, lusa nasi lemak, tulat roti canai and kuih-kuih ke. Tu pun kalau sempat nak masak, kalau express nye breakfast, roti telur sudah. Haha. Takde der aku nak masak macam-macam sangat pepagi. Aku ada penyakit monday blues every morning. Takde ubat punye penyakit. Kuikuikui. 

Yang bawah ni pulak macam kena makan gilir-gilir je. Pon from Ikea jugak. Walaupun practical untuk tempat kecik tapi rasa macam kecik sangat kot. Ni ada yang beratur sambil pegang pinggan tunggu turn nak makan. Tapi kene tengok live la, testing-testing dulu baru ok. Table ni mounted ke dinding. Kalau tengok website, katanya boleh muat up to 4 seats. Tapi tengok gaya daripada bekas isi sudu garpu ni macam kecik je meja ni. Kelebihan dia boleh lipat la untuk small space. Harga pulak RM169. Ok jugakkk nih.

Nak yang lagi cantik macam kat bawah ni leh tak? Dream on jela wanie oi. Tempered glass bagai ingat murah? Haha. Cantik kan? Nampak simple, modern yet exclusive. Top dia tempered glass, kerusi pun cantik, transparent gitu. Terus feeling-feeling gayat. Eh dah duduk ke belum ni, mana tempat duduk? *Sile lempang kasi sedar diri*. Kuikuikui. Harga pulak RM1019. Hmm..sesuai la dengan kualiti dan design kot? Tapiii untuk due orang jeee..kecik sangat kalau aku nak beli dengan harga tu. Ahhh..pakai jelah yang murah tapi practical macam gambar first tu. Ok je, cantik jugak, kalau pandai deco, bersihkan selalu maka cantiklah serba serbi. Kalau beli mahal-mahal, pemalas lipas nak mengemas, apakah gunanya? Tetibe tazkirah.
 

Jalan dulu ye...tataaa...

~Wanie~

17 March 2012

Peliharalah hati...

Time mama tensen banyak gile keje..Aqeel la penenang hati mama. Muahmuahmuah. Kalau mama keluar tak bawak Aqeel, rindunye setengah mati. Macam manala kalau mama kena outstation ni..

Aku tak paham dengan manusia yang sanggup buat macam-macam dengan budak kecik yang tak berdosa. Apalah salah budak kecik tu...kenapa perlu dihukum insan kecil tak berdosa tu. Kenapa dendam jadi tiket untuk manusia sekarang ni bertindak ikut perasaan. Sedih sangat aku baca kes Dirang dan yang lain-lain. Terlalu banyak kes bunuh zaman sekarang ni. Sana bunuh sini bunuh macamkan takde cara lain nak selesaikan masalah. Bumi dah tua tapi manusia semakin kejam. Ya Allah selamatkan kami dari kekejaman manusia lain Ya Allah. Peliharalah kami dari segala bencana dan berikan kami sekeluarga rahmatMu Ya Allah...


Semoga Aqeel menjadi anak soleh sayang, insyaAllah..mama doakan. Eh yang belakang tu pun semoga jadi suami soleh. Sorang lagi yang takde dalam gambar ni sile belajar jadi isteri and mama solehah ye.
posted from Bloggeroid

15 March 2012

My kitchen cabinet *Updated*

At last..siap jugak kitchen cabinet kami..nasib baik hasilnya ok kalo tak mau kuar amukan ghimau malaya gugurl. Memule tengok masa tengah bikin kabinet dapur ni, aikkk..golapnye dapur akuuu..betul ke kaler ni yang aku pilih? Nape rentung sangat? Apsal takde rupe kayu kayan pon? Aku salah pilih ke? Hmm...tapi redha jela, mungkin atas catalog lain, dah pasang memang lain kot. Terpaksa la pasrah.

Ni la gambar masa bikin yang membuatkan hatiku pasrah..apsal kayu begitu rentung sekali???

Opsss ada terselit pulak uncle sexy

Selepas pasrah, aku mengambil keputusan pulang ke pangkal jalan iaitu rumah parents aku. Selepas beberapa ketika, aku pun pegi balik rumah nak tengok progress. Sampai-sampai depan gate, tengok bro-bro yang buat kitchen cabinet ni dah naik lori pon tinggal nak rempuh aku je. So...dup dap la membayangkan betapa rentung dan gelap gelematnyela dapur kami...

Masuk-masuk ehhh ehhhh ok jugak rupanya. Aku ingatkan rentung rupanya yang rentung tu frame dia je, yang pintu-pintu ni corak ngan warna kayu kayan seperti pilihan hati la. Yahooo. Puas la hati ahkak kau ni. Kalau tak masak gak taktau la bak kate laki eden. Pada aku okla design dia dah ini yang kitorang pilih. Suka la sebab ikut taste sendiri kan.




Kos nanti akan diupdate ye...sedang mencari bil yang detail..

 *Updated*

Cost
Tiled concrete table +  Melamine (ABS) cabinet = RM7000 (+RM1800 for cabinet area built in oven, microwave and fridge) = RM8800

Shape
L-Shaped

Size
Panjang 22 kaki

Handle
Aluminium


Ni la kontraktor yang bertanggungjawab mengrenovate rumahku sorgaku...Lee Xing Renovation Works
Kalau deal dengan sorang yang bernama Kevin, jangan terkujat pulak tengok mamat tuh bertattoo. Haha..walaupun bertattoo, kalau kite komplen this and that, dia akan ikut punye...Setakat ni hasil kerja kemas dan memuaskan ati..sesikit tu biasalah kan. Kite suruh betulkan, dia betulkan..

Sekarang mari cari deco untuk dapur pulak. Yahooo.