Hellow there...
Bilik aku yang sekarang duduk dekat rumah parents aku ni bertemakan warna coklat. Jadinya bila nak masuk rumah sendiri ni, aku rasa nak tukar la pulak. Kalau boleh nak warna yang sejuk mata memandang sebab nanti bila dah seharian penat lelah berkeroje kan, bilik tidur la tempat untuk cari ketenangan. Sekarang ni memang aku takde aim mana-mana perabot lagi, tapi kunun-kunun aku nak tema yang moden-moden sebab nya katil moden ni rendah sikit kan berbanding jati. Kalau katil jati harap maklumla memang tinggi, Aqeel dah penah tertiarap jatuh dari atas katil, nasib baik aku memang ready tilam dekat hujung katil. Mama ngan papa Aqeel ni tidoq mampuih jadinya Aqeel ni pi explore dari kepala ke hujung katil time kitorang tidur. Terkujat mama ngan papa dia ni dengar bunyi gedeguk. Huhu...seb baik Aqeel ek ek sikit je sebab tak sakit jatuh atas tilam, mungkin terkejut jela kot. Tula Aqeel dah lagak superman takmo gak bila bagi tidur kat katil dia sendiri, nak gak menyelit tidur bawah ketiak mama ngan papa yang harum. Kuikui.
Pilihan untuk bilik master nanti ada dua warna je aku aim. Satu warna tiffany blue, satu lagi warna purple. 2-2 warna yang sejuk mata memandang. Warna pink papa Aqeel reject sereject-rejectnye, tak kira la soft pink ke shocking pink ke. Kakaka bukannya orang nampak pon papa oiii tido bilik pink.
Tiffany Blue Theme
Purple Theme
Pink Theme
Combination Tiffany Blue & Pink
All pics from google
Semuanya cantik-cantik. Yang penting walaupun tema warna bilik tu katakan purple, kita boleh jugak combine dengan pink ke, dengan putih ke..kalau semuanya warna purple kelam je rasa suasana bilik kan. Macam combination tiffany Blue & pink jugak, tak nampak pelik pun combine dua warna ni, nampak cantik lagi ada, berseri-seri je. Mungkin cat dinding boleh pilih warna tiffany Blue, cadar pulak pilih yang pink-pink sikit macam gambar bawah sekali, dah nampak unik, masih lagi sejuk mata memandang. Ataupun dinding warna pink langsir pilih warna tiffany blue, carpet ke...Macam-macam cara boleh deco, tinggal lagi rajin ke tak rajin nak survey-survey kan. So...nantikan jela skill I mendeco bilik di segmen akan datang. Hahaha poyosss.
No comments:
Post a Comment