Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

29 March 2012

We talk less because of...

Gadgetsss! Yes people..gadget adalah punca kekurangan komunikasi sesama manusia zaman sekarang. Memang la takde sape boleh menidakkan keperluan gadget dalam hidup tetambah zaman sekarang ni  semuanya serba on the go. Nak cepat settle kerja guna gadgets la kan, e-mail la apela, nak bersocial networkingla, yang nak bersosial depan mata macam mana pulak. Kekadang pergi cafe konon nak lepak minum dua orang, yang sorang duk ngadap blacberry ke iphone ke, yang sorang termenung tengok keliling taktau apa nak buat dah partner duk ngadap gadget. Lepak minum apa camtuh. Haktuih. Haha. Ampeh! Iyer, gadget memang diperlukan dalam hidup sehari-hari, aku tau! Tapi gadget ni dah merosakkan hubungan sesama manusia. Wah serius bunyinye. Ceciter ceciter. Contoh macam akula kan. Rutin hari-hari aku.

Pagi:

Hubby bangun pagi, siap-siap mandi, solat, breakfast sambil check-check blackberry tengok hal-hal penting...zoom pergi kerja..Kat opis mengadap laptopla ape lagi. Aku lak tunggu Aqeel bangun dulu baru boleh mule kerja, biase Aqeel memang bangun awal, paling lambat 8.30am pagi tu pun sebab papa die achoom achoom sok sek sok sek bersin pepagi jadi budak dah terbiasa bersin bapak dia jadi alarm clock. Haha. Dah bangun si Aqeel guling-guling gomol-gomol dia kejap bagi susu, silela maid aku take over menyiapkan budak sebab mak budak nak buat kerja yang tak habis-habis di laptop. Aku pun hulur la sebuah tablet untuk maid aku pasang Upin Ipin ke twinkle-twinkle little star ke, culik versi 2 ke, wheels on the bus ke..

Tengah hari:

Kekadang hubby balik lunch, kekadang tak...kekadang lepas lunch hubby lepak atas katil tau tau ZzZZzzzzZzZzz. Seminit lepas aku tengah bercakap dengan hubby, selang seminit lagi yang bercakap dengan aku, aku sendiri. GRRRR. Kalau dia tak mengeroh (tidoq) pun, dia sambar Ipad main game. Aku pulak mulut still kecoh lagi walaupun tangan busy menaip kat laptop, multitask orang kata. Kelebihan orang pompuan ni membebel jangan disie-siekan. Bile aku tanye hubby ape-ape, yang aku dapat jawapan, "Yeker?", "Aah kot", yang aku tanye tu la kekadang jawapan hubby aku kalau aku tanye mase dia tengah main game Ipad. Aku tanye, "Malam ni nak pergi Alam Central boleh eh nak amik laptop?", jawapan hubby, "Malam ni nak pergi Alam Central amik laptop? (Tukar sikit intonasi dari aku)". Nak buat camno, orang tengah concentrate main game, sabar wanie sabar..jangan jadi bini derhaka. Haha. Jadi dah sampai masa hubby nak gi opis balik, dia pun gi la. Soalan yang aku tanye tadi macam angin lalu jela.

Petang:

Balik opis kekadang penat, hubby pun ZZzzZZzzzzZ, kalau tak pun, main game Ipad. Ulang balik jelah paragraph tengah hari di atas. 

Malam:

Lepas kitorang mandi, solat maghrib, dinner, main-main dengan Aqeel, gurau-gurau gomol-gomol jap ngan Aqeel, Aqeel pun ngantuk, 9 lebih nak tidur dah..Dia pun masuk tidur. Oleh kerana tahap kesensitipan Aqeel terhadap bunyi bising adalah tinggi, maka jalan singkat yang diambil adalah diam atau bercakap slow giler. Secara senyap-senyap jugak tangan hubby dah capai Ipad. Maka bermula la lagi sesi bermain game sang suami. Maka bini ada lah menahan rasa hati yang menjeruk kerana kalau suami dah main Ipad, segala pertanyaan, atau perbualan adalah seperti bercakap dengan almari. Nak bersembang dengan Cleverbot buat sakit hati je. Aku tanya lain jawab lain, kerek pulak tu. Aku tanya "nama siapa?", dia jawab "aku lelaki la bodo". Menatang punyer robot.

Jadi kesimpulannya, wahai kaum suami, bapa, boifren, sesungguhnye kaum wanita mempunyai perasaan dan keinginan untuk merembeskan air liur untuk bersembang dan meluahkan perasaan adalah tinggi setelah seharian stress dengan keroje. Silela layan dengan penuh ikhlas sebab pompuan kalo tak bercakap sehari, adalah rasa macam laki tak dapat rokok masa bulan puase di siang hari, merantai-rantai jiwe tau tak. Ini adalah semulajadi wanita. Silelah fahami. Lagipun komunikasi itu menambahkan kemesraan, itu segala smart phone, blackberry, iphone, ipad, tablet itu merobekkan jiwaku. Harap maklum.

Ha? Awak cakap ape?


~Wanie~

4 comments:

  1. aku suka kucing tu. hahahaha.

    ReplyDelete
  2. Kiut kan kuceng tu. Rasa nak geget je.

    ReplyDelete
  3. mmg setuju ng gadget2 punah komunikasi dalam rumah ehehhehe..salam perkenalan

    ReplyDelete