Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

09 March 2012

Apakah?

Semalam I pergi Mydin shopping sesikit barang dapur, penjimatan bergande ok kalau beli barang dekat Mydin. Cea tetibe promote. Sampaila kat tempat buah-buah. Sekali ternampak buah ni. I blur-blur, mangga ke ni, apesal kecik gilos? Sebijik-sebijik I belek, label pulak takde dekat buah tu. Selama 27 tahun hidup I tak pernah jumpa lagi buah ni, biar betul. Hahaha betul-betul duk bawah tempurung. I tanya mak I, jawab ibunda, "Kalau orang utara panggil buah "staq". Orang sini panggil mak tak ingat". Hmm...nak tanya bangla Mydin yang timbang buah ni lagila malu weihhh. So I pun kaut-kaut pi timbang, sekali dekat bar code yang ditampal after timbang buah tu pun takde tulis daaa. Punah harapan nak tau nama buah ni. Main beli je. RM7.99 sekilo. I beli setengah kilo. Balik-balik I pun letak je dalam pinggan. Bila hubby balik, "Waaa ada buah kundang, lama tak makan buah kundang". Yeayyy! Berjaya berjumpa jawapannya. Rupanya buah kundang nama dia. Punya la I bebal buah pun tak tau. Kakakaka. Hubby kata, kalau buah kundang yang jenis bulat-bulat punya manis, yang bujur ni masam. Bila rasa, aah memang betul pun. Masam ya amat. Saper mengandung boleh la agaknya makan buah ni, sebab masam gilos. I tak tahan sebab tak suka masam. Sempena jumpa jawapan, I nak bagi pantun sikit la.

Hitam-hitam si tampuk manggis, 
Makin dipandang makin manis,
Oren-oren si buah kundang,
Pandang lama mana pun tak manis-manis. 


No comments:

Post a Comment