Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

22 March 2012

My Renovation Contractor

Renovation rumah kami dah boleh kata 90% siap...yang tinggal cuma grill and gate and touch up2 apa yang patut la kan. Grill? Kenapa pulak grill yang last sekali? Bukan papehal grill kene install dulu ke? Jawapannye adalah kerane kami gile kuase kontraktor buat design tak ikut bebetul macam yang kami nak. Boleh kata half betul half salah. Hahaha selalu memeningkan orang dengan ayat complex. Nanti aku tunjuk gambar bagi paham eh. 

 Ni dia kontraktor yang bertanggungjawab ubah suai rumah kami.

Antara skop kerja kontraktor kami adalah: *ayat company profile sangat*
Ini ringkasan daripada quotation kontraktor bagi. Harga aku tak disclose la ye. Aku just nak bagitau apa yang kontraktor aku boleh buat kot-kot ada yang nak tau. *Wah tetiba jadi blog informative sangat* Kuikuikui.

1) Extension di bahagian dapur rumah (conrete slab roof)
2) Tembok batu dekat bahagian luar dapur + pintu besi
3) Tiled conrete table with melamine (ABS) base and wall cabinet (Nanti kontraktor suruh pilih design kayu kayan idaman hati gune katalog )
4) Wall tiles untuk dapur (kontraktor bawak pegi Klang, kedai tiles, boleh pilih sendiri design tiles tapi pilih tiles yang harga bersesuaian dengan quotation la, nanti dia tunjuk yang mana2 boleh pilih)
5) Floor tiles untuk luar dapur (kalau tak kat luar ni ada rumput, timbus sume ganti dengan tiles pilihan hati)
6) Tukar floor tiles dapur (yang asal dah pecahkan sebab dah extend dapur kan, sama gak dia bawak gi kedai tiles kat Klang, pilih sendiri)
7) Wall between dining area and kitchen
8) Light points and  air-cond points
9) Main gate (ada macam-macam jenis, silelah merujuk katalog nye pun)
10)Plaster ceiling + cornice (Pun dibagi katalog, rambangkanla mata anda memilih)

Berkenaan grill, grill tu masa dibagi katalog, kitorang gatal combinekan dua design. Yang wave-wave macam kat bawah ni pilih dari katalog, yang daun-daunnye pulak takde katalog. Kitorang main cakap yang macam rumah "no ni, no tu" punye. Kire nak ala-ala design daun grill rumah jiran la kirenye. Takde la ambik gambar tunjuk tapi kontraktor ni taula sebab diorang memang dah hafal dah rumah ni punya design, rumah tu punya design. Kalau buat test IQ, mungkin dapat score between 145-159. Hahaha tetibe aku merepek. Agaknya dia busy plus terlupa kot nak tunjuk gambar ke apa, so dia bagi yang dia lukis tu je dekat dia punya sub-con (untuk grill) tu yang selamat jadi lain. Disebab kan wave dah buat, terpaksa la tukar design daun kepada design lain. Belum siap lagi, masih dalam pembikinan. Nanti aku up kan gambar once dah installed. 

Redha jela ye gambar gelap tapi di terangkan guna Photoscape. Tu yang tak berapa clear. 

Ada yang kata design ni dah lawa, nape nak tukar, lain daripada yang lain katanya. Ada gak yang ternganga je taktau nak komen sebab grill je pun kan. Yang penting kegagahan grill. Macam aku la, memula nampak masa diorang pasang, ternganga dulu sambil dengar ada bunyi bbzzzZzZZ *bunyi lalat nak masuk mulut*. Pastu tersedar dari lamunan, terus bingkas bangun dan mengamuk koyak-koyak baju, mata merah, kulit hijau. Tipu je. Kitorang cakap jela dengan kontraktor tu, "Design U buat ni salah la, kan kami tunjuk dah contoh". Dia ok je, so pilihla design lain, dia akan potong daun2 tu, ganti la dengan apa yang patut. Takkan nak buat balik semula semua kan, kite pun consider la jugak. 

So tu jelanye pon...tatatatatatata 

~Wanie~

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. suke tgk progress renovation u nanti update lg ye (",)

    ReplyDelete
  3. Hehehe insyaAllah..harap2 momentum rajin sy berpanjangan ;)

    ReplyDelete
  4. warghhh tensen nya. jeles tgk gril cantik gini. nyesal amek gril simple uwaaaaaaaaaaa.leh tak kalo nk salahkan kontraktor tak kasi katalog?? ok rasa amarah meluap2 pd kontraktor tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole2, marah je kontraktor tu kuat2 sbb tak bagi katalog, nak senang keje la kontraktor tu..Tapi sebenarnye grill simple pon ok jugak, nampak modern gitewww.

      Delete
  5. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    ReplyDelete
  6. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    ReplyDelete