Opss Aqeel kalo dah pandai baca jangan sentap pulak mama nak beli meja makan ni dekat Ikea. Hihihi. Bukan mama saje-saje nak dating dengan papa dekat dapur tapi dapur kite tak muat letak meja besar. Pas mama candle light dinner dengan papa, mama suapla Aqeel lak mamam, tak pun mama suap Aqeel mamam dulu ok. Kite suh papa pegi tengok tv, kite lak lepak kat meja ni ok sayang.
Dekat Ikea sekarang tengah sale kan? Tapi aku belum berkesempatan nak pergi. Pergi pun tak guna jugak, tengah takde bajet. Kalau aku pergi next month pun ok je, apa pun yang nak dikejar kan. Ayat sedapkan ati sendiri kuikuikui. Harga set meja and dua kerusi ni RM187. Ok sangat kan? Aku rasa ok je untuk makan breakfast ke. Takyah la kacau dining table dekat depan tu (tak beli lagi pun poyo je lebih). Breakfast bukannya berhidang-hidang banyak sangat, paling-paling hari ni mee goreng, esok nasi goreng, lusa nasi lemak, tulat roti canai and kuih-kuih ke. Tu pun kalau sempat nak masak, kalau express nye breakfast, roti telur sudah. Haha. Takde der aku nak masak macam-macam sangat pepagi. Aku ada penyakit monday blues every morning. Takde ubat punye penyakit. Kuikuikui.
Yang bawah ni pulak macam kena makan gilir-gilir je. Pon from Ikea jugak. Walaupun practical untuk tempat kecik tapi rasa macam kecik sangat kot. Ni ada yang beratur sambil pegang pinggan tunggu turn nak makan. Tapi kene tengok live la, testing-testing dulu baru ok. Table ni mounted ke dinding. Kalau tengok website, katanya boleh muat up to 4 seats. Tapi tengok gaya daripada bekas isi sudu garpu ni macam kecik je meja ni. Kelebihan dia boleh lipat la untuk small space. Harga pulak RM169. Ok jugakkk nih.
Nak yang lagi cantik macam kat bawah ni leh tak? Dream on jela wanie oi. Tempered glass bagai ingat murah? Haha. Cantik kan? Nampak simple, modern yet exclusive. Top dia tempered glass, kerusi pun cantik, transparent gitu. Terus feeling-feeling gayat. Eh dah duduk ke belum ni, mana tempat duduk? *Sile lempang kasi sedar diri*. Kuikuikui. Harga pulak RM1019. Hmm..sesuai la dengan kualiti dan design kot? Tapiii untuk due orang jeee..kecik sangat kalau aku nak beli dengan harga tu. Ahhh..pakai jelah yang murah tapi practical macam gambar first tu. Ok je, cantik jugak, kalau pandai deco, bersihkan selalu maka cantiklah serba serbi. Kalau beli mahal-mahal, pemalas lipas nak mengemas, apakah gunanya? Tetibe tazkirah.
Jalan dulu ye...tataaa...
~Wanie~
No comments:
Post a Comment