Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

14 February 2012

Edisi Seram: Siapa "mereka"?

Ceritenye, last week kitorang balik kampung kat Melaka, I, husband I, anak kecik I baru setahun 3 bulan and my maid. Rumah yang kitorang balik ni rumah kosong, dulu arwah nenek husband duduk rumah tu tapi sekarang nenek dah takde, takde sape la nak duduk rumah tu. Pakcik-pakcik ngan makcik-makcik husband masing-masing dah duduk rumah sendiri. Husband sempat duduk rumah tu masa kerja di Melaka sebelum dapat kerja kat KL bulan 6 tahun lepas. So kira-kira rumah ni dah kena tinggal 7-8 bulan la kan. Before this kitorang selalu jugak balik tapi lately busy sampai tak sempat nak balik.

Alkisahnya rumah ni bersambung dengan rumah belakang, ada satu pintu yang menyambungkan tapi pintu tu kitorang kunci. Ada family akak ni dudukla rumah belakang tu, panggil akak tu akak J la ye. 2-3 bulan kebelakangan ni, kitorang balik kampung je dia asikla bercerita anak dia yang umur 5 tahun kene sampuk, perangai bertukar, makin keras kepala, asik demam malam-malam, siang sihat walafiat pulak. Pastuh asik la meracau pukul 2-3 pagi nak keluar main dekat porch, dia kata ada budak-budak duk panggil-panggil dia ajak main kat situ, mengamuk-ngamuk nak keluar. Eh termeremang pulak bulus i. Masuk hospital tak baik-baik, doktor kerja sumbat ubat je tapi malamnya demam balik, siang sihat. Pastu at last dia berubat tradisional. Dia kata dia dah berubat dengan ustaz ni, katanya saka belah suami dia nak cari waris. I memula tak percaya la kan, I angguk-angguk geleng-geleng jela tak tanya lebih-lebih sebab akak J ni kekadang cakap merepek jugak hehe. Style yang suke bersembang tak habis-habis tak kira orang nak basuh baju ke, masak ke, mandi ke.

So jumaat malam yang lepas, tibalah kami ke rumah yang dimaksudkan. Kami sampai pukul 10.30 malam. Anak I tidur dalam kereta tapi masa sampai tu dia dah terjaga. Melasakla kan bebudak dapat tempat baru, semua ceruk dia nak explore. Sampaila pukul 1 pagi lebih baru dia nak tidur. Bila dia tidur tu I tengok dia tidur tak tenang, kejap-kejap merengek, kejap-kejap menangis, selalu tak macam tu, masa tu pukul 2 lebih pagi, I pikir budak ni nak tumbuh gigi agaknya. Yang maid I pulak I tengok dia tidur dekat hall depan. Esoknya die mengeluh panas, I pelikla nape panas pulak, betul-betul bawah kipas siling laju dia tidur. Dia kata dia tidur dalam bilik kecik, tak jumpa suis kipas bilik tu sebab pakai kipas berdiri. I tanya nape tidur dalam bilik pulak, kan kat luar berangin. Dia diam je. Sepanjang 2 malam tidur sana, memang anak I asikla merengek malam-malam, 1-2 jam tidur nangis.

Esoknya I jumpa la akak J, akak J kata, malam tadi anak dia nangis-nangis kata takuttt, nampak orang hitam. I macam biasa la, angguk-angguk je haha no komen. Kang komen kang I gak yang takut, lebih baik biarkan ia seperti angin lalu. Hari ahad kitorang balik Shah Alam balik. Dah sampai Shah Alam baru maid bukak cerita, dia kata malam yang kitorang baru sampai tu memula memang dia tidur dekat hall, tapi pukul 2 pagi camtu, dia nampak sorang perempuan tengah bancuh air, kacau-kacau dengan sudu tu bagi bunyi ting-ting-ting. Dia dengan dua orang anak dia, dua-dua perempuan. Duk duduk elok je depan tv 3-3 "orang". Tv tu bebetul luar pintu bilik I tidur tu je. Maid I terjaga sebab bunyik orang kacau sudu kan, memang pastu terang-terangan dia nampak 3-3 "orang" dekat depan TV. Meremang..meremang. Agaknya "budak-budak perempuan" tu yang ajak anak akak J main malam-malam. Wallahualam. Actually masa baru-baru kahwin, I ngan husband duduk rumah tu sebelum I balik Shah Alam sambung belajar. Husband je tinggal Melaka pastu. I pulak masa tu pregnant, peel memang ngade-ngade la rasa nak lempang. Haha. Sikit-sikit merajuk, husband I ni kerja dia ke site sana-sini. I selalu kena tinggal sorang-sorang dekat rumah tu and selalu rasa diperhatikan tapi I fikir itu perasaan I je. And yang buat I perasan something-something dekat rumah tu is bila I ngamuk ngade-ngade dalam telefon dengan husband I suruh balik cepat kan, mesti lepas I letak telefon, ada je yang pelik-pelik. Gedegung sana, gedegung sini, bunyik ketuk sana, ketuk sini. Tetiba curtain kat pintu tu melayang macam kene tiup angin, padahal takde angin takde apa. Rasa macam kena warning jangan buat perangai. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali sebab I tak reti insaf haha. Katanye hormon kan, cea alasan baik punya. Alhamdulillah I tak pernah jumpa lagi betul-betul, nasib maid I la, dah ternampak. Nauzubillahhh...Insaf-insaf...


2 comments: