Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

16 February 2012

Edisi Seram: Bangkai burung hitam

Well..hello people..

Masa I sekolah-sekolah dulu rumah I selalu didatangi benda pelik-pelik yang orang hantar. Yang paling I ingat adalah bangkai burung warna hitam tanpa kepala dicampak dekat luar hall kecik rumah I. Rumah I ada dua hall, satu hall kecik, satu hall besar sikit. Mak I terjumpa benda tu and ingat kucing bawak burung tu dari mana-mana. So mak I angkat and buang je burung tu guna plastikla lapik tapi. Lepas pada tu, setiap kali mak I lalu hall kecik tu, mesti mak I jadi gatal-gatal satu badan takleh tahan punya. Lepas tu dia melarat-larat sampai berhari-hari tak baik-baik, sapu la ubat paling kuat macam mana pun, memang tak baik. Kesian mak I. Pergi klinik, hospital merata ni tapi takleh detect kenapa jadi camtu. At last abah I decide untuk pergi berubat cara tradisional. Bukan kita ni nak percaya benda-benda khurafat kan tapi mungkin ada penyakit yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. So abah bawak pergi jumpa orang alim, sorang ustaz ni. Ustaz ni kata, burung tu dah di stuffed dengan bermacam benda-benda yang miang-miang dan kotor-kotor memang dihantar ke rumah I untuk porak-perandakan rumah tangga parents I. Dia akan buat mak I sakit, gatal-gatal sampai kulit jadi teruk and sekaligus membuatkan hati abah I makin lama makin menjauh daripada mak I, lebih kurang macam tula tujuan dia. Hohoho jangan tak percaya ok, zaman moden ni ada lagi tau. Kali kedua burung tu dihantar, I yang jumpa, kali ni dia hantar di area dapur. kepala burung tu memang terputus tapi masih ada sekali dekat situ, kucing I duk kuis-kuis guna kaki. Sama jugak, burung warna hitam. Yang pasti bukan gagak. Gagak kita kenal kan. Kali ni sebab dah tau, abah panggil orang luar buang bangkai tu and mak or abah I tak kena sakit@ gatal-gatal. Hmmm..manusia-manusia. So berhati-hati ok kalau jumpa benda pelik-pelik, jangan berani-berani sangat...Brrrr...

No comments:

Post a Comment