Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

07 February 2012

Kembung lepas tu kempis balik

Kite sampai lagi ke segmen makan timee..kehkehkeh macam la ada orang nak tau kan.My blog my diary whattt. Oleh kerana sekarang ni tengah busy nak masuk rumah baru, nak taknak kenala round satu Malaysia nak cari barang rumah dengan harga terbaik. Kalau ikutkan malas memang malasla, dengan duit keluar macam air lagi. Serius macam air paip tak tutup. Eh ke macam paip pecah?

Plan hari tu nak mencari lampu lampi sebab kontraktor tengah buat plaster ceiling. Sebab nak letak downlight kan, diorang akan tebuk plaster ceiling ikut size downlight kite tu. Ingatkan nak pergi Houses Lighting kat Puchong sebab rata-rata yang I jumpa masa google tempat nak beli lampu murah, memang suggest Houses Lighting ni. I pun semangat api la pergi sekali tutup daa..cuti CNY tak habis lagi agaknya. So plan B I pergila Top Ten nama dia. Kat Puchong jugak, satu row dengan Tesco Puchong, sebelum Tesco Puchong. Ramainya umat dalam tu penin fale I. Lampu lampi banyak tapi yang I minat banyak dah tinggal last piece. Ceh, kekecewaan macam jumpa kasut yang berkenan tapi tinggal yang display je. Tapi banyak jugakla I borong hari tu, lampu tangga, lampu courtyard, lampu luar, lampu hall rumah parents I, lampu toilet. Harga pulak I rasa ada jugak yang mahal daripada kedai lain, ada jugak yang murah. Kite kena survey banyak tempat and compare. Jangan sebab tengok satu benda murah, maka semua benda dalam kedai tu murah. Jadila pengguna dan pembeli bijak ye. Jangan terburu-buru.

I beli wall lamp ni ingat nak letak kat tangga..we'll see..we'll see..


Rambang mata nak memilih lampu lampi sampai rasa nak muntah sebab berdiri lama sangat tengok atas pulak tu.

Banyak lagi tak beli macam downlight, lampu untuk master bedroom, wall lamp untuk bilik-bilik. Yang tu semua nanti hunt tempat lain. Haaaaiii letih sampai 4 jam tau I kat sana pengsanla kalau selalu.

Before pergi beli lampu tu kitorang dah makan dulu, dekat Restoran Al-Munawarah Seksyen 9, Shah Alam. Restoran Cina Muslim. Restoran ni sederet dengan Restoran Cili Merah, area dia dekat belakang Hotel Concorde. I pergi tu siang dalam pukul 1. Sedap jugak makanan dia. I sukela dia punya ayam masak marmite. Marmite tuuu, yang orang duk makan dengan roti tuuu..tak sangka dah jadi lauk eh sedap jugak eh.



Ni la marmite, pic from google

Ni pulak ayam masak marmite. Ayam tu garing, digoreng dulu kot pastu baru agaknya digaul jadi bersos. I loikkkkeeee.

Dory fish fillet masak sweet and sour

Ni pulak telur udang...

Makan dengan nasi putih licin due orang makan. Total makan ni semua dengan air, RM38.80...Burp Alhamdulillah...

Sebab tu tajuk entry, kembung lepas tu kempis balik sebab dah makan kenyang sampai kembung menghabiskan lauk, pastu round cari lampu, exercise dalam Top Ten 4 jam terus kempis balik. Kahkah.

2 comments:

  1. memang rambang mata g kedai lampu lampi ni...rasa cam nak borong sume...

    ReplyDelete
  2. betul-betul tu aanie, sampai pening..nak muntah dah rase sebab dongak berjam-jam hehe.

    ReplyDelete