Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

15 February 2012

Edisi Seram: Kau tersenyum

Salam and hi people...

I ni taktau la I ni kategori blur ke apa tapi I rasa I selalu kena kacau tapi tak sedar. Eh kalau boleh takmau kena kacau. Rumah jiran I depan rumah ni banglo, and dia ada buat pondok kecik sebelah rumah dia untuk anak-anak dia main masa kecik-kecik dulu. Pondok tu daripada kayu, tapi sekarang dah takde. Dia dah runtuhkan. Ada satu hari tu I nak tutup gate rumah, masa tu malam dalam pukul 11pm. I ni duk tutup gate sambil mengadap pondok tu tah kenapa rasa nak tenung. Tiba-tiba ada satu lembaga perempuan pakai baju putih berjalan, tak macam berjalan la, kalau berjalan kita nampak badan bergerak naik turun, ni macam terseret camtu, dari rumah jiran I ke pondok sambil tersenyum kat I. I confuse eh apsal pergi pondok malam-malam bukannya ada lampu dalam tu, buat apa dalam gelap malam-malam, orang dewasa pulak tu. I tengok je tak senyum balik sebab tengah confuse sebab "Rasa jauh tapi apsal aku nampak dia senyum eh, sapa tu eh, betul ke aku nampak orang?". I blur-blur tapi tunggu lagi dari gate I tengok ke rumah dia and pondok tu, dan-dan benda tu patah balik. Kali ni I perati lagi, eh memang macam menyeret la dia jalan. Sapa tu? Pastu I blur-blur masuk la rumah tetiba baru terfikir, eh apa benda tu eh. Malam-malam buta apsal ada lembaga putih rambut panjang senyum kat aku. Pastu cecepat tutup pintu lari macam peej lari, *jerit lari lintang pukang sambil tangan ke atas tak tentu arah*.

No comments:

Post a Comment