Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

23 May 2012

Recipe Baked Macaroni N Cheese Versi Wanie~

Baked macaroni lidah melayu sikit...

Bahan-bahan

Macaroni (Selalu guna satu paket brand San Remo)
1 tin cream of chicken Campbell’s 
1 tin Campbell’s Prego Carbonara Mushroom Sauce
1 cawan low fat milk (Any brand)
1 cawan air kosong
*Sausage (Selalu guna brand Ayamas-potong2 masuk sume sekali)
*Chicken Ball (Ikut suke nak banyak mana)
*Cendawan Butang (Selalu guna 1 tin-hiris2 masuk sume sekali)
**Cili padi hiris la dalam 7-8 batang kalau nak pedas (**Optional)
Bawang putih 2-3 ulas (Dicincang)
Bawang besar (1/2@1 biji dicincang@dipotong dadu kecik2)
1 sudu kecik Daun Oregano kering
1 sudu besar Garlic Powder (Selalu guna brand McCormick sebab dah siap2 ada daun parsley dalam dia)
1 sudu besar Parmesan Cheese
½ sudu kecik Lada putih
½ sudu kecik Lada Hitam
Pati ayam (Kiub atau kalau rajin rebuskan seketul ayam nanti dalam kuah lagi sodap)
Mozarella cheese@Cheddar Cheese
*Bahan inti ikut suka nak letak apa, udang boleh, ayam boleh, daging boleh


Cara-cara

1. Rebus macaroni dengan sedikit minyak supaya macaroni tak melekat tapi jangan sampai kembang sangat sebab nanti nak bakar lagi, dah masak, tapis dan asingkan.
2. Goreng dulu sausage, chicken balls and mushroom dalam minyak bercampur marjerin, tapis minyak dan asingkan (minyak + marjerin boleh guna untuk tumis2 tapi kurangkanla agak-agak)
3. Tumis bawang putih and besar sampai naik bau dalam minyak campur marjerin lebihan goreng bahan inti
4. Masukkan Carbonara dalam tin dengan Cream of Chicken bersama dengan susu dan air kosong
5. Masukkan kiub pati ayam @ rebuskan seketul atau lebih ayam bersama tulang dalam kuah 
6. Masukkan lada putih, lada hitam, parmesan cheese, garlic powder, cili padi, daun oregano
7. Agak-agak ayam dah masak, masukkan bahan inti. Kacau-kacau la sampai mendidih.
8. Bila dah pekat, tutupkan api.
9. Gaulkan macaroni yang dah direbus dalam kuah yang masih panas tu sampai rata.
10. Susunkan dalam loyang untuk bakar, lapisan atas sekali taburkan cheese.
11.Bakar dalam oven sampai cheese keperang-perangan sebab tu jangan rebus macaroni kembang  sangat sebab nanti bakar dalam oven kalau lama sangat macaroni akan kembang aksi terlampau.   

    Unless kalo takmo bakar takpela rebus macaroni sampai masak. Tapi dah tak jadi la baked macaroni lagi. Jadi macaroni kuah carbonara jela. Bab masin tu nanti kena rasa2 sikit, kalau masin sangat tambahla air, masak sampai kuah pekat balik..aku selalu tak letak garam sebab chicken kiub tu dah masin, marjerin dah masin jadi laukku cukup masin. Ngeeee :D

Gaulkan macaroni and kuah rata2. Ni sebelum ditabur cheese

 In the oven...takde stock mozarella cheese untuk topping, guna cheddar cheese pon ok saje ~
Ni kes malas nak buat dua bekas, tu yang sampai melimpah2 cheese.

Dah siap...comot sebab tukang masak pemalas, letak macaroni dalam satu bekas penuh2 sampai nak melimpah. Sekali sekale bolela masak and makan...selalu2 buat kalu, alamatnya readykan la wang untuk membeli baju2 dan seluar2 baru.

~Wanie~

4 comments:

  1. weeee...i nak try nanti bile i masuk rumah baru nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tryla uu..senang sangat, tuang tuang tuang siap! hehehe

      Delete
  2. sedapnye nmpk..hubby i tak suka mkn bnda2 mcmni..kalau buat, i mkn sorg jek, tak feeling betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hubby i dulu tak suke, hasil pujukan isteri yang gilekan western ni, dia pun dah same terjebak hehehehe teknik berjaye!

      Delete