Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

19 September 2012

Ikan nari-nari

Wiken lepas aku ngan Incik Daus attend kenduri kawen kawan skolah kitorang, Ruby. Wedding Ruby buat dekat dewan PKPS, Shah Alam. Cantik dewan tu. Makan pon sedap. Kuih muih sedap, ada ABC lagi yo. Yang penting ada aircond yang sejuk. Hehehe.

Kalo duduk dalam dewan ada aircond tapi panas rasa nak cepat2 balik je kan. Yang ni siap aku boleh berjimba, dah makan nasik, belasah pulak kuih. Pastu makan pulak ABC. Memang patutla aku makin kurus. Pastu ada live band. Suara penyanyi tu sedap, ala-ala Dato' Siti gitu.

Centerpiece kat meja tetamu tu cantik and lain daripada yang lain. Tak pernah aku tengok orang letak ikan hidup jadi centerpiece. Memula aku tak perasan ada ikan. Sekali tertengok pulak centerpiece meja sebelah. Eh macam ada ikan, betul ke. Tengok meja sendiri, eh eh centerpiece live fish la. Kalo amik sekor pon baguih kan. Leh kawan dengan ikan laga aku. Tengok sapa menang.


Yang lawak tu, bila live band tu perform lagu yang catchy2 sikit kan, macam lagu "Selamat Pengantin Baru" yang Saloma nyanyi tu kan, ikan-ikan ni beratur 3-3 ekor rapat-rapat pastu goyang-goyang nari macam orang dulu-dulu nari. Yang kepala je goyang-goyang badan getar-getar sikit. Pi cari kat youtube lagu "Apa guna berjanji" filem Masam-masam manis. Cam Norkiah menari tula ikan tu menari. Hihihi. Kiut je.

Pelamin pon cantik sangat. Pelamin putih je tapi lampu-lampu tu yang buat pelamin ni nampak berseri-seri. Baju pengantin pon cantik sangat!

 Nak cite pelamin cantik tapi pemblog ni pemalas nak amik gambar. Hihihi. Nampak jugak pelaminnye kan kan kan?

 Nasib baik Incik Daus rajin amik gambar pengantin, Ruby and Faliq. Warna baju Ruby cantik kan?

 Nari-nari goyang-goyang.

Tu je nak cite hihihi. Tatatattatattatatatata....

~Wanie~

4 comments:

  1. tu je nak cite? haha. comel kan ikan tu. nnt kita nak buat camtu jgkla utk wedding nnt. kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tu je nak cite hehehehehe..sile2 buat eh..letak ikan koi la cantik sikit hihi

      Delete
  2. letak katalog tupperware as centerpiece bole x? hihihi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha boleh, dipersilekan. Sungguh business minded. Mane tau rezeki besor. Baru betul2 party tupperware kuikui

      Delete