Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

12 September 2012

Nasi Ayam Kembao

Siape suke nasi ayam? Sayee!

Aku memang penggemar nasi ayam. Selalu kena bebel dengan Incik Daus, punya banyak pilihan lauk, nasi ayam jugak yang aku tuju. Habis semua restoran yang ada label "nasi ayam bla bla bla", mesti aku nak try jugak. Ngeeee..

Restoran Nasi Ayam Kembao ni, dua pupu asben yang punya, muda lagi orangnye..tapi business minded. Cayalah. Kalau dekat sungai udang melaka, nasi ayam hainan terfamous adalah Nasi Ayam Hailam Restoran Hijrah Sari, orang Melaka mesti tau kan kan kan. Haa..nasi ayam kembao ni sejibik sejibon la macam dekat restoran Hijrah Sari tu dari segi rasa nya..Kalau yang duduk Klang Valley nak cuba nasi ayam hainan yang sodap, sila la ke Nasi Ayam Kembao. Terletak di Padang Jawa.

Semalam Incik Daus masuk DEMC lagi pasal kes batu karang dia tu la (Baca kat sini & sini) Tapi kali ni daycare je, sekejap je, masuk untuk cabut tiub dalam salur kencing Incik Daus. Alhamdulillah, dua-dua batu dah takde tapi makan tetap kena jaga la. Mudah-mudahan sihat berterusan. Amin. 

Sementara tunggu DEMC prepare bil, aku duk bebel2 lapar, lapar, lapar. Hahaha orang sakit pon tak kebulur macam aku. Sekali husband aku yang bukan kaki nasi ayam ni boleh cakap, "Pergila beli makanan, belikan kite nasi ayam kembao". Uiks..buntang bijik mata aku. Biar betul laki den yang nak makan nasi ayam ni. Selalu tu kemain liat kalau aku nak makan nasi ayam. Sedapla kot pada dia nasi ayam ni kan. Sile try, banyak lagi menu2 lain tau.

Aku pun dah try nasi ayam nya, aah rasa nya sejibik macam yang dekat Melaka tu. Makan dengan taugeh ala-ala kedai nasi ayam yang mahal tuuuh. Sodap aihhh. Lepas tu aku pon ada order jugak nasi ayam lemon, ayam goreng sos lemon makan dengan nasi ayam. Nasi tu Incik Daus yang bedal, ayam nya aku la bedal. Sedap jugakla ayam lemon tu, okla tapi aku lebih suka nasi ayam hainan biasa, nasi + ayam panggang + sup + sayur2 tu bonus.

Yang special nye restoran ni bukan hanya jual nasi ayam, ada yang lelain jugak. Kalau ikutkan nafsu, macam-macam aku nak order weh, tapi slow-slow la. Next time pergi, aku order yang lain pulak.

Sila click pada gambar untuk melihat gambar yang bapak besar.

 Masa ni lemon chicken aku belum sampai, yang ni set untuk dua orang makan. RM19.90. Nasi dua, ayam untuk 2 orang makan, sayur taugeh, sayur kailan, 2 soup, yang best tu sebab air dia jus, bukan air gas, kitorang pilih jus apple, satu lagi pilihan untuk hari tu, jus orange. 

Kalau set sorang makan nasi ayam biasa harga RM5.90. Ok la harga kan?


Gambar dua atas ni ambik daripada FB Nasi Ayam Kembao.

Selain nasi ayam, macam-macam lagi hidangan, menu macam dekat bawah ni...







Interior dia cozy, seswai untuk bawak family makan-makan...So mohler cuba beramai-ramai!

Alamat Restoran Nasi Ayam Kembao:

No. B-2-G & B-3-G, Jalan Serai Wangi 16/G, 
Alam Avenue 1 Seksyen 16 Shah Alam, 
40200 Selangor, Selangor, Malaysia

No Tel: 03-5513 0355
Waktu buka: Monday - Saturday :  12:00 pm-11:00 pm

Sampai sini dulu, tatatatattatatatattatata....

~Wanie~

5 comments:

  1. wow very the tempting
    jaunye kat padang jawa...kat area putrajaya ke , bangi ke, kjg ke,ade tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe takde kat area sanela, sekali-skale jalan2 cari makan jauh sikit ok ape u... ;)

      Delete
  2. fatt, ok aku dh bc. so mohle bwk daku ke sana. apa lah guna ko tulis entry pjg2 tp x bwk aku pegi mkn sana? xde makna ok! xde makna!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku on je dabel fattt. ko tu yang busy mak jemah. ipr, ipr, puiii! hahahaha.

      Delete