Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

26 June 2012

Transfer Factor for my husband..sihatla hendaknye

Kalo ada yang terbaca post sebelum ni tau la kan asben aku kene batu karang atau bahase omputehnye kidney stone. Treatment pertame Incik Daus trime last week dekat DEMC adelah buat Endoscopy, masuk camera and pecahkan batu dekat saluran air kencing, nanti batu akan keluar melalui air kencing. 

After 2 weeks which is minggu depan ni la, nak buat laser pulak untuk batu kedua yang dalam buah pinggang. Skang asben aku dah trauma la nak buat treatment2 ni, jadi kitorang cari alternative lain untuk pecahkan batu. Kakak ipar aku suggest aku jadi member dan beli Transfer Factor ni cuba pulak makan sebagai alternative pecahkan batu karang dalam buah pinggang tu sebab dia kata ada kawan dia makan and after seminggu batu tu pecah sendiri, dah tak payah buat laser lagi.

Sekarang ni ada masa seminggu lagi sebelum kena buat laser tu kan so kitorang pun berusehe la makan Transfer Factor Advanced Plus 30 biji sehari. Mudah-mudahan tak perlu la lagi buat segala macam treatment yang menyakitkan ni kan.InsyaAllah...amin...

Kes lain pulak..kalau nak tau abah aku sekarang on dialisis sebab kedua-dua buah pinggang dah rosak dan tak berfungsi..Seminggu 3 kali abah kena buat dialisis, sekali buat 4 jam..Abah pulak memang susah nak kencing sejak buah pinggang dah rosak ni, so kitorang pun beli Transfer Factor KBU (kidney, bladder and urinary support) untuk abah, Alhamdulillah, abah kate kencing jadi lawas...

Seksa tau bila kita nak terasa nak kencing tapi kencing takmo keluar, azab sangat. Aku tau sebab aku dah pernah rasa. Masa aku kena chronic asthma attack dulu, jantung aku dah bedegup terlalu laju (palpitation) and aku kene muscle spasm. Masa tu memang aku rasa nak kencing gile2, name pon masuk drip kan, dah tentu la air banyak gile dalam badan. Tapi tak boleh nak kencing sebab muscle spasm, nangis2 aku kat ICU, kecoh la time tu. Last2 nurse masukkan tiub untuk keluarkan air kencing. Sakit woo masuk tiub ikut bawah ni. Penuh satu kantung ok air kencing. Dah la kena muscle spasm, kene amik darah dekat area abdomen pulak tu sakit oii untuk tengok ada terkena jangkitan kuman ke tak. Isk isk...sadis kan pengalaman aku..

 
 Mase ni boleh senyum lagi sebab result x-ray and CT scan belum dapat

 Ni masa dah dapat result x-ray and ct scan, time ni nak pergi operating theatre..muka cuak je. Kesian asben aku time ni. Selalu tu tersengih2 sampai aku rasa nak tomoi je sebab asal balik keje je, "Gemok (akula tu), tengah buat pe tuuu", "Gemok, awk masak ape hari ni?", "Si gemok ni...sebesar2 alam la (kalo aku terselisih kat laluan sempit ngan dia)". T__T

Ni kat depan ward sebelum ditolak ke OT.
Muka dah tiada senyum dah. Ni dah lepas buat endoskopi...kesian Incik Daus time nih..sana sakit sini sakit. Menitik jugak la air mata bini gemok awk nih..

  
Banyak darah kan? Dr kata kene minum banyak air lagi supaya batu2 sume keluar. Asben aku pon cakap gak lepas buat endoskopi. Kalau dia banyak minum air, darah tak banyak keluar dalam kencing, tapi kalau kurang minum air, darah banyakla dalam air kencing.  

 Aku nak try makan jugak lepas ni untuk asma aku..insyaAllah..kite berusehe kan..

 Ni yang abah aku makan, kidney, bladder and urinary..
 Yang ni yang Incik Daus makan...

Riovida...Air ni pon Incik Daus minum gak. Nak baik punye pasal kan. Tapi sedap air ni, rasa buah manggis ke camtula..

Kite merancang dan berusehe kan..Allah menentukan..mudah-mudahan usaha berubat ni diberkati, insyaAllah..

Kalau ada orang yang berminat jugak nak beli transfer factor ni boleh contact aku at sitisalwani262[at]gmail.com sebab akak ipar aku, Kak Ju memang dealer and jual Transfer Factor dan arif tentang cara makan ni semua. Abah aku and asben aku pun Kak Ju yang bagitau cara makan, bape bijik makan sume. Buat pengetahuan korang, TF ni jugak ada dijual at certain hospitals di Malaysia and ramai jugak Dr jadi dealer.

Till then...daaaa...
~Wanie~

6 comments:

  1. semoga incik husband awk cepat sihat..(",)

    ReplyDelete
  2. waa buat rawatan di DCMC. Tak mahal ke buat rawatan kat situ?

    ReplyDelete
  3. Huhu kes suami puan sebiji mcm saya kes, sama gak buat kat demc. sy pn buat thn ni bln april dan mei.. masuk camera ikut salur kencing ngeri ooo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaaaaahhh...memang ngeriii...suami saya pon dah tak sanggup lagi, skarang memang jaga makan betul dia.kacang tak makan, seafood2 pon tolak tepi

      Delete