Ok...sebenarnye bukan la kesilapan besar sangat tapi aku rasa, sedikit sebanyak kecewa gaklah bila semua dah siap and tentang yang satu ni memang tak boleh lagi nak adjust2 buat masa terdekat ni. Ini just pandangan aku je sebab aku memang suka pencahayaan yang cukup, so aku kongsikan sedikit sebanyak untuk sesiapa yang masih merancang untuk renovate rumah.
First is, dekat hall langsung kitorang tak letak wall lights. Kalau perasan, dekat plaster ceiling kitorang, downlights adalah dalam L-box which is bila kita on lampu, dekat luar L-box tak cukup pencahayaan. Bagi aku, kalau dinding tak cukup cahaya, macam tak berseri wall paper and esok-esok if nak tambah gambar ke lukisan ke, tak nampak outstanding walaupun lukisan tu nanti harge riban-riban. Haha ok tu aku tipu, takdenye aku nak beli lukisan riban-riban.
Nampak tak macam mana gelap dinding tu.
Hal wall lights tu, aku dah bagitau hubby dah, discuss la dengan kontraktor untuk buat wiring sekali wall lights di area dining dan living hall tapi takkkkk, dia takmo dengar cakap aku. Huhu..sedih. Dia kata buat pe nak ade wall lights lagi, downlights dah banyak. Ok la fine takmo jadi bini durhaka, aku akur. Tapi sekarang tiap2 minggu aku ungkit nape tak letak wall lights, dinding gelap, wallpaper tak naik seri la, nanti bila dah letak cermin besar dekat dining area, tak nampak cantik sebab takde wall lights. Haha..tu la long term effect untuk suami aku krane mengabaikan request aku :P Yang sebenarnya dia pun angguk2 jugak bila aku kata sepatutnya kena ada wall lights kalau takmo buat downlights dekat luar L-box tapi angguk2 lepas semua dah siap adalah tak berbaloi. Nah skarang...trime sajela kan bebelan aku. Sikit2 jeeee bebel. Tiap-tiap minggu je.
Mesti berseri sikit kalau ada wall lights atau downlights dekat luar L-box tu. Ni asben aku serah bulat-bulat dekat kontraktor untuk hal lampu lampi ni. Dalam L-box tu dah ada lampu, patutnya downlights letak dekat luar L-box. Atau pun letak je luar dalam L-box ada lampu, bila memerlukan bukak yang patut je, bukan nak bukak semua lampu serentak.
Oh bukan la aku ni tak bersyukur, cuma pada pendapat aku, alang-alang dah nak renovate, buatla siap-siapkan segala apa yang kita nak. Wall lights ke downlights ke sebab aku nak suh tambah due point lampu je dekat tingkat bawah nih. So sesape yang plan nak renovate rumah, sila consider dan plan bebetul hal pencahayaan. Sebab once dah siap semua, takkan tetibe nak ketuk, tebuk buat wiring tambah pulak. No no no, rosak wallpaper I. *Penunggu wallpaper in d house y'all.* Haha. Asben aku siap perli aku lagi masa orang Jakel datang pasang curtain hari tu, "Tak marah ke diorang ni nak tebuk wallpaper awak tu? Ngehngehngeh". Aku jeling je. Hehehe habis mana lagi nak letak penyangkut langsir tu kan. Mestila kena drill jugak atas wallpaper.
Bukan ape...kalo pape jadik kat wallpaper aku tu, dah takde galang gantinye. Kakaka. Yang sebonar eh poket den dah nipih :P Masa aku pergi home deco hari tu, ada la pergi dekat booth Avalon. Dah masuk booth tu, sales nye orang pon approach la tanye rumah kat mana la apa semua kan. So dia pon bagi la consultation sikit2 sebab dia ada buat promotion pasang lampu rumah and free consultation sume tu. So dia pon bagitau la pencahayaan yang betul. Aku jeling je asben aku bila tang wall lights. Hehehe. Ok..sikit tips yang dia bagi.
1. Kalau macam dekat living hall aku ni, biasanya kiri dan kanan kipas, orang letak decorative lights, and downlights adalah di luar L-box. Contoh gambar bawah ni.
Aku dah suggest kat asben aku camni, but my words have no power T__T
Cantikla rumah ni..
2. Pasang wall lights untuk mencantikkan rumah, especially untuk lukisan, gambar, cermin etc. Ala macam kat galeri2 tu. Tapi kalo takde paintings ke apa pun, takpe letak wall lights. Malam-malam leh bukak wall lights satu dahla. Lomentik maaa.
Memula plan camni la..letak wall lights atas tv. Tapi wall lights yang lebih tantek :P
3. Kena ada reading lamp. Yang ni aku rase takde pon takpe pon...sebab aku bukannye rajin membace hikhikhik
Reading lamp tu yang macam floor lamp tu. Yang tinggi naik dari lantai.
Memangla diorang ni nak jual lampu, mestila nak jual lampu bebanyak, tapi bila fikir-fikir balik, ada betulnye gak, ada kegunaan semua lampu-lampu ni. Oklah...jumpe lenkali....tatatatatatatatatata....
~Wanie~
maybe suram sbb lampu kuning kot. try tukar lampu kt dalam tu kaler putih sure terang benderang. btw salam kenalan.suka baca blog ni mcm2 idea deco umah cecantik
ReplyDeleteSalam kenalan ;). Hehe sy pakai lampu kuning nak bagi effect romantic ler kununnyeee sy ni..btol gak kan, kalo pakai lampu putih sure terang benderang
Deletelampu kuning kami wat kt dining area.tp panas lampu tu. yurs camne? btw seronok baca blog ni.beria2 sy belek semua entry pasal rumah. nyesal tak jumpa yur blog awal2 coz sepatutnya leh refer yur idea utk deco my home huhuuuu
ReplyDeleteHaaa bab panas tu betul. Lampu kuning memang panas kan? Kalau tak bukak aircond memang la tak pasang lampu kuning, cantik memang cantik tapi panasnye mak aihh. Hehe sy nye umah pon tak banyak deco2 lagi, idea banyak, beli belum jugak lagi. Hehehehe.
DeleteHaah sepatutnya L box lampu tu..tenggelam cahaya downlight kt tgh tu
ReplyDeleteHaah sepatutnya L box lampu tu..tenggelam cahaya downlight kt tgh tu
ReplyDelete