Alhamdulillah, banyak kali buat menjadi. Resipinyer aku amik kat bawah ni. Mohon share yea~
Resepi asal: Puan nano @ life is sweet
Source : Dayu @ hidayu's jurnal
Resipi Pavlova
Bahan-bahan untuk buat meringue:
3 biji putih telur
1 cawan gula icing
3,4 titik esen vanilla
3,4 titik cuka
1 sudu besar tepung jagung
Bahan-bahan topping Cream
250ml whipping cream (aku tambah gula sikit, sesudu kecik je tapi sebenarnya takyah pun takpe sebab manis sangat dah meringue ni)
Cara-cara:
1. Pukul 3 biji putih telur ngan gula icing, guna
high speed terus. Pastikan tiada bercampur kuning telur. Bekas kena
kering betul-betul. Tak boleh ada air langsung. Kalau tak memang tak
jadiklah meringue ni. Putar dalam 15 min. Putar sampai bila kita
terbalik kan mangkuk tu, tak meleleh.
2. Kemudian masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung. Gaul kasik sebati guna sudu.
Gaul...gaul...gaul...
3. Kemudian alas loyang guna baking paper. Panaskan oven sebelum masukkan meringue ni. Guna suhu 150C untuk panas kan oven.
Rupa paras bukan ukuran, tuang jela bentuk macam mana pun.
4. Bakar selama 50 min. Guna api bawah je. Suhu 120C. Dalam masa sejam tu,
meringue ni akan mengembang, dan merekah sikit. Jangan risau.. itu
petanda molek. Selepas 50 min, bakar pulak
guna api atas bawah selama 10 min.
5. Bila dah siap bakar selama sejam. Biarkan meringue ni sejuk dalam
oven. Jangan keluarkan. Jangan risau kalau dia mengecut.. Takpe. Yang
penting jangan kuarkan dari oven, nanti dia sudden drop. Biar dia drop
slowly.
Apa khabar kau di sanaaa..lama sudah tak berjumpaaa...
6. Sementara tunggu meringue tu sejuk, bolehlah putar whipping cream sampai
dia kembang. Sementara tu boleh wrap dan sejukkan dalam fridge. Bila
meringue dah sejuk, bolehlah sapu whipping cream atas meringue. Dan
hiaskan lah dengan buah-buahan pilihan.
~ Meringue~
Biarpun rupamu begini, kau tatap menjadi pojaan hatiku~
Tadaaa! Dah siap. Siap watermark gambar pavlova tu..punyerla sayang pavlova aku. Aku
luper beli buah blueberry, kalo tak lagi sedap woo. Buah topping kene
masam macam strawberry, kiwi dan berry2 yang lain baru boleh lawan manis
pavlova tu. Cubela buat cubelaaaa...
Apa? Malas nak buat? Nak order? Nanti ku pikirkan. Hew hew hew.
Sampai berjumpa lagi....tatatatatatatatatatatata.~Wanie~
sedapnye pavlova hitu.. huhu.
ReplyDeleteSedap dan manis gilerrr..tapi kalau makan mcm tak boleh nak stop hehehe
Delete