Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

27 June 2012

Pavlova yang sedap terhangat di pasaran~

Tajuk nak getik je kan. Hikhikhik. Suke suke. Hari sabtu lepas aku buat pavlova la uolsss. Jeles tak jeles tak? :P

Alhamdulillah, banyak kali buat menjadi. Resipinyer aku amik kat bawah ni. Mohon share yea~


Resipi Pavlova
Bahan-bahan untuk buat meringue:

3 biji putih telur
1 cawan gula icing
3,4 titik esen vanilla
3,4 titik cuka
1 sudu besar tepung jagung

Bahan-bahan topping Cream
250ml whipping cream  (aku tambah gula sikit, sesudu kecik je tapi sebenarnya takyah pun takpe sebab manis sangat dah meringue ni)


Cara-cara:

1. Pukul 3 biji putih telur ngan gula icing, guna high speed terus. Pastikan tiada bercampur kuning telur. Bekas kena kering betul-betul. Tak boleh ada air langsung. Kalau tak memang tak jadiklah meringue ni. Putar dalam 15 min. Putar sampai bila kita terbalik kan mangkuk tu, tak meleleh.

2. Kemudian masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung. Gaul kasik sebati guna sudu.

Gaul...gaul...gaul...

3. Kemudian alas loyang guna baking paper. Panaskan oven sebelum masukkan meringue ni. Guna  suhu 150C untuk panas kan oven.

Rupa paras bukan ukuran, tuang jela bentuk macam mana pun.

4. Bakar selama 50 min. Guna api bawah je. Suhu 120C. Dalam masa sejam tu, meringue ni akan mengembang, dan merekah sikit. Jangan risau.. itu petanda molek. Selepas 50 min, bakar pulak guna api atas bawah selama 10 min.

5. Bila dah siap bakar selama sejam. Biarkan meringue ni sejuk dalam oven. Jangan keluarkan. Jangan risau kalau dia mengecut.. Takpe. Yang penting jangan kuarkan dari oven, nanti dia sudden drop. Biar dia drop slowly.
 
Apa khabar kau di sanaaa..lama sudah tak berjumpaaa...

6. Sementara tunggu meringue tu sejuk, bolehlah putar whipping cream sampai dia kembang. Sementara tu boleh wrap dan sejukkan dalam fridge. Bila meringue dah sejuk, bolehlah sapu whipping cream atas meringue. Dan hiaskan lah dengan buah-buahan pilihan.

~ Meringue~

 Biarpun rupamu begini, kau tatap menjadi pojaan hatiku~
  Tadaaa! Dah siap. Siap watermark gambar pavlova tu..punyerla sayang pavlova aku. Aku luper beli buah blueberry, kalo tak lagi sedap woo. Buah topping kene masam macam strawberry, kiwi dan berry2 yang lain baru boleh lawan manis pavlova tu. Cubela buat cubelaaaa...

Apa? Malas nak buat? Nak order? Nanti ku pikirkan. Hew hew hew. 

 Sampai berjumpa lagi....tatatatatatatatatatatata.

~Wanie~

2 comments:

  1. Replies
    1. Sedap dan manis gilerrr..tapi kalau makan mcm tak boleh nak stop hehehe

      Delete