Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

06 July 2012

Honey prawn yang SEDAP! Nyum nyum. Oh tak luper juge Tuna Casserole! Ngap ngap.

Semalam aku berlidah mat saleh, lantas aku pon membaked kan tuna casserole. Dari kelmarin aku duk tanye asben aku, 

"Nak tak kalau kite buat tuna casserole? Awak makan tak? Dulu kite buat chicken casserole awak kata ok"

Jawapan beliau sangat menikam dada.

"Tuna casserole? Apa tu? Tak pernah ingat pun pernah makan chicken casserole. Tak ingat maka tak sedap la tu." 

Ceisss! Dah tekak aku meronta nak makan, aku masak jugak! :P Taknak makan sudah...sile makan nasik. Aku nak makan jugak2 tuna casserole. Dah siap tu, aku ngap, sedap jeee.. Mak aku pun suke je, dia kata sedap. Sebab ada broccoli, cauliflower, tuna, potatoes...kan sedap tu? Dan sihat juge..Kalau aku buat chicken casserole semalam mungkin Incik Daus makan kot. Incik Daus memang, kalau pelik2 sikit, suapan pertama tu memang penuh debaran. Kalau tak suke, siap muke2 skali. Hahaha kecik ati aku, rase nak lontar diri di Pulau Dayang Bunting. *Tetibe*.

Oh anyways...resipinye aku dapat daripada sini ye...Thanks kak for the recipe!

 Tuna, brokoli dan bunga kobis sebelum digaul dengan cream of mushroom.

 Ni dah gaul dengan cream of mushroom sebelum ditopkan dengan mash potatoes.

Top layer...mash potatoes...nyummeh.

 Apa khabar kau di sanaaa...

 Oh ni belum cukup brownish, sambung lagi bakar sampai potatoes adalah keperang-perangan. Gambar dah garing aku tak ambik sebab lupe, nampak je dah perang, trus aku ngap. Kihkihkih.

My personal opinion, kalau makan sekali, 2 kali sedap..Kalau banyak kali tambah muak sikitla...Tapi pape pon makan ni ganti nasik la sebab kentang tu dah mengenyangkan. Burp..Alhamdulillah...

Itu hal tuna casserole..ni masakan melayu pulak..ha yang ni mungkin asben aku suke kot, makan dengan nasik wallah, memang mantop. Ni lauk aku untuk hari ni, satu je sudah, makan pun sensorang, petang kang baru pikir nak tambah lauk ape.. Incik Daus balik keje kang aku nak sua lauk ni, tengok dia suke ke tak. Harap-harap sukela so that lenkali kalo bli udang boleh la aku masak lagi dan lagi dan lagi honey prawn nih. 

Resipinya aku ambik daripada sini...cuma aku cili api aku gune 6-7 bijik dan tambah lagi sos tiram 1/2 sudu besar...Thanks for the resipi ye kak!

 Goreng dan goreng dan gorengla makhluk bername udang itu sehingga garing...

 Eh tetibe dah masak, mana proses yang lain? Hikhikhik..saje bagi motivasi kat anda untuk cube la cube la resipi ni.

Selamat makan uolsssss!

So....tatatatatatatatatatatatata!


~Wanie~

No comments:

Post a Comment