Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

24 July 2012

Lembabnye aku nih.

Orang lain dah bape juta tahun sejak zaman dinosour dulu duk tengok cite Korea, aku baru minggu lepas. Tapi aku bukan peminat K-Pop ye. Harap maklom. Geli ketiak orang dengar aku minat K-Pop. 

Akak dah tua adik-adik. Lagi 6 hari besday akak. Ye..akak dah tua. Tahun ni dah doplohlapantahun. Saje nak remind kat mereka2 yang berkenaan jangan lupe arrange ramadhan buffet kat hotel memane memandangkan besday aku bulan pose kan..Pastu jerit la kat aku "surprise, cantik tak cantik tak?" macam Eric Leong. Hahaha.


Sedih sangat cite yang aku tengok ni sob sob. Tak kire la korang dah tengok ke belom. Aku nak suke jugak hahaha. Cite tu cite A moment to remember. Sedih weh. Mengingatkan aku kat cite 50 first dates tapi ni kire lagi sedih. Uwaaa. Sedih satu hal, apsal hero dia ensem sangat. Hahaha. Aku sebenarnye tak suka sangat lelaki muka jambu-jambu ni, tapi lepas tengok cite ni, terjatuh hati kat Jung Woo-sung.

Dalam cite ni la dia hensem, cite lain aku taktau. Sebab muka dia macam matured sebab ada misai tipis, pastu kulit licin, pastu macho, pastu eh lomantik aaaaaa. Sronot je tengok cite ni rase mengimbau kenangan zaman bercinta dulu je. Tapi ending sedih pulak kan. Ceis. 

Pastu tambah best lak tetibe mimpi Maher Zain suke kat aku. Hahahaha. Mimpi merepek. Dalam mimpi tu kitorang (aku ngan maher zain) amik gambar guna Ipad tau..dia pegang Ipad dia amik gambar kitorang berdua. 

Ala macam orang becinta2 duk amik gambar pegang kamera sendiri tu. Jangan memain, artis amik gambar dengan aku ok. Pastu bila ade peminat perempuan lain nak bergambar dengan dia, dia sentap. Buat muka malas. Hahaha. Amik gambar dengan aku stok laga-laga kepala ok. Tah kepala sapa aku laga. Tak kepala Aqeel, kepala Incik Daus agaknye terhantuk dengan aku. Elok je aku rasa kepala Maher Zain tu dalam mimpi. Kahkah. Mau kena gelak dengan Incik Daus 8 tahun tak habis kalau dia tau ni. 

Camni la topi dia dalam mimpi aku tu...♥

Baju lak ala-ala camni. 

Sile la jeles :P

~Wanie~

No comments:

Post a Comment