Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

06 July 2012

Kolam ikan koi

Aku seronot la kalau dapat ada pond kecik and bela ikan koi dalam tu. Tapi kalau anak masih kecik tu risau jugak la nak ada pond bagai kan. Mungkin aku leh berangan jela stakat ni. 

Aku selalu rasa kawasan berair seperti tasik, sungai, laut adalah menenangkan tapi dalam masa yang sama menyeramkan. Sebab aku selalu mimpi aku lemas. Dalam mimpi tu aku selalu terkangkang terlentang dalam air sambil nampak kapal aku yang karam. 

Macam yang selalu tengok gambaran dalam tv tu. Bila terjaga sure aku nye jantung dup dap dup dap laju2. Macam gambar kat bawah ni, ha ko tambahkan satu kapal pirate yang tengah sinking kat atas tu. Dengan keadaan laut yang sejuk dan gelap dan aku keseorangan. Bayangkan sorang-sorang tengah laut tengah lemas. Helpless je rasa. Ha camni la mimpi aku tu. Terasa macam bebetul. Seram weh. Otomatik aku adalah troma bila berada di lautan dek kerana mimpi2 nih.

Bukannye aku tak gheti berenang. Eksen lak ayat aku. Haha yela, kecik2 dlu aku ikut kelas swimming, jadi basic tu aku adala. Tak la terer tapi insyaAllah walopon gumuk, aku still leh berenang2 ke hulu dan ke tepian asalkan air tenang la.



So cantik...

Beautiful but too mysterious for me.

Aku selalu rasa laut tu terlalu luas, dalam and misteri, jadi dia macam mengerikan. Uwaaa..matikla ikan koi tetibe cakap pasal mimpi lemas la laut la bagai.

Berbalik pada hal ikan koi. Aku rasa ikan koi sangat cantik. Warna warni pastu walaupon size dah besar, ia tidak bertukar menjadi ganas seperti ikan toman. At one time dulu orang gile bela ikan flower horn kan, sekarang ni sonyap joo..

Tantek...

Aku tak berapa suka sangat flower horn sebab ikan flower horn tak suke aku. Hahaha biol punye olang. Macamla ikan koi suke aku. Nak bela ikan kenala ada kolamnye ye dak?

So mari share gambar kolam ikan koi...

Source: Google Images


 Source: Google Images

 Source: Google Images

 Source: Google Images
Till then...tatatatatatatatatata....
~Wanie~

No comments:

Post a Comment