Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

25 July 2012

What's for buka puasa? = Semalam

Semalam buat baked macaroni..nyam nyam. Ikut selere sendiri harusla kate sedap kan. Tapi semalam kurang kick la sebab tak letak cili padi sebab nak bagi Aqeel makan sekali. Lagipon bukak puasa tak payah pedas-pedas la kot kan, sakit perut nanti. 

Resipi guna resipi sendiri je (untuk resipi click sini), resipi campak saje apa ada dalam peti ais nama dia. Senang giler la.

Dulu aku ada sorang arwah bibik kerja dengan mak aku. Bibik Nani nama dia. Arwah bibik Nani dulu kerja dekat Acheh, kerja dengan omputih2 kat sana. Duta-duta la gamaknye kot kan. 

Bibik Nani kata, kalau bibik nak pergi cuti raya katakan seminggu kan. Omputih2 ni suruh masak siap2 stok untuk seminggu. Macam-macamla macam baked macaroni, spaghetti bolognese, chicken casserole, lasagna, pizza. Bila dah siap masak semua-semua makanan ni, diorang simpan dalam freezer. Everyday omputih tu keluarkan satu meal untuk dipanaskan dan makan.

Ha camne? Boleh praktikkan jugak untuk kite tak? Erk...nehi nehi. Me loike it fresh. Tapi kalau segala baked macaroni, lasagna ni boleh kot simpan dalam freezer, same la konsep macam yang duk jual instant2 tu. Masuk microwave, dah panas, settle, sile ngap dengan jayanya. 

Meh kasi jejes air liur memasing termasuk air liur aku melihat hasil masakan semalam. Hahaha.

 Hello there lovelies...how y'all doing in there? :P

 500g of macaroni cukup untuk satu family ngap ngap ngap.

 Sebenarnye boleh nak bagi cheese garing lagi tapi aku suka macam ni. Cair and brownish sikit je aku dah bawak keluar.

Selamat menjamu selere tapi tunggu azan maghrib ok!

~Wanie~

3 comments:

  1. wow....sedap nye...
    leh la masak tuk juadah ptg ni...yum yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sile la cube, simple bangat hehe..kalau letak cili pagi lagi syok.

      Delete