Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

04 March 2013

Resipi Spaghetti Aglio Olio

Cakkk! Selamat hari isnin...hari paling blues antara semua hari yang ada...

Semakin blues bila memikirkan keadaan di Sabah..aku yang kat Semenanjung ni pun stress...Baca macam2 status kat FB yang menuduh sana sini. Aku tuduh ko, ko tuduh aku. Oh man, enough with the politics already derrr...we're in the middle of a crisis ni. 

Bukan main2 punyer, nyawa dah melayang. Banyak sangat keyboard warriors eh. Dok hentam2 polis bagai, tu pon berani online jela. Kalo suruh pergi barisan hadapan kat Lahad Datu sana, masing2 nyorok blakang di sebalik jamban gamaknye. Bab2 speculate nombor 1. 

Tolongla hargai jasa mereka2 yang berjuang untuk kite lebih2 lagi mereka pon ada keluarga. Kite tak berada di tempat mereka bukan bermakna satu tiket untuk kite cakap ikut sedap mulut. Lebih baik kite yang belum terkena lagi ni berdoa untuk kesejahteraan rakyat Sabah and Malaysia keseluruhannya.

Hari ni berlaku di Sabah, esok lusa tah kat mana lagi..nauzubillahimindzalik...

Sudah cukup saja tazkirah petang isnin...mari lihat resepinyaaa... 

Lately ni kemaruk btol makan benda ni hahaha haruslah penyebab utama kegemokan yang nyata. Resepi ni ikut sedap anak tekak aku je, tengok kat satu blog ni resepi ni pastu bila nak try ingat2 lupa blog mana. Jadi aku campur aduk je yang mana ingat. Maafla tak dapat nak kredit sesape.
 
Resepi Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan

250g spaghetti (separuh bungkusan) 
6-7 ekor udang size sederhana
2-3 ekor sotong size sederhana (dipotong2) 
1/2 sudu kecik lada hitam (serbuk@coarse)
4 ulas bawang putih
4 biji cili kering dihiris
5 biji cili padi
1 ketul kiub pati ayam
3 sudu besar minyak zaitun(untuk rebus spaghetti dan jugak tumis aglio olio)
Sedikit garam kalau tak masin...

Kalau takde minyak zaitun, guna je minyak biasa. Guna apa yang ada saja ok. Anyways, minyak zaitun kan baik untuk kesihatan, leh la invest ye tak. 

Cara

1. Didihkan air dalam periuk. Bila air dah mendidih, masukkan spaghetti dengan sedikit minyak  zaitun. Rebus sampai masak.

2. Dalam periuk lain, didihkan air dan rebuskan udang dan sotong yang telah dibersihkan bersama sukatan air yang rata2 je cukup untuk cover udang sotong tu bagi tenggelam. Tak payah banyak sangat.

4. Setengah cawan air rebusan udang sotong ni dibancuh dengan 1 ketul kiub pati ayam. Kacau2 sampai kiub pati ayam hancur. Ketepikan dulu, akan digunakan kemudian.

3. Dah siap rebus spaghetti dan udang sotong, boleh la start menumis. Di dalam kuali, panaskan 2 sudu minyak zaitun.
4. Tumiskan bawang putih dan cili kering.

5. Masukkan bancuhan air rebusan udang sotong dan stok ayam. Tuangkan lada hitam dan masukkan cili padi. Kacau2.

6. Masukkan udang dan sotong yang dah direbus. Tak payah lama sangat nanti overcooked liat sotong.

7. Dah agak kering sikit air rebusan tu, boleh la gaulkan spaghetti dalam kuali. Gaul sebati sampai kering ala2 mee goreng punya kering. Tak payah lama sangat gaul tu, kang lembik spaghetti. Siap untuk dihidangkan. Nak pedas berasap dan terbaik, dijemput la tabur parmesan cheese sikit dan chilli flakes lagi. Kuikuikui.

P/s: Kalau tak masin baru masuk garam, stok ayam ni dah masin sebenarnye...

Sekian...

~Wanie~

8 comments:

  1. wahhh sedap ni... Tapi kasihan dengar kejadian yang menimpa polis2 kita disana.. In syaa allah, mati syahid arwah semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an..mati kerana mempertahankan negara, agama dan bangsa..semoga syurga tempat mereka..amin.. cubela mimi, simple je nak masak ni..sedap jgk hehe

      Delete
  2. senang kan masak aglio olio ni. i suka tp husband i lg suka spaghetti i huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang gilerrr hehehe..asben i ok2 je ade makan takde tak mntak, pebret dia asam pedas

      Delete
  3. 1st skali--- Happy Anniversary
    ala wani...cmne nk g sabah ni?tiket dh beli, sume dh siap tinggal nk g je lg...org yg kt sabah nk kuar dr sana kita ni yg sibuk2 nk g...nak burn cm rugi...huhuhu..huaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u anaaaa! Aisey. Tiket ke sabah dh bli ke? Sabah area mane..adoidoidoi..mahal tu kalo sume dah ready kalo nak burn tp kalo area kk sume tu insyaAllah ok kot..cuma certain2 area je yg kene kan..tapi ish..keselamatan pon penting kan ana..huhu

      Delete
    2. area KK...boleh tahan ler rege nyer...tu pun beli coz promotion..xtau ler nak kata apa..actually adik ana keje sana, keje hospital, dia pun tak boleh balik, cuti dibekukan. Bila tanya dia just jawab em..em..paling2 pun dia kata 'sekarang ni tak boleh nak ckp apa2 semua tu rahsia'. Kita kat sini xtau hal sebenar (actually klu citer kat sini cm ter 'open' sgt hewhewhew)

      Delete
    3. Uwaaaa at kk pon cuti dibekukan ke. Betullah..kite kt sini tak tau n tak rasa suasana sana kan..huhu sejauh mana kebenaran khabar berita yang "dengar2" tu taktaula kan. Selamatkanla kami rakyat Malaysia di mana saja kami berada..aminnn. sedih sbb seumur hidup tak pernah lalui kekalutan mcm ni, sejak akhir2 ni mcm2 berlaku. Huhu

      Delete