Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

10 January 2013

Sangat sedih bila cincin kahwin hilang...

Huhuhu cincin kahwin yang aku sarungkan kat Incik Daus masa hari pernikahan kami hilang ketika kami bercuti di Kota Kinabalu. Kitorang anak beranak pergi KK hari Sabtu malam yang lepas...baru semalam sampai di S.Alam. 


Tapi semalam jugakla cincin tu hilang. Kitorang sedar pon masa dalam limo masa dah nak sampai rumah dari KLIA. Malam sebelum tu masa di KK masih ada lagi sebab aku ada ambik gambar kan, dalam gambar tu Incik Daus still pakai cincin. Dalam gambar tu perasan still ada lagi. Sob sob...sedih giles. Dalam limo tu aku tanya Incik Daus, mana cincin papa? 

Terus Incik Daus muka panik cari sana sini...huhu pastu Incik Daus terus teringat pagi tadi dia tak pakai cincin..selalu dia sarung jam, mesti sarung cincin sekali. Tapi pagi tu maybe cincin tu terjatuh sebab takde sekali dengan jam. Jadi dia pun tak teringat nak sarung. Huhuhuhuhuhuhu...

Sungguh sedih. Malam tadi aku tido pon gelisah. Jap2 terjaga teringat cincin. Aku pasti Incik Daus pon mesti frust jugak tapi orang lelaki ni diorang simpan diam2 je. Tapi nampak jugakla termenung dia kalau cakap pasal cincin. Cincin mungkin boleh beli yang baru kalau ada rezeki. Tapi money can't buy sentimental values right?

Apakan daya. Mengharapkan miracle jadik tapi aku tau harapan semata. Tak usah lagi lah aku mengharap pada yang tak pasti kan. Maybe sebab dah bukan rezeki. Apa pun yang buruk tu datang daripada kami jugak. Ada kawan2 yang bagi nasihat, ada hikmahnya kata mereka..

Tapi yang pasti aku lebih rela mengambil iktibar benda yang jadik ni sebagai peringatan untuk kami hambaNya yang terkadang leka dengan duniawi. Dalam terleka mengulit dan mengejar keduniaan, Allah detikkan hambaNya yang lemah dan berdosa ni untuk kembali kepadaNya. Baru sikit Allah ambik, betapa gundah nya jiwa aku. Apatah lagi kalau aku tidak diterima dalam syurgaNya nanti? Masih bergunakah derita di dunia... Astaghfirullah.
 
Belas kasihanlah kepada kami Ya Allah. Kami lemah dan hina. Benar kami terleka dalam dunia yang sementara. Sedang yang pasti itu sedang menunggu kami.

Lebih rela begini...

Neklah a.k.a Maimok Allah bg pinjam jap je tu..rezeki kalian bersama cincin tu takat situ je. tp ikatan kalian sampai mati..sampai syurga...huhu
 
Jadi, Amin, InsyaAllah. Redha dan pasrah.

~Wanie~

8 comments:

  1. ade nama tak kat cincin tuh?

    mcm ade pgalaman kwn aku depa tgl cincin kat dlm hotel, cincin ade tulis nama.. so mat saleh yang jmpa tuh terus google name kat cincin tuh.. dpt google name pengantin and contact person. alhamdulillah dapat die jmpe mat saleh tuh sndri. ade rejki die.

    sabaq nahh? nk kne beli baru la tuh ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde nama la beb..huwawawawawa..harapan tipis nak jumpe balik la beb sebab dah call hotel pon diorang kate tak jumpe pape. Hmmm..biasala beb, orang ada memacam jenis kan. Kalau orang yang jujur insyaAllah dapat balik...

      beli baru...hahahaha fulusnya kena kumpul dluuu

      Delete
  2. Itulah yg zura riso setiap hari...riso kalo cincin kawin hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula zura..tapi benda nak jadi bukan boleh nak jangka kan... T__T

      Delete
  3. tumpang sedih ats kehilangan cincin kawen.

    i pun fobia nak pakai cincin...i ni sbenarnye jenis pelupa..
    tapi jodoh dgn cincin tu masih lagi bersama..kalu ikutkan asik tetingal dalam toilet rumah, tertinggal dlm toilet ofis, tertinggal dlm toilet rumah mil...disbbkan kes mcm ni, i tak pakai pun cincin...tapi sokay husband understand...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula, selalunye i yang pelupa, kali ni husband lak tetibe jd pelupa..takde rezeki la yg sebenarnye huhu.. sedih sgt cincin kawen ilang sbb mana nak dapat yg sama dah. Cincin lelaki biasa custom made kan..sob sob

      Delete