Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

18 January 2013

Holiday Kota Kinabalu : Part 2

Sambungan daripada entry lepas.

Keroje kitorang memang makan je kat sana. Sronok aku makan sampai balik sini naik 3 kg. Mangkok toi lemak ku ini. Tak bagi can langsung. Lemak kejam. Nyah kau!

Lepas balik makan kat Gayang Seafood Restaurant, kitorang terus gerak pergi Tanjung Aru Beach. Dah datang jauh2 kan, ambikla peluang mana yang bole pegi. Walopon asben aku tu orang pantai (Klebang), nak jugak tengok pantai orang, ye dak?

Tanjung Aru Beach 

Pada aku pantai Tanjung Aru ni biasa2 je, sama je macam pantai PD tu ha. Maybe sebab time sampai tu pon dah nak dekat maghrib, Sabah kan maghrib awal, dah senja2 ni tak nampakla biru laut. Janji dah pijak pasir Tanjung Aru, kira lulus la kan. Hehe..


Budak ni stress nih. Tak pernah jumpa pantai. Alahai anak oi. Kemain jakun ko ni. Ikut sape la agaknye *angkat2 kening nak tuduh Incik Daus*. Kahkahkah.

 Dekat sana dapatla Incik Daus jumpa kawan Incik Daus, Fuad, housemate and sama2 study dekat UiTM dulu. Fuad siap ambik kitorang dari airport lagi hantar terus ke hotel kitorang. Dahla flight malam kan. Time kaceh Fuad. 

Seri 3 Rasa Seafood

Actually aku taktau nama sebenar tempat2 makan ni. Seri 3 Rasa seafood ni nama gerai yang kitorang terjah kat sana. Dia ada deretan gerai2 yang hampir kesemuanya serve fresh seafood untuk dimasak. Ko pilih2 la nak ikan ke udang ke...mintak la nak masak apa. 

Harga contoh Kerapu RM3/100gm tu kira sekali dengan masak. Kalau Kerapu berat sekilo, maka RM30 siap masak. Murah oi! Kerapu laut lak tu. Mana tak debab, dah tentu2 aku santap sepuas2 hati. 

 Pilih2 jangan ko menung je jang.

 Bagi akak kerapu 80 ekor dik. Stok setahun. 

 Kalau call, buat delivery sampai S.Alam tak?

Abang chef. Tererla u masak.

 Fuad, Ver and anaknya Damia.


 Sotong goreng tepung rasa macam twisties kata Fuad. Sedapla apa lagi. Umpamanya boleh dibuat jadi keropok tengok tv.

Yang ni Kerapu masak 3 Rasa. Ni masa hari kedua kitorang makan sini. Tapi kali ni just aku, Incik Daus and Aqeel je sebab dah tau tempat kan, jalan kaki dari hotel je. Tak pilih kedai lain dah sebab dah tau sedap. Kang aku tukar kedai kang tak sedap kang, sentap mak noks. Kerapu laut size sederhana, RM12 siap masak. Kau mampu? 

 ABC in progress. Makcik ni buat air je and makcik ni pembersih. Aku suka cara dia buat kerja. Teliti. Walaupun slow sikit sebab teliti kan. InsyaAllah kebersihan terjamin.

Nasi goreng Butter Prawn. Ni santapan aku malam ketiga, jugak kat kedai yang sama. Hihi. Kan aku kate takmo tukar2 dah. Sayang satu...satuuuu tu jela aku sayang. Sedap oit. Dahla murah RM7. Udang banyak, siap ada telur2 halus tu. Mano nak dapat kat sini nak oiii...butter prawn lak tu.

 Nasi goreng seafood. Lupe harga. Rasa cam sama je. Ni Incik Daus order. Pon sedap. Muai la dengan udangnya, sotongnya, nasi pon sedap.

Pasar Ikan Masin, Kota Kinabalu




 Kat sini beli kuih cincin (yang macam rim tayar tu), keropok amplang (yang bulat2 tu), ikan masin, ikan bilis and udang kering. Aku rasa harga macam agak mahal la kat sini. Maybe aku yang tak pandai tawar2 harga. 

Hasil belian.

Kedai2 souvenir ni kat sebelah pasar ikan masin. Apa tempat ni? Ni ke pasar Filipina eh? Orang Sabah tolong jawabkan..saya taktau.

Gaya Street Sunday Market

Kitorang pergi sini masa second day sampai di KK. Pasar Gaya ni opposite hotel kitorang je. Dekat je.. Tak borong banyak pon kat sini. Poket den ni bukan tobal bona. Beli rantai and gelang mutiara untuk diri sendiri and mak2. Pastu beli kuih cincin sikit. 

Dekat sini punya kuih cincin sedap, rapuh je, manis sedang elok..Tapi tak beli banyak dekat sini, ingatkan nak try beli kat tempat lain jugak rupanya kat sini punya sedap! Ape ke brand tah kuih cincin tu, lupa nak ambik gambar. Sob sob.

Sabor je Incik Daus tahan nak tunggu aku tawar menawar sakan. Sambil aku menyoping, dia duk jaga Aqeel. Kesian lak tengok berkejar sana sini. Pastu aku suh dia balik hotel. Aku eksen berani jalan sensorang sebab dekat gile dengan hotel. Biar aku sorang je yang bersuka ria berjalan2 dalam pasar nih. Senang sikit nak soping tanpa ada jelingan menikam.

Hasil tangkapan untuk diri sendiri...ngeeee.

Horizon Hotel Cafe

Buffet breakfast hotel biasa la..ada pilihan kan. Jadi pilihla yang sedap di mulut anda. Hehe. Oh ye, cafe hotel ni adalah halal ye. Nama cafe ni Deco Cafe & Grill.




Hari2 aku breakfast bedal sosej, roast beef, omelette, dim sum...mana tak mok2.

 Kedai Kopi Kak Tini

Time Incik Daus pi keje, aku and Aqeel pi bungkus makanan dari kedai ni la. Sebab dekat opposite hotel je. Dekat Gaya street tu. Makanan pon tak mahal sangat. Siang2 pon dah ada goreng2. Boleh order ala carte nak nasi goreng ke mee goreng ke. 

Katanye dekat sini glemer pisang goreng nye. Aku beli jugak. Sedap jugak goreng pisangnye.

Nasi Kuning. Kat Sabah kan glemer dengan Nasi Kuning nya. Nasi kuning ni ala2 nasi lemak la kalau kat semenanjung ni. Dibungkus2 siap2, ada lauk ikan atau ayam. Yang dalam gambar ni ikan. Dari segi rasa ok la jugak. Boleh tahan...

Pisang goreng. I loike sebab manis dan rangup. Kruk krak kruk krak.


 Akhir sekali gambar camwhore. Eh sapelak nyelit tu. Tudung cantik kan? Dapatkannya di www.facebook.com/couleurshijabonline. Hehehe.

Oklah..dah panjang berjela entry ni. Tatatatatatatata...

~Wanie~


2 comments:

  1. kat sane seafood dorg ckp murah kn. i tgk udang tu fresh murah je huwaa. ketam u tak mkn ke?i dgn husband hantu ketam haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah murah cha..puas hatila makan seafood kat sana. Fresh2 lagi, pilih je mana mau. Ketam tak makan pon padahal kitorang hantu ketam gak hehe, tak terpikir nak ngidam ketam time tu. Skang baru tringin huwaaa

      Delete